Ogos 18, 2015

Erti Merdeka (Dari Perspektif Kewangan)

Assalamualaikum

Merdeka bermaksud bebas dari penjajahan. Tapi, bagaimana pula dengan merdeka dari segi kewangan atau financial independence?
Sebenarnya ia membawa pelbagai maksud yang mungkin juga berbeza bagi setiap individu.


  • Tidak Bimbang Tentang Kekurangan Wang. Kalau orang di kampug saya orang menyebutnya sebagai "money is not my problem"... :) Jadi, orang yang merdeka dari sudut kewangan tidak perlu bimbang jika ingin berbelanja sebanyak mana yang dia perlu dan mahu.
  • Hidup Bebas Hutang. Sesetengah orang berkeja untuk membayar hutang. Untuk membeli sesuatu juga harus berhutang. Sedihkan.....Jadi, orang yang merdeka dari sudut kewangan, hidupnya tenang dan tidak dibelenggu hutang. Malahan semuanya boleh dibeli secara tunai dengan rasa senang hati.
  • Mampu Untuk Bersara Awal. Adalah menjadi impian kebanyakan orang untuk bersara atau pencen awal dan setelah itu boleh duduk goyang kaki bersenang lenang. Apa yang dimaksudkan dengan merdeka dari sudut kewangan di sini adalah seseorang itu boleh bersara awal tanpa rasa ragu tentang kos sara hidupnya selepas itu, malahan boleh melakukan segala aktiviti yang tidak dapat, tidak sempat atau tidak mampu dilakukan ketika bekerja.
  • Bebas Untuk Bertukar Kerja. Seseorang yang merdeka dari sudut kewangan juga bebas untuk bertukar kerja atau profession. Jenis atau apakah pekerjaannya tidak bergantung pada jumlah gaji yang diterima tetapi lebih kepada faktor minat atau bentuk pencapaian yang ditentukan sendiri. Contohnya anda boleh membuat keputusan untuk berhenti kerja dan membuka perniagaan (mengikut bidang yang anda minat) tanpa rasa bimbang tentang masalah duit.
  • Boleh Merealisasikan Segala Impian Anda. Semenjak kecil pasti kita mempunyai impian masing-masing. Merdeka dari sudut kewangan juga bermaksud anda mampu untuk merealisasikan impian anda tanpa perlu rasa bimbang tentang masalah kewangan. Contohnya mempunyai rumah sebesar istana, pergi melancong keliling dunia atau membeli sebuah pulau di kawasan impian anda. Best kan.... :)

Apa pula erti 'merdeka dari sudut kewangan' bagi anda???
Sekian. Wassalam.

Rujukan utama : Artikel - Financial Independence (Save Money Magazine).

40 ulasan:

  1. MERDEKA DARI SEGI KEWANGAN AMATLAH MENYELESAKAN KEHIDUPAN BOLEH SAJA MELAKSANAKAN APA YG DIHAJATI...AGAKNYA DPTKH MERDEKAKAN DIRI DI SEGI INI...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga2 impian untuk merdeka dari segi kewangan tercapai...
      Thanks Kak Paridah :)

      Padam
  2. hidup bebas hutang tu yg best kann ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best. Tak payah pening2 nak pikir bayar hutang.
      Thanks Wak :)

      Padam
  3. poin-poin diatas itulah yang sesungguhnya MERDEKA yang hakiki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah merdeka yang benar..terutamanya bila boleh beli pulau :D
      Thanks Mr Cilembu :)

      Padam
  4. Bebas hutang hati tenang. Rezeki mudah nak masuk. Kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hati senang dan jiwa tenang..itu juga mungkin satu kemerdekaan.
      Thanks Mija :)

      Padam
  5. Tidak punya utang itu nikmat yang luar biasa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Hati tenang kerana hidup tak perlu dibenani hutang.
      Thanks Mr Akhmad :)

      Padam
  6. Assalamualaikum Fidah Shah & rakan2 blogger,

    Betullah apa yang ditulis dalam entry FS, bebas dari belenggu hutang pun merdeka juga.. Kesimpulan, ada duit semua jadi.. In shaa Allah.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..
      Ada duit..semua jadi mudah. In shaa Allah...dengan izinNya juga.
      Thanks LZ :)

      Padam
  7. sepertinya saja masih berlum merdeka merdeka amat, hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayuh..mari kita berusaha supaya hidup lebih 'merdeka'.
      Thanks Mr Em Albar :)

      Padam
  8. Mudah-mudahan kita semua yang membaca entry ini juga dalam kemerdekaan dari perspektif keuangan,
    orang yang kaya itu tidak mesti banyak uangnya, yang terpenting berkah dan cukup..
    cukup beli rumah..
    cukup beli mobil bagus...
    cukup buat jalan-jalan.. Uppss!!!! (hehehe...)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga2 hasil yang kita perolehi mendapat berkah..in Shaa Allah.
      Jadi, boleh membeli apa yang diingini. Kalau pergi jalan-jalan ajak saya ya :)
      Thanks Mbak Nove :)

      Padam
  9. bebas dari hutang gak punya hutang baru lah merdeka :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sekali.
      Moga hidup kita semua bebas hutang...aamiin.
      Thanks Miss Ipah :)

      Padam
  10. bebas utk membantu org lain ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..merdeka dalam betuk kewangan juga jika boleh membantu orang laon tanpa halangan
      Thanks CM:)

      Padam
  11. saya nak merdeka kewangan supaya boleh membuka cawangan yang kedua...he..he..gurau tetapi macam serius..amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak bisness apa pulak kali ni ?..Banyak cawangan nampak... :D
      Thanks HB

      Padam
    2. tak la banyak dua cawangan kira ok tu..

      Padam
    3. Nope...in english we still call is as plural (more than one kira banyak ler tu)...huhu :D

      Padam
  12. kejatuhan ringgit tu dah umpama dijajah dah tu haha...lame2 negara lain beli malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang terasa perit....harap2 keadaan akan menjadi pulih. In shaa Allah.
      Thanks Belang Tarung

      Padam
  13. Erti merdeka
    Bebas segalanya
    Tidak takut kurang uang atau harta
    Dan memilih cinta yang hati suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku ingin hidup merdeka
      Merdeka wang, merdeka jiwa

      Thanks Mba Ayu :)

      Padam
  14. saya brarti orang yang merdeka. saya bebas ber post ria. :) salam kenal mba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga menjadi orang merdeka, selamanya. in Shaa Allah.
      Thanks Desa Seibaru. Salam kenal juga :)

      Padam
  15. orang tak sedar klo bebas beribadah adalah suatu kemerdekaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju..kita hamba tapi merdeka.
      Thanks :)

      Padam
  16. tiadanya tekanan secara sepihak adalah suatu kemerdekaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara erti kemerdekaan yang sebenar..
      Thanks :)

      Padam
  17. Pd sy, wang bekerja utk kita bkn kita bekerja utk wang

    BalasPadam
  18. semua yg diatas..kena plan our life dari awal utk capai financial freedom...

    BalasPadam
  19. Bila dh mcm2 lalui.. bagi saya paling seronok klu dpt berjemaah di masjid setiap waktu, dgr kuliah, minum2 kopi , menulis, jln2 mana2 dsb tapi income masuk.. kene usaha ke arah tu.. retire young.. in shaa Allah..

    BalasPadam
  20. belum merdeka dari segi hutang huhuhhu

    BalasPadam
  21. Moga dapat merdeka cepat... Moga Allah permudahkan..

    BalasPadam
  22. Bebas dari hutang.. itu yang paling siqah nak.. moga dapat merdeka cepat..

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut