September 10, 2015

Diary Mama #UPSR Berakhir & Terakhir

Assalamualaikum

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ke 3 (hari terakhir) sudah tamat.
Hari ini bukan sahaja penamat bagi UPSR tahun 2015, tapi merupakan penamat bagi UPSR keseluruhannya. Peperiksaan/ujian (peringkat kebangsaan) ini mula diperkenalkan pada tahun 1988 bagi menggantikan "Peperiksaan Penilaian Darjah 5". Dan tahun depan, sejarah baru akan bermula apabila kita memeperkenalkan sistem penilaian yang baru.


Pastinya anak-anak yang mengambil peperiksaan/ujian berasa lega yang amat sangat. Begitu juga dengan emak, bapa, atuk, nenek, abang, kakak dan adik sekelian. Sekarang, barulah dirasakan 'merdeka'..hihi

Tak sangka juga saya dapat meng 'up date' blog untuk tiga hari berturut-turut dalam keadaan yang agak sibuk begini.
Catatan ini sebenarnya hanyalah untuk kenangan peribadi disamping berkongsi tentang apa yang saya rasa. Moga pengalaman ini juga dapat menjadi kenangan manis buat anak saya.

Untuk anak saya, semoga mendapat kejayaan cemerlang.
Syabas... kerana telah gigih untuk melakukan yang terbaik. Kita juga sudah berusaha dan berikhtiar apa yang termampu. Yang penting sekarang, hanya perlu teruskan berdoa dan bertawakkal. Apa pun keputusannya nanti, haruslah di terima dengan hati yang terbuka.
Jika di izinkan Allah, perjalanan hidup ini masih lagi panjang. Pastinya ada banyak lagi perkara yang harus dilalui kelak..... dan ini hanyalah satu titik permulaan untuk kehidupan yang lebih mencabar.

Sekian. Wassalam.

#diarymama
#upsr2015


38 ulasan:

  1. berdoa dan bertawakkal..semoga mendapat keputusan yg cemerlang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang.
      Thanks Nohas :)

      Padam
  2. nampaknya kita sama kerana mempunyai anak yang menjalani UPSR tahun 2015

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga anak HB mendapat keputusan yang cemerlang. Sama-sama kita berdoa. In shaa Allah
      Thanks HB :)

      Padam
    2. terima kasih fidah...saya turut mendoakan kejayaan anak fidah juga

      Padam
  3. catatan kenangan utk anak2 ya fidah...masa amat cpt berlalu bila anak2 dh masuk tingkatan satu bermulalah fasa remaja pula n catatan mamanya seiring dgn langkah mrk..semoga mrk mahu menyelaknya kembali n membaca rasa seorang ibu yg tertulis di blognya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pejam celik..pejam celik..kejap aje dah besar. Saja nak tulis untuk kenangan. Harap-harap dia orang baca nanti..hihi
      Thanks Kak Paridah :)

      Padam
  4. Ya dah berakhir tahun ini..akan ada pula sistem pentaksiran.
    Diharap KPM akan telus dan buat yang terbaik untuk kecemerlangan pendidikan di Malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga sistem baru yang bakal diperkenalkan akan lebih baik dalam menilai potensi dan prestasi murid2.
      Thanks Etuza :)

      Padam
  5. oh, anak kak Fidah ada yang ambil UPSR..semoga dia seronok 'bercuti' ye..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang memang dia bercuti sakan....hihi
      Thanks Sal :)

      Padam
  6. ALHAMDULILLAH...lega anak bongsu akk pon upsr.
    Semoga anak kita mendapat keputusan yang cemerlang.
    Sama-sama kita berdoa. In shaa Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga anak Kak Mas juga mendapat kejayaan cemerlang. Jom sama2 kita doakan...aamii
      Thanks Kak Mas :)

      Padam
  7. Semoga anak-anak yang mengambil peperiksaan memperolehi keputusan cemerlang ^-^

    BalasPadam
  8. semoga sukses mba. tetap bersyukur

    BalasPadam
  9. horray...
    peperiksaan telah selesai
    wah, musti dibawa berlibur nih mbak
    vacation gitu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Horray...sudah merdeka!
      Selepas exam hari tu sempat juga bawa family ke Penang. Saya pergi kerja...mereka yang berlibur..
      Thanks Mba Nove :)

      Padam
  10. Berdo'a, tawakal dan sabar kunci utamanya mba semoga diberikan jawaban yang terbaik :)

    BalasPadam
  11. berusaha sudah , selebihnya doa dan tawakkal ... semoga kejayaan dapat dimiliki nanti ...

    BalasPadam
  12. mudah-mudahan di beri kelancaran, kesuksesan dan di beri jawaban yang cemerlang ya mba amiiiin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...aamiin...thanks Ipah :)

      Padam
    2. Aamiin...aamiin...thanks Ipah :)

      Padam
  13. Ane cuma bisa bantu doa gan :)
    Semoga diberi kelancara dan dipermudahkan oleh Allah ,,

    BalasPadam
  14. Anak pasti dapat kejayaan cemerlang
    Untuk emak bapa selalu tenang
    Masa depannya terang
    Seindah bintang-bintang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inshaa Allah...aamiin

      Moga berjaya
      Setalah berusaha :)

      Thanks Mba Ayu :)

      Padam
  15. Ingat lagi yg saya antara batch pertama UPSR... eh, awak pun eh.. :D :D

    Semoga beroleh keputusan yg cemerlang buat anak... aamiin.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..aamiin...thanks Khir :)

      Maunya tak ingat...kita kan sekelas dulu. Cuma saya lagi muda :D :D

      Padam
  16. 'merdeka' yg bakal menuntut komitmen yg menjulang tingginya selepas ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga mudah perjalanan dan masa depannya...itulah yang diharapkan..
      Thanks Anies :)

      Padam
  17. so thn depan bukan lagi UPSR pastu apa eh..dulu PMR sekrang PT3...

    good luck utk anak juga.....ye betul ini hanya permulaan byk lagi ujian yg perlu di duduki all the best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga2 berjaya. In shaa Allah. Aamiin.
      Yang exam tahun depan..tak tau apa namanya eh..
      Thanks JM :)

      Padam
  18. upsr hanya permulaan...

    nanti nak masuk menara gading kena pandai pilih kos...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga dia berjaya. Parents mungkin kena guide aja dan biarlah dia memilih bidang yang dia minat.
      Thanks Akuoka :)

      Padam

Google+ Followers

Pengikut