<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Majlis Doa Selamat Di Masjid Al Hasanah Bangi

Julai 30, 2016

Majlis Doa Selamat Di Masjid Al Hasanah Bangi

Assalamualaikum

Satu majlis doa selamat untuk bakal-bakal haji diadakan  di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi pada 30 Julai 2016.



Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan tahlil dan doa selamat.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat isya', solat hajat dan ucapan dari pihak Tabung Haji, Pegawai Daerah dan pihak pengurusan Masjid Al Hasanah.

Majlis diakhiri dengan jamuan hari raya :)


Dikatakan jemaah haji dari Bangi bagi tahun 1437H adalah seramai lebih kurang 600 orang. Manakala jemaah dari seluruh Hulu Langat adalah seramai 1500 orang.

Penerbangan pertama (ke Madinah) dijadualkan pada 4 Ogos 2016 manakala penerbangan akhir (terus ke Mekah) dijadualkan pada 4 September 2016.

Moga segala urusan bakal-bakal haji (serta keluarga yang ditinggalkan juga) semuanya dipermudahkan, moga selamat perjalanan, diberikan kesihatan serta diberikan kekuatan untuk terus beramal ibadah.
Moga segala amalan diterima dan moga mendapat haji yang mabrur....aamiin.

Sekian. Wassalam.


Label:

7 Ulasan:

Di 7/31/2016 09:37:00 PG, Blogger paridah berkata...

tahniah kpd jemaah yg terpilih menunaikan haji pada tahun ni...semoga Allah permudahkan urusan mrk n memperolehi haji mabrur..fidah pun tunai haji juga tahun ni..tahniah.

 
Di 8/01/2016 03:07:00 PTG, Blogger Bunda_nora berkata...

Mudahan dipermudahkan urusan mereka mengerjakan haji nanti... aamiin

 
Di 8/02/2016 10:22:00 PG, Blogger Unknown berkata...

Semoga dipermudahkan urusan jemaah haji 2016

 
Di 8/02/2016 04:18:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Alhamdulillah... semoga mereka semua memperolehi haji yg mabrur... aamiin.

 
Di 8/03/2016 03:53:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

ramai tuu...selamat mendapat haji yg mabrur...makcik n pakcik sy pun slh seorg yg akn ke mekah thn ni

 
Di 8/03/2016 05:37:00 PTG, Blogger nohas berkata...

semoga segala urusan haji dipermudahkan olehNya..dan memperoleh haji yang mabrur..

 
Di 8/20/2016 10:39:00 PG, Blogger OKje berkata...

Awak dapat pergi tahun ni ke FS? Ke dah pergi?....
Aduhhh sedapnya rendang tu weyh

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama