July 27, 2016

Rahsia Al Fatihah

Assalamualaikum



Ada banyak rahsia yang terkandung dalam surah Al Fatihah

  • Tanpa membacanya solat kita tidak sah
  • Sering dibaca untuk arwah
  • Menjadi petunjuk bagi yang buntu dan resah
  • Jika mengingati atau merindui seseorang, bacalah surah ini
  • Dibaca dan ditiup pada beras sebelum dimasak, untuk anak yang bermasalah
  • Salah satu surah yang menjadi penawar sihir (sabda Rasulullah SAW)
  • Terjemahannya indah, hafalannya mudah
  • Sunat dibaca ketika keluar dan masuk rumah
  • Jom amalkan, moga tiada resah mahupun gelisah

Amalan menghadiahkan surah Al fatihah:
Antara salah satu ikhtiar untuk hidup tenang dan bahagia adalah dengan menghadiahkan surah Al Fatihah (khasnya untuk orang-orang tersayang). 
Selesai solat, hadiahkan Al Fatihah untuk Rasulullah, ibu bapa (tidak kira sama ada masih hidup atau pun sudah meninggal dunia), isteri/suami dan anak-anak permata hati.

Kita mungkin biasa mambaca surah ini sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan menjadi berganda-ganda. In shaa Allah.
Selain dari mendapat pahala membacanya, dapat juga pahala sedekah dan mendoakan kebaikan untuk orang lain.
Moga setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, akan dibalas kebaikan juga untuk kita. In shaa Allah.

Jom sama-sama kita beramal dan beristiqomah dengan surah Al Fatihah.

Sekian. Wassalam.

*Diolah semula dari sumber






10 comments:

  1. surah al fatihah yg penuh barokah...amalan kita setiap hari

    ReplyDelete
  2. bener mba terjemahan nya indah dan juga hafalan nya mudah :) mampu memberi kita ketenangan apabila membacanya :)

    ReplyDelete
  3. Banyak manafaat surah Al Fatihah dalam kehidupan kita.

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg baik utk peringatan bersama... subhanallah walhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. in shaa Allah apabila saya rindu dengan si dia maka saya akan hadiahkan agar impian terindah itu menjadi kenyataan..

    ReplyDelete
  6. Wajib diamalkan setiap hari sebab boleh menyembuhkan segala penyakit dengan izin Allah

    ReplyDelete
  7. sedekah alfatihah utk ibu bapa setiap pagi mudah2an rezeki sentiasa berpihak kpd kita

    ReplyDelete
  8. banyak fadilat Surah Al-Fatihah..syukran..

    ReplyDelete
  9. Tq FS....
    Benda mudah, tp lupa jugak nak amalkan....

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers