Februari 01, 2016

Pokok Mangga Dalam Pasu

 Assalamualaikum


Ini kisah beberapa tahun lalu. Hati teringin nak tanam pokok mangga, tak ada kawasan pulak. Jadi saya cuba menanam pokok mangga di dalam pasu.

Caranya sama macam tanam pokok mangga kat tanah. Cuma cara ini memerlukan pasu yang besar dan tanah yang banyak (untuk di masukkan ke dalam pasu). Jenuh juga nak penuhkan pasu tu dengan tanah. Berkampit kampit juga (satu kampit tu harganya ber hengget2 jugak hokeyy).
Lainlah kalau kat kampung, boleh cangkul aje tanah kat belakang rumah :D

Bertahun juga nak tunggu besar dan berbuah. Mungkin juga kerana saya selalu terlupa nak letak baja..huhu
Bila dah besar, merasa jugalah buahya beberapa kali. Mangga mas hitam namanya.

Namun di suatu hari, pokok ini telah tumbang sewaktu dilanda ribut (haha..ribut lah sangat :D). Tapi hari tu hujan lebat dan tiupan angin agak kuat. Sebenarnya saya tidak pasti kenapa pokok mangga tu boleh tumbang.

Tapi, teori mak yang tak pernah belajar sains pertanian ni rasa, mungkin pokok tersebut sudah terlalu besar dan pasu menjadi tidak stabil. Kalau pokok yang kita tanam atas tanah, akarnya pasti kuat mencengkam bumi. Berbanding dengan pokok yang ditaman di dalam pasu, akarnya tak sampai ke bumi (semuanya duduk diam2 dalam pasu)
 Jadi bila pokok sudah menjadi besar dan berat, kemungkinan juga pasu tersebut tidak boleh menampung bebannya lagi...haha gitew :D
Tak tau lah pulak kalau ada sebab lain.

Dah..lepas ni, kalau nak tanam pokok dalam pasu, cari pokok yang cute2 dan kecik molek aje. Kecualilah kalau mak rajin nak buat experimen lagi.

Sekian aje cerita mak. Saja nak tepek sini buat kenangan antara mak dengan pokok mangga.

Wassalam.








17 ulasan:

  1. pakai bahasa malaysia ya? atau orang melayu ya? kalau dirumahku, tanam pohon mangga harus dari bibit, pada sebuat pot. setelah beberapa bulan baru pindah ke ladang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya orang Malaysia. Di rumah saya tidak ada kawasan yang luas untuk tanam pokok mangga. Jadinya..saya cuba tanam dalam pasu.

      Padam
  2. Buah mangga enak di makan di campurkan dengan bumbu pedas tapi harus buah mangga yang masih muda :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dibuat rojak buah juga enak ni Zee :)

      Padam
  3. ada orang tanam durian pun dalam pasu. tak tahula menjadi tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah..hebat tu. Ada percubaan nak tanam ciku. Tapi..bila baca artikel kat blog Kak Paridah (karyaku paridah ishak)..terus x jadi

      Padam
  4. Owh.. akarnya tak jejak tansh yer.. kadang tu ada gsk pokok yg ditanam dalam pasu terlalu lama sampai akar nya menjulur keluar dan mencekam tanah jugak melalui lubang airnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada pun, mungkin akarnya tak begitu kuat (tak seperti kalau kita tanam di tanah). Sudahnya, kalau pokok menjadi terlalu besar, pasu jadi tak stabil. Saya rasa macam tu kot..
      Thanks Bunda

      Padam
  5. wah , menjadi tu . dah berbuah lagi . la ni saya sdg bereksperimen dengan pokok lemon . dok fikir bila pokok tu besar nak letak tang mana ... huhuhuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi kalau dh besar sgt..takut x stabil.
      Menarik jugak tanam lemon ek

      Padam
    2. Wahh... beribu2 lemon tu vee.. :) :)

      Padam
  6. Sayang juga pokok dah berbuah tak dapat diselamatkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah..
      Nasib baik sempat merasa jugak.

      Padam
  7. comel je tanam pokok mangga dalam pasu. Ayah saya selalu jugak besarkan pokok dalam pasu (bukan pokok mangga la tapi) hehe. tapi nak mengubahnya ke tanah lepas tuu, berpeluh sakan dibuatnya. kadang2 akar dia kuat sangat sampai boleh pecah pasu tu. T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dh besar..memang susah. Tu yg biar aje..last2 tumbang. Aduhai :(

      Padam
  8. Wah....mak pun nak bercerita juga yek hihi....
    Yg penting merasa dah buahnya FS....lepas tu dia nak yumbang ke belakang kira hihi

    BalasPadam
  9. Mmg briliant... seronok dpt makan mangga hasil mcm ni... champion.. :)

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut