November 30, 2015

Kerana Ucapan Assalamualaikum



Kisah seorang perempuan yang bekerja di kilang daging.  Pada suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugas harian, dia masuk ke dalam bilik sejuk beku. Akan tetapi nasibnya tidak baik, pintu bilik sejuk beku itu tertutup dan dia telah terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya keluar.

Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Kebanyakan pekerja sudah pun lama pulang dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa  di dalam bilik sejuk dari kawasan luar.
5 jam kemudian, sedang dia berada dalam nafas kematian, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk beku itu. Nasibnya baik kerana dia terselamat dari ‘kematian’ pada hari itu. 

Perempuan itu bertanya pada security guard berkenaan, bagaimana dia boleh membuka pintu bilik sejuk beku itu walaupun itu bukanlah tugas hariannya.  
Pak Cik security guard itu menjawab “Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun dan terdapat ratusan pekerja yang keluar dan masuk ke dalam kilang setiap hari. Namun kebanyakan mereka melayan saya seperti saya tidak pernah wujud. 

Hari ini, sebagaimana awak masuk bekerja dan pada hari-hari sebelumnya, awak akan menegur saya dengan ucapan ringkas ‘ASSALAMUALAIKUM’. Tetapi malam ini, selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana tidak mendengar sapaan  ‘ASSALAMUALAIKUM.  Jumpa Lagi esok’. Jadi saya merasakan yang saya perlu check di sekitar kilang.

Setiap hari saya mengharapkan ucapan ‘ASSALAMUALAIKUM’ dari awak kerana awak mengingatkan bahawa saya masih seorang insan. Dengan tidak mendengar ucapan selamat hari ini, saya dapat mengagak mungkin sesuatu telah terjadi. Sebab itu, saya mencari awak di merata tempat.

Pengajaran untuk diri
  • Jadilah seorang individu yang merendah diri, penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling
  • Cubalah untuk berbuat baik pada setiap orang tanpa mengira status kerana kita tidak tahu apakah yang akan terjadi pada diri kita di masa hadapan
  • Boleh jadi sapaan yang kita anggap ringkas memberi makna atau kesan pada individu yang lain.
  • Setiap kali kita memberi salam, bererti kita mendoakan agar orang (yang di beri salam) berada dalam keadaan sejahtera. In shaa Allah, orang tersebut juga akan mendoakan kita perkara yang sama dengan menjawab 'Waalaikumsalam' yang bermaksud 'salam sejahtera juga ke atas kamu'


Moga cerita ini menjadi inspirasi untuk kita terus membuat kebaikan.
Sekian. Wassalam.

Cerita asal : FB
Gambar: Google

59 ulasan:

  1. cerita yang meharukan mbak,.,?
    saya percaya sagat mbak kalo ucapan salam memang ada hikmah tersendiri,.,
    semoga saja dengan cerita di atas saya pribadi bisa mengambil hikmah nya,.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga ingin mengambil pengajaran dari kisah ini dan betapa hebatnya nilai ucapan salam itu.
      Thanks Siti Dzakirah :)

      Padam
    2. semoga aja cerita tersebut menjadi insfirasi kita,.,

      Padam
  2. Sipp mbak,,
    sering sering salam terhadap sesama membuat kita semakin akrab dan saling mendoakan :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu selalulaj mengucapkan salam. Moga saling mendoakan.
      Thanks Eksa :)

      Padam
  3. cerita yang sangat mengujakan..kalau betul memang itu keajaiban daripada Allah SWT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuasa Allah..apa2 saja boleh berlaku. Kalau hari ini kita memandang seseorang itu dalam keadaan hina dina, siapa tahu esok hari dia lah yang diutuskan untuk membantu kita dalam kesusahan..

      Padam
    2. saya sagat setuju ni mbak,.,

      Padam
    3. dan juga untuk saya juga...perkongsian yang terbaik

      Padam
  4. Betul tu...kadangkala yang
    Mudah itulah yang payah orang nak buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Yan. Kadang kala, yang mudah itulah yang susah nak buat.

      Padam
  5. Kisah yang kadang kita tak perasan pun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Bunda. Nampak macam simple, tapi mungkin besar maknanya pada yang lain.

      Padam
  6. kisah yang inspiratif, mengingatkan kita untuk selalu ramah dan menghormati orang lain. Memang jika kita baik pada orang tentu kita akan mendapatkan kebaikan pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah. Bila buat baik akan dibalas dan akan juga di doakan yang baik-baik. Pokok pangkalnya, hidup jangan sombong dan menbeza-bezakan taraf.

      Padam
  7. besarnya hikmah salam n jangan kita abaikan melafaznya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkara yang mudah tapi besar hikmahnya...salam dan bersilaturrahim

      Padam
  8. Balasan
    1. Yup..the power of salam. Yang penting, hidup jangan sombong kerana kita juga bukan siapa2..

      Padam
  9. Sebelum masuk dalam ruang atau masuk rumah siapa saja wajib ucapkan salam bagi umat islam tentunya ya mba :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga saling mendoakan..agar kita dan saudara-saudara kita selamat sejahtera semuanya.

      Padam
  10. Assalamu 'alaikum Kak Fidah..

    ucapan salam juga berarti tidak membedakan status sosial seseorg ya Kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam Mr Aldino.
      Moga kita hidup sentiasa merendah diri. Apakah 'kemenangan' yang boleh kita dapat dengan membeza-bezakan taraf orang.. :(



      Padam
  11. Karena Assalamuallaikum
    Rasanya selalu harum
    Sehari tak lihat senyum
    Terselamat dari nasib hukum

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Mba Ayu:
      Salam dihulurkan
      Moga saling menghormati sesama insan

      Padam
    2. @Aiy Ayumna
      Pastinya menjadi puitis jika ada Mba Ayu

      Padam
  12. Salam adalah salah satu dari ajaran agama Islam, jika diamalkan dengan baik akan menjadi bagian dari ibadah dan dzikir, selain itu ia dapat menjadi salah satu sarana perekat ukhuwah Islamiyah di antara kaum muslimin. :) hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga salam dapat menjalin ikatan silaturrahim dan ukhwah..aamiin

      Padam
  13. Ucapan assalamu’alaikum bukan sekedar sapaan basa-basi tapi ia merupakan do’a. Di dalam do’a itu terkandung harapan, cinta dan kasih sayang. Maka dengan ucapan salam itu berarti setiap muslim mendo’akan saudaranya kepada kebaikan, kesejahteraan. amiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga kita saling mendoakan kesejahteraan sesama umat Islam ya MM.
      Suatu ucapan yang tidak sukar...dan moga dengannya kita sentiasa menghargai 'kewujudan' orang-orang disekeliling kita.

      Padam
  14. Subhanallah, nasib baik beliau selalu menyapa dan beri salam kepada guard tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak simple dan biasa2 aje..tapi siapa tahu ianya membawa makna yang besar pada orang lain.

      Padam
  15. Balasan
    1. Esok pagi jangan lupa bagi salam pada security guard kat tempat wak potong rumput tu :D

      Padam
  16. Assamula alaykum , sepertinya saya tamu baru niih....Oky saya melihat aneka macam dan jawaban diatas saya jadi ngeri campur merinding, jika misalnya anda menyalami seseorang , tetapi anda tidak mendengar jawaban dari orang tersebut, bagaiman anda menyikapinya.... Silahkan
    ...di jawab.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam
      Jika kita tidak mendengar jawapan dari orang itu, maka bersangka baik saja. Mungkin dia menjawab di dalam hati atau terlupa untuk menjawabnya :(
      Apa pun, kita telah membuat apa yang sepatutnya kita buat, iaitu mendoakan kesejahteraannya. Moga perbuatan yang baik akan mendapat balasan yang baik juga.

      Padam
    2. Kok tahu sih...ngintip yaa?

      Padam
    3. Sedang menunggu jawapan salam dari seseorang ya? :D

      Padam
  17. tak rugi kan berbuat baik pada siapa saja...selain mengeratkan silaturrahim, memberi dan menjawab salam dapat pahala..sunnah ahli syurga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Indahnya salam dan bersilaturrahim...

      Padam
  18. Saya merinding baca cerita ini. Sungguh luar biasa ucapan salam itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga jadi pengajaran dan peringatan untuk kita. Terima kasih kunjungannya.
      Salam kenal :)

      Padam
  19. Memang kita sebagai muslim hendaknya menjawab jika seseorang yg datang mengucapkan salam kepada kita walaupun dalam hati , karena amal yg di ucapkan dalam hati bersih bebas dari ria..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah. Banyak hikmahnya denga memberi dalam ini.

      Padam
  20. Jika ini kisah benar, seseungguhnya itulah kehebatan kalimah-kalimah Allah yang tidak mampu terjangkau dek akal manusia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap perbuatan yang dituntut, pasti ada hikmahnya yg tersendiri. Salam dan silaturrahin, pasti ada nilainya yg tersendiri.

      Padam
  21. subhanallah banyak pengajaan dari kisah ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga kita hidup sentiasa merendah diri dan tidak sombong pada orang2 disekeliling.

      Padam
  22. semoga kita mengambil pengajaran dari cerita ini..

    BalasPadam
  23. Rasa mcm dah baca tp belum komen rupanya. Hebatnya berkat perkataan tu ye FS....benda kecil tp kalau dijadikan amalan tak mustahil mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan

    BalasPadam
  24. tak rugi jadi org yg peramah ...

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum Fidah :)
    sangat memberi pengajaran...

    BalasPadam
  26. Perkongsian yg baik buat renungan kita semua. Semoga kita tidak tergolong dikalangan org2 yg sombong dan leka... nauzubillah...

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut