Julai 18, 2015

Ketupat

Assalamualaikum..

Selamat hari raya.
Banyak makan ketupat?
Bagi sesetengah orang, kalau tak ada ketupat, macam tak berseri hari raya..betul ke?.

Kebetulan tahun ini balik kampung agak awal, jadi sempat juga buat ketupat sendiri sambil-sambil mengajar anak cara menganyam ketupat.
Sebab skill mama dia orang pun dah makin kelam dan pudar, harus juga diperturunkan kepada anak-anak.

Ketupat separuh siap
Teringat masa belajar menganyam ketupat dulu. Kisah bermula bila 'membuat ketupat' dijadikan salah satu pelajaran dalam pendidikan seni. Cikgu kata, kalau tak boleh buat ketupat sampai jadi, tak boleh dapat 'A' untuk mata pelajaran tersebut. Aduhai...

Malam tu, bukan main gigih lagi practise membuat ketupat, sampai hampir tak tidur malam..takut-takut tak dapat 'A' untuk pelajaran pendidikan seni.. :(
Alhamdulillah..akhirnya berjaya juga. Tapi hanya 2 jenis saja, iaitu ketupat bawang dan ketupat sate.

Dulu-dulu, rasa geram juga dengan cikgu sebab paksa anak murid belajar buat ketupat. Tapi bila dah dewasa macam ni (baca : tua), rasa berterima kasih sangat pada cikgu tu. Kalau tak kerana paksaan cikgu tersebut, mungkin semangat saya untuk belajar buat ketupat langsung tak ada...huhu

Ok..sekian sahaja untuk kali ini.
Hanya sebagai catatan kenangan dan moga menjadi inspirasi kepada anak-anak saya untuk terus berusaha belajar buat ketupat sampai jadi.
So, tahun depan, sehari sebelum raya,
mama boleh duduk relax sambil kilat kan kuku atau pergi ke salon set rambut....hahaha :D

Sekian. Wassalam.


31 ulasan:

  1. ketupa di makan dengan opor ayam, makannya di beranda rumah.
    dimana-mana tentu ada ketupat lebaran dong

    SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI 1 SYAWAL 1436 H.
    TAQABBAL ALLAHU MINNA WA'MINKUM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau di sini makannya sama rendang dan kuah kacang.
      Pasti enak juga jika dimakan dengan opor ayam...dicobalah nanti

      Terima kasih kunjungannya Mang. Selamat hari raya aidilfitri. Taqabbal Allahu Minna Waminkum.

      Padam
  2. saya pandai ketupat sate je, dah bertahun nak buat ketupat bawang, tak jadi-jadi..geram!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok jugak tu Sal..dapat jugak buat ketupat...
      Best jugak kalau dapat makan ketupat anyaman sendiri.

      Thanks Sal :)

      Padam
  3. bagus gak idea cikgu tu . byk generasi sekrg x pandai doh buat ketupat ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguskan...patutnya masih ada usaha yang macam tu sekarang.
      thanks Vee...selamat hari raya aidilfitri.

      Padam
  4. kak yg dh tua ni pun xreti nak anyam ketupat nasi tapi ketupat palas tahu...salam idilfitri maaf zahir batin fidah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru tadi makan ketupat palas pemberian jiran tetangga..sedap :)
      Saya tak pandai buat ketupat palas...kena belajar dengan Kak Paridah ni.
      thanks Kak Paridah. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

      Padam
  5. belum makan ketupat lagi hari raya ni..huhu..

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri..maaf zahir dan batin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah kesiannya...Mesti dok pulun makan lemang ni :D
      Selamat hari raya aidil fitri. Maaf Zahir & Batin
      Taqobbal Allahu Minna WaMinkum Wa Ja'alana Minal 'Aidin Wal Faizin

      Thanks Nohas :)

      Padam
  6. Ajarin dong cara menganyam ketupat nya :D

    Minal 'Aidin Wal Faizin mohon maaf lahir dan batin ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bayar! :D:D

      Selamat hari raya aidil fitri.
      Taqobbal Allahu Minna WaMinkum Wa Ja'alana Minal Aidin Wal Faizin

      Thanks Mr Ojik :)

      Padam
  7. Selamat Idul Fitri, Mohon Maaf Lahir Batin
    Mohon dikirim donk ketupatnya hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti saya email...hihi
      Terima kasih atas kunjungan :)

      Padam
  8. menu makanan yang pasti ada di hari raya ya mba hehe
    mama aku suka buat ketupat tapi lebaran tahun ini mama gak bikin ketupat sendiri hehe soalnya bahan yang bikin nganyamnya engga ada udah jarang jadi ya beli deh hehehe
    minal aidzin wal faidzin mohon maaf lahir batin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah juga juadah raya saya tempah atau beli jika tidak sempat untuk membuatnya sendiri. Sebenrnya lebih mudah...hihi :)
      Terima kasih Miss Ipah.

      Selamat hari raya aidilfitri.
      Taqobbal Allahu Minna WaMinkum

      Padam
  9. Minal aidzin walfa idzin miss fidah.. di hari raya saya nggak bikin ketupat seperti itu :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di sana makannya apa Zee?. Pasti juadah lebarannya enak-enak juga.

      Salam aidilfitri.
      Taqobbal Allahu Minna WaMinkum

      Padam
  10. ketupat kalau masak dengan berat pulut..memang sedap banget dan pasti terangat gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pernah cuba...tapi mesti best dengan aroma pulut dan daun kelapa.
      Cuba hantar sini :D

      Thanks HB

      Padam
  11. akk tak pandai mengayam ketupat bahagian tu serah pd en.cyg...kami bergotog royong en. cyg ayam akak isi beras dlm sarung ketupat dan buat rendang ...hasilnya boleh makan seisi keluarga

    SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kerja dibuat secara gotong royong mesti best..
      Sama-sama ada peranan masing-masing.

      Thanks Kak Mas...tak balik Pahang tahun ni? :)

      Padam
  12. Sebelum terlambat sangat. Saya mau ngucapin selamat hari raya idul fitri mohon maaf lhir dan batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kunjungannya Mangs Aduls.

      Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir & batin
      Taqobbal Allahu Minna WaMinkum

      Padam
  13. Nasib OKje terer buat ketupat FS hihi....
    Tp Raya tahun ni mak kampung beli je ketupat yg dah masak FS....senang kerja OKje hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhhh....saya setakat bolehlah siket2 untuk makan sendiri..dah lama tak buat hari tu..rasa slow pulak menganyam. Daun pulak tak berapa panjang, jenuh nak adjust

      Thanks Okje :)

      Padam
  14. wah, ternyata pandai mengayam ketupat juga.
    tidak gampang itu bikinnya, apalagi pada step-step di awal. Kalau di step akhir, untuk menarik-narik dan merapatkan anyaman saya sih bisa, hehe...
    Kalau di tempat saya, ketupat dimakan dengan opor ayam, bagaimana di Malaysia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah lama tak buat..skill nya sudah makin kelam..hihi

      Kalau di sini ketupat dimakan dengan rendang. Teringin juga nak makan opor ayam..nanti mau dicoba buat.

      Thanks Mba Nove :)

      Padam
  15. Tahun ni tak buat ketupat.. kat pontian bnyk tmpt yg jual.. beli je ketupat siap.. :D :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat pasar sebelah masjid Pontian hari tu jumpa jugak. Tapi saja nak polish skill...hihi.
      Cuma burasak aje yg saya beli siap.

      Thanks Khir :)

      Padam
  16. dlm family mama, semua org tahu buat ketupat. tp bla msk opis ni, hanya sy seorg je yg tau menganyam ketupat hehehehehe

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut