Julai 22, 2015

Kita Tak Dapat Meraikannya Bersama


Kisah 1
1 Syawal. Walaupun di subuh hari adalah waktu yang sibuk untuk memasak juadah raya, namun suasananya tidak sama seperti ketika arwah emak masih ada. Tiada lagi suara emak menyuruh mengupas bawang, memotong daging atau menghidang kuih raya. Semuanya dilakukan sendiri. Rindunya hati ini untuk makan rendang dan serunding masakan emak. Sayunya hati ini bila tidak lagi dapat bersalaman dan mencium tangan emak. Segalanya sepi. Yang tinggal hanyalah kenangan indah bersama arwah emak dan kasih yang tiada penghujung. Semoga Allah merahmati Allahyarhamah ibu saya. Al-Fatihah.


Kisah 2
1 Syawal. Melihat keriangan kanak-kanak di pagi yang mulia ini mengingatkan saya pada arwah anak, Muhammad Adli. Kalaulah arwah masih ada, pasti dia kan turut bergembira meraikan hari kemenangan ini bersama abang dan adiknya. Foto keluarga kami pastinya lebih lengkap jika arwah Adli ada. Terlalu sedih hati ini bila mengenangkan bagaimana perasaannya jika dapat menciumnya di pagi raya, melihatnya memakai baju baru dan memasakkan makanan kesukaannya. Namun itu hanyalah suatu impian yang tak mungkin kesampaian. Betapa saya merinduinya setiap hari. Kasih sayang seorang ibu tiada sempadan, walau hanya dapat berjumpa dalam mimpi. Al-Fatihah.


Kisah 3
1 Syawal. Berhampiran dengan pusara arwah nenek, ada pasangan cina yang sudah tua (anggaran umur 60 an). Memakai seluar dan Tshirt berlengan pendek. Kehadiran pasangan cina (mungkin bukan beragama Islam jika dilihat dari segi pakaian) di tanah perkuburan Islam itu memang agak janggal. Tapi tiada kejanggalan dalam gerak geri mereka. Pasangan tersebut sibuk membersihkan pusara yang memang dalam jagaan yang baik. Lelaki tua itu kelihatannya mengusap usap batu nesan. Kawasan pusara itu mungkin telah ada semenjak 15 tahun yang lalu dan ada pusara yang telah pun terabai. Tetapi tidak yang ini, kemas dan bersih. Melihatkan riak wajah dan kesungguhan pasangan tua tadi, pastinya mereka selalu mengunjungi pusara tersebut. Mata melirik pantas pada nama, tarikh lahir dan tarikh kamatian 'penghuni' pusara tersebut.  XXXXX Abdullah. Telahan hati saya, 'penghuni' pusara tersebut adalah anak mereka. Telah pergi meninggalkan agama keturunan mereka, lalu menemui ajal ketetapan Allah di usia yang muda. Kasih sayang ibu dan ayah yang abadi, walau tiada lagi di dunia. Al-Fatihah.


Sekian. Wassalam.

23 ulasan:

  1. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia and I would like to offer you to do a collaboration with us. Appreciate if you can drop me an email at norain@zalora.com.my

    Thank you

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you very much :)
      Selamat hari raya aidil fitri

      Padam
  2. Al-fatihah untuk arwah Mak akak dan untuk Adli..moga dia akan menyambut akak di syurga nanti.. by the way, kisah ketiga tu memang menyentuh hati..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Al Fatihah. Thanks Sal
      Moga menjadi 'saham' buat kami kelak..in shaa Allah. Aamiin

      Padam
  3. semoga almarhum dan almarhumah berpulang dalam keadaan khusnul khotimah, sehingga kelak bisa berkumpul kembali di jannah-Nya. Amiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...Semoga dapat bertemu kembali.
      Terima kasih kunjungannya Mr Nurudin :)

      Padam
  4. Terharu.. suasana hari raya Eid aku juga sudah 4-5 tahun di tinggal papah karena meninggal :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Al-fatihah. Semoga roh Papahnya Miss Zee sentiasa di rahmati Allah.
      Memaang sedih jika berhari raya tanpa orang tersayang.

      Thanks Zee :)

      Padam
  5. semoga berbahgia mrk yg telah mendahului kita ke sana...kasih sayang ibu ayah itu sejati abadi..n3 yg sgt menyentuh rasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ammin..
      Sedih bila mngenangkan orang-orang tersyang yang telah pergi mendahului kita. Al fatihah.

      Thanks Kak Paridah :)

      Padam
  6. semoga Allah memberkati mereka kak... Al-Fatihah..

    Tapi Alhamdulillah kenangan itu masih lagi segar dalam ingtan kita untuk sentiasa terus menjadi peneman kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..aamiin..Thanks Ikhwan
      Kenangan itu masih segar dalam ingatan..memang sedih bila mengenangkannya.

      Padam
  7. terharu...unconditional love..kasih sayang ibubapa kpd anak, kasih sayang anak kpd ibubapa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Unconditional love...kasih sayang antara ibu dan anak..atau anak dan ibu yang tiada penghujung.

      Thanks Nohas :)

      Padam
  8. Alfatihah buat mereka yg telah pergi. Pastinya pemergian mereka mengundang kesedihan... Kalau tak kisah, boleh OKje tau anak FS meninggal sebab apa ye dan bila...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Al fatihah. Memang sedih bila mengenangkan mereka yang telah pergi.
      Arwah anak meninggal dunia pada hari kelahirannya 9 tahun lalu kerana lemas.

      Thanks OKje :)

      Padam
  9. sungguh kebaikan dan keberuntungan mati dalam ketetapan agama Allah...maka dia akan disambut oleh malaikat dan bidadari surga...semoga kita juga demikian, mati dalam ketetapan islam dan kebaikan, amin yaa robbal alamin.

    inspiring by 3d story

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga 'penyudahan' yang baik juga untuk kita semua..aamiin
      Terima kasih kunjungannya Mbah :)

      Padam
  10. mati itu pasti . bila tiba masa kita , pasti ada juga yg akan merindui seperti itu ... al fatihah .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap yang hidup, pasti akan menemui hari kematian.
      Semoga segalanya yang baik untuk kita..aamiin

      Thanks Vee :)

      Padam
  11. Siapa yg tak sedih bila mengenangkan insan yg sgt berharga dlm hidup ini.. Al fatihah buat arwah ibu dan anak fidah.. pastinya mereka tenang di sana.. aamiin ya Rabbal alaamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedih kalau dikenangkan :(
      Semoga mereka bahagia di sana dan semoga dapat berjumpa lagi.
      Thanks Khir.

      Padam

Google+ Followers

Pengikut