Julai 29, 2015

Rasa Seperti Orang Kaya

Assalamualaikum.

Nak merasa jadi orang kaya? Bolehlah cuba amalkan tips di bawah.
Selain daripada dapat merasa macam jadi orang kaya, dapat juga membantu orang lain.

  • Lepas makan di restoran, gerai atau warung, tinggalkan sahaja duit baki/balance yang seringit dua atau beberapa sen tu sebagai tips kepada orang yang 'serve' kita. Rasanya tak luak pun duit dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.
  • Jika kita singgah solat di mana-mana surau atau masjid, jangan lupa selepas solat seluk poket cari note paling besar untuk disedekahkan di tabung masjid. Manalah tahu, itu mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yang betul-betul kaya mampu berbuat demikian.
  • Cuba ubah tempat shopping barang keperluan harian. Sila ke tempat-tempat seperti kedai kecil, pasar tani dan pasar pagi. Boleh juga tolong peniaga-peniaga kecil. Juga ingat, tak perlu berkira sangat untuk tawar menawar sayur atau lauk-lauk mentah tu, kecualilah harganya melampau sangat.
  • Time nak belikan mainan anak, cuba bawa mereka ke pasar malam. Dengan RM10, macam-macam mainan boleh dibeli. Kalau dibandingkan dengan pasar raya besar, RM10 tu, hanya untuk bayar parking sahaja agaknya
  • Bila naik teksi, genapkan sahaja tambang tu dengan niat untuk bersedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka juga tidak mahu untuk menjadi pemandu teksi. Tak semua orang mampu dan berpeluang untuk naik teksi dan jadi penumpang.
  • Ada kalanya, sewaktu beratur di kaunter mini market, kita terjumpa kanak-kanak merengek mahukan jajan atau gula-gula. Apa salahnya tolong ambil dan bayarkan. Cuba buat mereka tersenyum.
  • Jika kita berpeluang untuk melawat orang sakit di hospital dan sewaktu membeli buah tangan, apa kata belikan extra 1 pack. Berikan pada jiran katil sebelah dan doakan kesejahteraan mereka. Pasti besar nilainya bagi orang yang sedang sakit jika mendapat ingatan yang sebegitu.
Sebenarnya, kita tidak perlu sebab dan alasan tertentu untuk menjadi seperti orang kaya. Semuanya boleh dilakukan bila-bila masa kerana yang penting adalah keikhlasan.



Cubalah praktikkan tips-tips di atas. In shaa Allah kita akan rasa seperti orang kaya dan tidak perlu bimbang akan menjadi papa kedana jika melakukan perkara-perkara tersebut. 
Semoga kita boleh terus menjadi tangan yang memberi....Aamiin

Sekian. Wassalam.

Sumber: Perkongsian dari whatsapp
Gambar : Google

41 ulasan:

  1. Terima kasih tipsnya...
    tapi jadi orang kaya itu tidak enak, pusing mikirin hartanya
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makanya jangan terlalu kaya..Jadi yang sedang-sedang saja :)

      Terima kasih Penghuni 60

      Padam
  2. Wahhh, baguslah tips ni...thanks

    BalasPadam
  3. Bagus banget la tip ini..kak fidah kalau buat nie boleh jadi kaya nanti..amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah...
      terima kasih adik Hanafi :)

      Padam
    2. alamak saya jadi adik la pulak hehehe

      Padam
  4. Orang kaya namun tetap rendah hati baru di sukai Alloh ya miss hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Walau kaya raya...tapi jangan sombong..
      thanks Zee :)

      Padam
  5. semoga kita kaya di dunia n akhirat...insyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..semoga kita kaya di dunia dan akhirat.
      Thanks Kak Paridah :)

      Padam
  6. Balasan
    1. Terima kasih juga atas kunjungan :)

      Padam
  7. Salam Syawal Fida..lama pcl tak kunjung sini, bagusnya tips yg disenarai tu..cuma mampu tak mampu kita nak buat. kadang seluk selalu poket masa kat masjid..berkira itu ini maka note paling besar nilainya di simpan rapi. "Ya Allah ringankan lah tanganku untuk bersedekah dgn nilai yg lebih besar dari sebelumnya..."

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..semoga kita sentiasa menjadi golongan pemberi.
      Thanks PLC. Selamat hari raya & maaf zahir batin. Maaf juga sbb dah lama tak ke sana.

      Padam
  8. rasanya saja sudah seperti orang kaya, padahal kenyataannya sudah jadi orang kaya, yang terpenting adalah kaya hati...dong yah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga kita menjadi orang yang kaya hati..dan juga yang benaran kaya. Aamiin.

      Terima kasih Mang Tuvli

      Padam
  9. insya alloh akan praktikan tips yang di atas mba hehehe terimakasih banyak tips nya sangat bermanfaat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom praktikkan..
      In shaa Allah akan menjadi orang kaya..aamiin.
      Thanks Ipah :)

      Padam
  10. Balasan
    1. Silakan.
      Terima kasih atas kunjungan. Salam kenal :)

      Padam
  11. Alhamdulillah..banyak peluang utk memberi:-) tq share

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah. Semoga dimurahkan rezeki selalu. ..Aamiin
      Thanks Suhaila :)

      Padam
  12. Tips yang baik, mungkin kita lebih mulia dari orang kaya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah. Semoga diberikan balasan yang baik atas niat yang baik. Aamiin.
      Terima kasih atas kunjungan

      Padam
  13. salam singgah Fidah,
    Tips yang bagus......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama MCK.
      Terima kasih juga atas kunjungan.

      Padam
  14. nice tips.. boleh cuba amalkan..

    BalasPadam
  15. Hahaha boleh juga, jadi orang kaya yang cuma merasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga murah rezeki selalu...aamiin
      Thanks Fahri

      Padam
  16. syukran berkongsi tips ni..kdg2 small acts give big impact...

    sekarang ni pekedai2 runcit byk yg gulung tikar sbb ada hypermarket, supermarket...competition is high..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..kadang2 nampak kecil tapi besar maknanya pada yang lain.
      Harus juga kita support peniaga2 kecil untuk mereka terus maju.
      Thanks Nohas :)

      Padam
  17. kadangkala sekecil2 perkara adalah sangat bermanfaat dan boleh menjadi kita kaya.. Semoga kita menjadi orang kaya yang sedrhana dan tidak sombong

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah. Aamiin.
      Semoga kita menjadi orang kaya yang tidak sombong.
      Thanks permatamama :)

      Padam
  18. saya suka tips nya, semoga bisa jadi orang kaya dan tentunya hati juga kaya.
    oiya jangan lupa bersyukur,itu adalah hal kecil,tapi begitu nikmat :D

    BalasPadam
  19. CM klu beli dgn org melayu , jarang tawar menawar ...

    BalasPadam
  20. Ini tips yang benar-benar oke punya.
    Banyak nasehat kebaikan dalam membina hubungan sesama manusia sekaligus beribadah kepada Allah melalui sedekah.
    Keren Mbak.

    BalasPadam
  21. makin banyak kita bersedekah, makin murah rezeki

    BalasPadam
  22. Wah boleh juga nih tips nya terutama yang sedekah tuh selain merasa jadi orang kaya juga mendapat banyak pahala :)

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut