Disember 09, 2013

Skandal Di Pejabat

Assalamualaikum

Baru- baru ini ada seorang pengarah di satu jabatan di tempat saya bekerja yang memberi teguran tentang perbuatan staff nya yang mungkin agak keterlaluan. Mungkin ada baiknya jika sesekali pihak atasan membuat teguran begitu. Biasanya kalau dengan boss, orang segan sikit. Betul tak?


Skandal di pejabat. Biasa dengar kan?
Bunyinya pun agak kurang manis.
Dan yang tak bagusnya orang-orang yang pada asalnya tidak terbabit pun, akan terheret sekali. Contohnya menjadi 'mamarazzi' tak bergaji dan yang paling tak bestnya ... dapat dosa kering sebab banyak sangat buat ketupat.....uhhhhh!!!!
Mintak-mintaklah di jauhkan.

Berdasakan pemerhatian, hubungan di pejabat boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.

1. Rakan Sekerja
Ini adalah hubungan antara rakan sekerja atau sepejabat sahaja tidak kira lelaki atau perempuan. Boleh jadi antara boss dengan pekerja atau antara sesama pekerja. Hubungan adalah professional.

2. Teman tapi mesra.
Teman sepejabat, tapi lebih mesra dari teman-teman yang lain. Kalau hubungan itu adalah antara lelaki dengan perempuan terutamanya yang sudah berkahwin, orang akan memandangnya dengan pandangan yang agak serong. Ada juga orang yang mengatakan mereka cuma kawan baik. Tapi hubungan yang begini selalunya mendatangkan fitnah. Eemmm...moga-moga dijauhi.
Jika hubungan itu adalah diantara teruna dan dara, mungkin juga boleh diterima asalkan mereka pandai menjaga batas-batas perhubungan dan berniat untuk mendirikan masjid. Harap-harap ianya membawa ke arah sesuatu yang lebih baik. In Shaa Allah.

3. Kekasih Gelap Ku
Kes berat ni Kak Ton!!!!. Love is blind :(
Hubungan kategori ini biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang terlarang. Mereka akan menjadi bahan bualan dan secara tidak langsung, ramai juga yang menjadi wartawan tidak bertauliah untuk memberi laporan terkini. Orang-orang dipersekitaran pun, tak pasal-pasal dapat dosa sebab mengupat sama..
Apa yang sepatutnya dibuat?
Sebagai orang luar, nasihat mungkin dapat membantu...semoga mereka sedar dan kembali ke arah kebaikan.

4. Tiada jawapan di atas.
Tak tahu lah saya yang ini kategori mana...
'Lone ranger'?...
Mungkin mereka adalah golongan yang buat hal sendiri, tak kiralah apa yang berlaku.
Mungkin mereka lebih sukakan hubungan dengan barang-barang daripada hubungan dengan orang...Haha :)

Sekian. Wassalam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Google+ Followers

Pengikut