Ogos 21, 2016

Biru....Cantik Di Waktu Siang, Indah Di Waktu Malam

Assalamualaikum


Kenapa warna biru? Itu lah soalan saya pada Tenaga Pengajar Silat (Cekak Hanafi), ketika mendapat uniform (baca: pakaian rasmi ketika belajar silat) masa di kolej dulu.
Jawapan yang saya dapat daripada para senior masa tu adalah kerana "warna biru ini cantik di waktu siang dan indah di waktu malam"




Cantikkan warna biru?
Kalau tak percaya, pandanglah ke langit cerah di siang hari, pasti kita akan melihat indahnya warna biru.
Juga lihat nun jauh di laut sana. Pasti hati akan terasa damai dan tenang ketika melihat air laut yang biru.
Mungkin sebab itu juga ada orang mengakatan bahawa warna biru ini 'cool".

Warna biru melambangkan ketenangan, kedamaian dan harmoni. Ia juga lambang kejujuran dan kesetiaan.
Dikatakan warna biru dapat merangsang kemampuan untuk berkomunikasi, memberi kesan artistik dan juga simbol semangat yang mantap. Berdasarkan kajian, warna biru juga dapat meningkatkan konsentrasi.

Maka tidak hairan juga jika kebanyakan syarikat memilih warna biru sebagai warna korporat.

Peminat warna biru dikatakan sebagai seorang yang kreatif, open minded dan selalunya tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Anak mata warna biru?..hikss...pastinya bukan ahkak...

Apa pun, moga warna biru dapat membuat pandangan mata kita lebih segar dan menjadikan hidup kita lebih bermotivasi.

Sekian. Wassalam.
Sumber: pelbagai

Nota: Al Fatihah untuk Ustaz Hanafi Hj Ahmad, pengasas Silat Cekak Ustaz Hanafi yang telah kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986.

Baca juga:
Segarnya Warna Hijau
Kenapa Perempuan Suka Pink?
Benarkah Putih Lambang kesucian?

5 ulasan:

  1. aah warna biru memang cantik...

    BalasPadam
  2. warna biru itu warna kesukaan saya karena warna biru adalah warna yang optimis menurut saya :)

    BalasPadam
  3. biru warna yg tenang...tapi entah kenapa warna ni dikaitkan dgn perkara2 lucah...kesian warna biru...haru-biru jadinya..

    BalasPadam
  4. Warna biru sejuk... nyaman... ooo... pernah belajar silat rupanya eh hehee.. :) :)

    BalasPadam
  5. Mak ni kan FS kurang suka warna biru. Entah kenapa...rasa mcm tak sesuai je ngan kulit mak yang sawo matang ni.

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut