<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Jenis-jenis Harimau

Ogos 09, 2017

Jenis-jenis Harimau

Assalamualaikum

Korang mesti pernah pergi zoo tengok harimau. Atau sekurang-kurangnya pernah tengok harimau kat TV. Keluarga harimau/kucing ni sebenarnya ada banyak jenis. Antaranya:


Harimau (Panthera Tigris)
Juga dikenali sebagai harimau belang. Sub spisies yang besar boleh mencecah panjang sehingga 3 meter dan berat 300 kilogram. Ciri terpenting yang dipunyai oleh harimau ini adalah bercorak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejingaan. Harimau jenis ini amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, biasanya gemar bersendiri dan sering memerlukan habitat yang amat luas untuk memburu mangsanya.


Jaguar (Panthera Onca)
Habitat liarnya berada di Benua Afrika. Jaguar memiliki kepala besar dengan rahang yang kuat. Panjang badan jaguar lebih kurang 2 meter dan ekormya mencapai sekitar 76cm. Berat jaguar dianggarkan lebih kurang 113 kilogram. Bulu jaguar berwarna coklat atau kuning keemasan dengan  berbintik-bintik hitam. Pada bintik-bintik tersebut ada lingkaran yang disebut roset. Jaguar boleh memanjat pokok.


Leopard (Panthera Pardus)
Habitatnya di benua Asia dan Afrika. Leopard juga berkebolehan untuk memajat pokok. Spisies ini pada umumnya mempunyai bulu berwarna kuning kecoklatan dengan bintik-bintik berwarna hitam. Bintik hitam dikepalanya lebih kecil. Berbeza dengan jaguar, saiz leopard biasnya lebih kecil. Leopard memiliki panjang hingga 1.9 m dengan berat sekitar 90 kilogram. Leopard boleh memanjat pokok.


Cheetah (Acynonyx Jubatus)
Cheetah boleh memburu mangsanya dengan pantas dan tidak perlu terhendap-hendap seperti spisies harimau yang lain. Boleh berlari dengan kepantasan 110 km/jam. Cheetah tidak boleh memanjat pokok. Panjang cheetah adalah 70 hingga 90 cm dan beratnya diantara 21 hingga 72 kg. Cheetah memiliki bulu-bulu kasar yang pendek dengan warna coklat dan bintik hitam hingga bahagian ekor.



Puma
Dikenali juga sebagai Caugar atau singa gunung. Puma umumnya dijumpai di benua Amerika. Panjang puma adalah diantara 1.5 hingga 2.75 meter. Puma jantan memiliki berat badan sekitar 53 hingg 100 kilogram, manakala berat badan puma betina adalah 29 hingga 64 kilogram. Puma biasanya berwarna perak, kelabu atau kemerah-merahan.


Harimau Putih
Harimau putih bukanlah albino. Ia adalah sejenis harimau yang membawa gen resesif yang menghasilkan pewarnaan pucatnya. Harimau putih berhidung merah jambu, berkulit kelam kelabu, bermata biru ais dan berbulu putih atau putih kuning berbelang hitam, kelabu atau coklat. Saiz harimau putih lebih besar dari harimau belang biasa.


Cakar Harimau
Yang ni, korang carilah atau google sendiri.....haha...AUUUMMMM!!!

Sekian. Wassalam.

#adikberadikrimau
#adamakkisah

Sumber dan rujukan : pelbagai
Gambar: google






Label:

16 Ulasan:

Di 8/09/2017 08:51:00 PG, Blogger mamapp berkata...

Haha cajar harimau Tu harimau rare ke. Sayang kan harimau belang hampir pupus dah

 
Di 8/09/2017 03:41:00 PTG, Blogger paridah berkata...

HARIMAU DGN SIFAT GARANGNYA SEMULAJADI NAMUNCANTIK RUPANYA

 
Di 8/09/2017 06:13:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kalau tengok kat gambar-gambar tu, comel jugak rimau ni sebenarnya :)

 
Di 8/09/2017 06:14:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sayang bila harimau belang tu dah hampir pupus.
Pasal cakar harimau tu..kena tanya pada yang pakar :D

 
Di 8/10/2017 06:45:00 PTG, Blogger Hasliynda Umairah berkata...

yg paling glomur PUMA & Chetah

 
Di 8/10/2017 06:46:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Boleh ajak dia bersukan... :)
Thanks Lynn

 
Di 8/11/2017 02:22:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

cakar harimau tu sama mcm kuih cakar ayam kan? kan? hahahahahahaha

 
Di 8/11/2017 06:24:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Lebih kurang arrr....haha :)

 
Di 8/11/2017 11:55:00 PTG, Blogger mrhanafi berkata...

saya suka harimau putih...

rupa cool sahaja..

agak-agak kalau berdiri dekat ada kena terkam tak?

 
Di 8/12/2017 07:03:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kalau dapat selfie dengan harimau putih, jangan lupa share kat dalam blog :D

 
Di 8/12/2017 09:23:00 PG, Blogger SalbiahM berkata...

entry yang simple tapi informatif. thumbs up!

 
Di 8/12/2017 11:29:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Thanks Sal... :)

 
Di 8/12/2017 02:29:00 PTG, Blogger mrhanafi berkata...

ini betul betul mencabar saya nie..

tak dapat cari harimau putih saya cari cakar harimau jelah

 
Di 8/14/2017 11:06:00 PG, Blogger Khir Khalid berkata...

Harimau ni kalau jinak macam kucing memang saya bela sekor. Terutama panthera tigris tu hihii :)

 
Di 8/14/2017 08:10:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Cuba la bela...
Boleh jugak buat tengok2 kan rumah kalau balik kampung :)

 
Di 1/11/2018 11:55:00 PG, Blogger White Barley berkata...

Haha..sabar aje la

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama