Mei 04, 2014

Dalam Kenangan...

Assalamualaikum..
Nak layan lagu malam ni..


Lagu : Dalam Kenangan, Wheels

Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba dipersimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan

Bila tibanya masa nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila ku tinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya kan abadi dalam kenangan..

Sekarang tengah mood rindu kat kampung...
Teringat kat family & kawan-kawan. Mujurlah teknologi sekarang ni canggih..segalanya dihujung jari. Jadi tidaklah rasa kejauhan sangat.
Thanks to whatsapp, FB, instagram, kakao talk....etc..hehe. Semuanya terasa dekat.

Kadang-kadang, saya rasa berguna betul whatsapp group ni. Memang dapat mengeratkan silaturrahim, dapat merapatkan kembali hubungan yang sudah lama terputus dan dapat juga mendengar khabar terkini kawan-kawan yang telah lama terpisah.
Dan..ketika menyambut ulang tahun yang ke 38 (???) baru-baru ni juga, saya rasa amat terharu dengan ucapan-ucapan yang diberikan. Bayangkan, setelah hampir 26 tahun terpisah, rupa-rupanya masih ada yang ingat tarikh lahir saya...hehe. Alhamdulillah.
Thanks to all my beloved friends. I really appreciate that. May Allah bless all of you too.

Semoga hajat nak balik kampung minggu depan tercapai...dan semoga segala urusan dipermudahkan. Aamiin.



Sekian. Wassalam..


20 ulasan:

  1. Kenangan terkadang bisa mengingat moment
    Yang lama kita lalui ya Mbak Fidah. masih
    Atas perkongsianya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat kenangan lalu...hehe
      T.kasih Saud :)

      Padam
  2. sy pun dh lama x balik kampung... btul tu.. media sosial ni ada kebaikkannya juga jika digunakan dgn betul.. boleh mengembalikan keakraban dgn kekawan lama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak setuju..media sosial memang dpt membantu utk mengeratkan ukhwah dan silaturrahim...
      Thanks Ain :)

      Padam
  3. Semoga tercapai & segala urusan dipermudahkan... aamiin.. :) :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah..aamiin
      Thanks Khir

      Padam
  4. Memang betul tu Fidah, teknologi moden banyak merapatkan hubungan yg jauh.. macam Nurul ni, jauh disini, adik beradik lain berterabur seluruh malaysia ni.. tapi disatukan dengan whatsapp.. alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy setuju Nurul..alhamdillah...memang teknologi kini dpt merapatkan hubungan
      Thanks Nurul..Salam Jumaat

      Padam
  5. Sedih plak bila hyati lgu tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Jumaat Maria..
      Memang sedih bila hayati betul2 liriknya..semakin rindu kat kampung
      Thanks :)

      Padam
  6. yang namanya kenangan baik yang indah ataupun yang tidak menyenangkan pasti akan tersimpan selalu dalam hati dan ingatan yang sekali waktu perlu juga untuk dikenang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..yg pahit..yg manis..pastinya akan menjadi kenangan..
      T.kasih sudi ke sini...salam kenal & selamat hujung minggi

      Padam
  7. betul tu sis..teknologi memng mndekatkan mcm saya family ada group whatssup sos enang nak berhubung..rindu kat mak..buat je video call L)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Sobri..teknologi dpt memdekatkan yg jauh...
      Thanks :)

      Padam
  8. Teknologi merapatkan persahabatan, perhubungan dn perssudaraan. Dalam rabu Fidah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Khamis K.Lynn. Betul..teknologi merapatkan hubungan...
      Thanks :)

      Padam
  9. Sorry Fidah dah lama tak jenguk sini...Baru perasan your Blog's URL dah tertinggal..nway happy belated birthday & take care ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Raudzah...sy pun dah lama tak berblogging..

      Padam
  10. Kalau ikut signboard tu dah dekat dah tu. 500 meter lagi je nak keluar exit tu. Selamat balik kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...dah selamat balik kampung...:)
      t.kasih kerana sudi singgah & salam kenal

      Padam

Google+ Followers

Pengikut