<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Aku, Dia dan Mi Bandung

Ogos 29, 2017

Aku, Dia dan Mi Bandung

Assalamualaikum


Hari ni berlari-larian balik rumah sebab nak masak untuk anak-anak (katanya....).
Hasil dari masakan tadi....Mi bandung Muar.. :)

Wikipedia kata, mi ni dinamakan mi bandung kerana konsepnya yang bercampur campur. Macam air sirap bandung. Air tu adalah campuran sirap dan susu. Maka, jadilah dia sirap bandung.

Sama jugak macam mi bandung.
Konsepnya adalah campuran mi, pelbagai perencah dan telur. Jadilah mi bandung....tu wikipedia yang bagi tau ya.
Cik Wiki juga ada menyatakan bahawa mi bandung tidak ada kaitan dengan Bandung yang terletak di Indonesia.

Tapi nak masak mi bandung memang senang kalau ada perencah ni. Boleh cuba kalau tak percaya.


Cuma perlu masukkan air dalam kuali, masukkan perencah, lepas tu letak la apa nak letak....ayam, daging, seafood, sawi, carrot atau apa saja mengikut selera.
Bila dah mendidih, letak la telur. Bila dah masak dan masuk time nak makan, hidang kan kat pinggan bersama mi (yang telah dicelur). Siap.

Untuk yang dah start berpuasa sunat sempena bulan Zulhijjah, saya ucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa.

Bila cerita tentang bulan Zulhijjah, kemuncaknya adalah wukuf di Arafah dan menunaikan fardu haji.

Seperti yang kita selalu dengar, waktu wukuf adalah antara waktu yang terbaik untuk berdoa.

Berdasarkan perkongsian sahabat-sahabat di whatsapp, ada 2 pendapat tentang waktu berdoa.


Kenyataan dari Ustazah Fatimah (Rayhar Travel)...beliau ada menyatakan tentang waktu mustajab doa, tapi waktu yang dinyatakan dalam ceramahnya adalah waktu di Arafah. 

Untuk kita yang berada di Malaysia, teruskan berdoa. Tak rugi kalau kita mengambil peluang keemasan ini.

Kenangan tahun lalu di bumi Arafah, kami di suruh berdoa dari bermula waktu wukuf hinggalah nak masuk waktu Maghrib.
Dan masa selepas waktu Asar, kami semua disarankan keluar dari khemah masing-masing. Duduklah tepi khemah, bawah pokok atau dimana saja.....janji dapat menadah tangan ke langit dan terus berdoa.
Subhanallah..itulah masa paling best.

Semoga segala hajat dan cita-cita kita tercapai. Moga segala urusan kita juga dipermudahkan. Aamiin.


Sekian. Wassalam.

#whitebarley
#kenangandiarafah
#senjatamukmin
#malaysiaboleh





Label:

13 Ulasan:

Di 8/29/2017 10:28:00 PTG, Blogger iam.umifuzy berkata...

lamanya tak makan mee bandung...sedapnyaaa

 
Di 8/29/2017 10:28:00 PTG, Blogger Siti Yang Menaip berkata...

waaah senang dala gini.. bebila boleh masak kan..

 
Di 8/29/2017 11:21:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Faveret saya ni..
Thanks Sis Fuzy :)

 
Di 8/29/2017 11:23:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Betul tu..senang..
Letak semua dlm kuali..siap
Thanks Siti :)

 
Di 8/30/2017 11:30:00 PG, Blogger Warisan Petani berkata...

Lagi senang pegi kedai order satu.
Kalau sedap bungkus lagi satu.

 
Di 8/30/2017 04:39:00 PTG, Blogger hasliynda umairah beauty berkata...

selamat hari raya aidiladha
maaf zahir batin

 
Di 8/30/2017 08:56:00 PTG, Blogger mrhanafi berkata...

peluang saya nak berdoa nie...

doa untuk keberkatan hidup dan bertambah seorang lagi..tambahkan amanah dan tanggungjawab..

semoga diberi kekayaan dan kemampuan

aamiin..

 
Di 8/31/2017 05:56:00 PG, Blogger WhiteBarley berkata...

Bagus jugak idea ni...haha.
Tapi kena order untuk askar2 kat rumah sekali :)

 
Di 8/31/2017 05:56:00 PG, Blogger WhiteBarley berkata...

Salam aidiladha Lynn
Maaf zahir & batin

 
Di 8/31/2017 05:58:00 PG, Blogger WhiteBarley berkata...

Semoga kita semua diberikan keampunan, kekayaan dan dimudahkan segala urusan dunia serta akhirat....aamiin

 
Di 9/03/2017 01:02:00 PTG, Blogger SalbiahM berkata...

suka makan..walaupun hidug tak tahan. Mi bandung selalu diletak udang kering.

 
Di 9/04/2017 01:46:00 PTG, Blogger SIQAHIQA berkata...

Mee bandung Muar sedap!! Baru balik dari Muar tapi tak sempat makan mee bandung sana..

 
Di 9/11/2017 03:26:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

tetiba rs mcm dah berkurun x mkn mi bandung muooooo

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama