<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Tanda-Tanda Anda Sudah Tua

Jun 27, 2018

Tanda-Tanda Anda Sudah Tua


  • Profile picture di media sosial tidak lagi menggunakan gambar sendiri, tetapi gambar yang menjadi pilihan adalah gambar anak atau gambar cucu. 
  • Minyak wangi yang selalu menjadi teman ketika jalan-jalan sudah digantikan dengan minyak angin atau minyak urut.
  • Kalau pergi karaoke, lagu-lagu pilihan adalah lagu-lagu tahun 80an dan 90an. Kebanyakan lagu mungkin tidak pernah didengar oleh budak-budak gen Y. Lagi sadis, lagu pilihan anda sudah tidak ada lagi dalam koleksi pusat karaoke.
  • Untuk acara sukan, nama anda tidak ada lagi dalam senarai pasukan remaja atau belia. Sebaliknya, secara automatik anda sudah menjadi ahli tetap pasukan veteran atau skuad 40an.
  • Anda sering mendapat undangan dari rakan-rakan anda ke majlis perkahwinan. Bukan rakan-rakan anda yang berkahwin, tapi anak-anak mereka.
  • Message dari kawan-kawan anda bukanlah untuk mengajak anda lepak-lepak atau pergi tengok wayang, tapi cuma nak bagi tahu "kami baru terima menantu atau dapat cucu baru"
  • Jarang sekali jerawat-jerawat remaja timbul di muka anda, tetapi yang lebih meriah menghiasi wajah anda sekarang adalah garis-garis penuaan dan kedutan-kedutan halus.
  • Topik-topik perbincangan di group whatapps bukanlah tentang budak kelas sebelah atau abang department mana yang paling sado, tapi lebih kepada petua awet muda, tips mangatasi sakit pinggang dan lutut serta peringatan tentang hari kematian.
  • Kalau dulu pergi ke kedai baju, jurujual akan tanya "Nak cari baju yang macam mana Dik?". Tapi sekarang  jurujual akan tanya "Mak Cik nak beli baju untuk anak ke? Umur dia berapa tahun?"
  • Nombor talipon doktor dan klinik juga sudah semakin banyak dalam senarai nombor talipon anda. 
  • Kalau dulu, jadual anda penuh dengan pelbagai aktiviti seperti mendaki gunung, futsal dan macam-macam lagi. Tapi kini anda lebih suka menghabiskan masa di rumah sambil menonton rancangan tv kegemaran. Itu pun nasib baik jika anda tidak tertidur sebelum rancangan kegemaran anda bermula.

Amacam? Dah ada ke tanda-tanda macam kat atas tu?..

Sekian. Wassalam.

Sumber: pelbagai


Label:

10 Ulasan:

Di 6/27/2018 10:40:00 PG, Blogger Warisan Petani berkata...

Pakcik ngaku dah tua.

 
Di 6/27/2018 12:34:00 PTG, Blogger I am LZ berkata...

Masih belum ada tanda-tanda di atas tapi bersedia untuk menghadapi fasa itu dengan hati yang terbuka ;-)

 
Di 6/28/2018 08:55:00 PG, Blogger Mangs abdul berkata...

hahahah betul juga ya. ketahuan deh

 
Di 6/28/2018 06:38:00 PTG, Blogger hainom OKje berkata...

Hihi.... nak buat macam mana ..... mmg dah menjelang maghrib pun ... terima dengan redho gitu

 
Di 6/29/2018 04:31:00 PG, Blogger Siti Yang Menaip berkata...

bhahahaha macam kene lepuk setepek demi setepek. jalan mesti ade minyak cap kapak mudah naaw pening kepala. hehehe..

 
Di 6/29/2018 10:10:00 PG, Blogger dear anies berkata...

belum lagi ada tanda2 tu hahahahaha

 
Di 6/29/2018 11:02:00 PTG, Blogger Blogger Hanafi berkata...

saya belum bersedia untuk dipanggil pak cik...

lain la kalau cik yang panggil hahahaha

 
Di 6/30/2018 11:56:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Ada yg makin tua makin menjadi tu mcm ne hahaa :D

 
Di 7/04/2018 08:33:00 PTG, Blogger adianiez AIDA berkata...

ha ha ha ha ha.
no 1 tu masih dikira belum tua tau.
sederhana aje :)

ari tu aida & anak sulung ke majlis kawin jiran.
ada la kenalan menegur, da besar dah anak sulung aida tu.
ada seorang di sebelah kenalan aida tu, berkata "oh, ni ibu & anak? saya ingat tadi kakak & adik..."
ha ha ha ha ha meskipun umur sederhana tua. fizikal masih muda :)
jadik la...

 
Di 7/20/2018 10:19:00 PTG, Anonymous olaoli berkata...

oh ok kalau begitu saya belum tua lgi hehehe

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama