Julai 14, 2016

Bila Overnight Policy Rate (OPR) Turun

Assalamualaikum

Bank Negara Malaysia telah mengumumkan penurunan overnight policy rate (OPR) sebanyak 25 basis point dari 3.25% kepada 3.0%.



Apakah Overnight Policy Rate (OPR)?
OPR adalah kadar faedah semalaman yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. Kadar faedah ini dikenakan ke atas bank yang meminjam tunai dengan bank lain untuk jangka pendek semalaman.

OPR juga memberi impak kepada pengiraan base  (lending) rate (baca: kadar interest/bunga atau keuntungan) bagi bank-bank. OPR (contoh 3% seperti yang dinyatakan di atas), adalah menjadi kos asas kepada wang yang digunakan oleh bank untuk memberi pinjaman.
Kos asas ini kemudiannya akan ditambah dengan kos-kos lain seperti kos operasi, kos statutory reserve requirement (SRR), risiko credit pelanggan (credit risk of the borrower) dan lain-lain. Bila ditambah semua, dapatlah kadar pinjaman asas atau base rate.

Bagaimana penurunan OPR mempengaruhi kehidupan kita?
Bila OPR turun, interest rate yang dikenakan terhadap pinjaman akan juga turun. Umumnya, jika kadar interest rendah, ia akan menggalakkan orang untuk meminjam (bank) untuk terus membeli bagi menjana ekonomi negara.

Sebaliknya, jika anda adalah penyimpan wang tegar di bank, penurunan OPR akan turut memberi kesan kepada faedah deposit yang anda perolehi. Secara teorinya, bila interest rate atau faedah rendah, ia tidak akan menggalakkan orang menyimpan wang di bank, sebalikknya orang akan menggunakan wang tersebut untuk membeli dan membeli lagi dan ini akan dapat menjana ekonomi negara.
(nota: kalau nak menyimpan, bolehlah cari alternative untuk menyimpan wang di tempat lain, contohnya seperti ASB dan Tabung Haji).


Sekian. Wassalam





8 ulasan:

  1. wah bagus tu kecairan wang di pasaran ekonomi berkembang..bertambah senang hidup kita kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga dengan cara ini dapat membantu ekonomi negara...harapnya begitulah

      Padam
  2. simpan dalam bentuk emas sahaja...boleh menyumbang kepada zakat..dan ada duit itu sedekah sahaja..sebab orang yang bersedekah tak akan hiduo susah kerana Allah pasti ganti balik..kalaupun bukan duit dalam bentuk yang lain..

    BalasPadam
  3. Mudah2an membantu mengurangkan bebanan ekonomi dan tanggungan kehidupan kita semua rakyat Malaysia, in shaa Allah...

    BalasPadam
  4. setuju dgn kata2 hanafi abdullah

    BalasPadam
  5. Nice info Fidah..thanks..
    bagi atie baik beli emas.. hehe

    BalasPadam
  6. Tak biasa menyimpan ginilah kejadiannya FS, tak tau apa....Maklah tu kikiki....Tapi good sharinglah FS.Terima kasih ek

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut