September 07, 2015

Tips Akhir Menjelang Peperiksaan

Assalamualaikum


Bila hari peperiksaan semakin tiba, debaran juga kian terasa.
Bukan sahaja anak-anak yang mahu mengambil peperiksan, emak bapak dia orang pun sama-sama merasakan debarannya.

Semoga anak-anak kita semua dipermudahkan segala urusan untuk menjawab soalan pepriksaan dan beroleh kejayaan cemerlang. Aamiin.

Jom semak tips akhir menjelang peperiksaan.

Sehari Sebelum Peperiksaan:
  • Pastikan segala keperluan dan peralatan sudah disediakan. Tengok balik pencil box masing-masing, pastikan pensil 2B, getah pemadam, pengasah pensel dan sebagainya sudah ada.
  • Ibu-ibu, sila pastikan juga pakaian anak-anak sudah siap sedia. Baju, seluar, tudung sudah siap digosok...jangan sampai terlewat :(
  • Baca secara imbas segala panduan dan rumusan penting untuk mata pelajaran yang akan diambil esok.
  • Tidur awal supaya tidak bangun lewat dan anda berada dalam keadaan segar untuk mengambil peperiksaan.
  • Mohon ibu bapa mendoakan kejayaan anda.

Hari Peperiksaan:
  • Bangun awal
  • Sembahyang tahajjud, hajat dan subuh.
  • Jangan lupa bersarapan
  • Pastikan anda membawa segala peralatan dan keperluan
  • Bersalam dan cium tangan ibu bapa
  • Lakukan perkara-perkara berikut:
  1. Membaca Al Fatihah 3x
  2. Membaca Takbir 7x
  3. Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW 3x
  • Langkah kanan ketika keluar rumah
  • Bertolak lebih awal ke sekolah
  • Sentiasa bertenang
  • Baca doa dipermudahkan urusan dan doa penerang hati.



Semoga segala usaha kita diberkati.
Aamiin

Sekian. Wassalam.

Gambar: google

24 ulasan:

  1. Terima kasih kerana berkongsi FS......Moga mereka dapat menjawab soalan dengan baik.

    BalasPadam
  2. Dengan bangun lebih awal, termasuk shalat Tahajjud, kemudian melakukan beberapa tips di atas, termasuk membaca al-Faatihah, takbir, dan shalawat Nabi, dan seterusnya, sungguh ini langkah yang bagus sekali. Semoga sukses selalu ya, Mbak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga usaha dan ikhtiar diberkati serta berhasil.
      Terima kasih Akhmad Muhaimin Azzet

      Padam
  3. peperiksaan itu apa yah mbak?saya masih kurang tahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seperti ujian atau examination di sekolah.
      Tapi yang ini peringkat nasional.
      Thanks Mr Hendri

      Padam
  4. berusaha dan bertawakkal kpd Allah..sentiasa bertenang itu penting..jgn panik bila tengok soalan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah. Semoga mereka semua bertenang selalu. Dan semoga berjaya juga.
      Thanks Nohas

      Padam
  5. peperiksaan itu semacam gimana sih mba aku belum ngerti deh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peperiksaan itu seperti ujian atau examination.
      Ini di peringkat primary school atau sekolah rendah untuk anak-anak 12 tahun.
      Thanks Ipah

      Padam
  6. semoga anak2 ni melakukan tips nk hadapi exam yg fidah beri..insyaAllah ada ketenangan yg dirasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...aamiin..
      Thanks Kak Paridah

      Padam
  7. Masih terbayang waktu peperiksaan, tak boleh tidur malam hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terkenang semasa dulu...Anak saya nampak relax aje, mak dia rasanya yang lebih susah hati :)
      Thanks SP

      Padam
  8. terima kasih kerana berkongsikan panduan ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 HB. Ada juga yg saya baru tau.
      Thanks :)

      Padam
  9. Tips yang baik
    Hasilnya pasti cantik
    Ketenangan tak terusik
    Tidak ada rasa panik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga berjaya
      Berkat dari doa kawan2 semua.
      Thanks Mba Ayu :)

      Padam
  10. nice tips untuk anak-anak yang sedang mengikuti ujian (peperiksaan)
    semoga putra-putrinya medapatkan kesuksesan
    amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...aamiin..
      Thanks Mba Nove :)

      Padam
  11. zaman sy dulu, main redah je. tak de rasa khuatir or takut nak hadap exam besar... ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dulu..cuak jugak..haha
      Tapi masa tu tengok Arwah mak saya relax aje..
      Thanks Anies :)

      Padam
  12. nice tips..thanks for sharing..boleh apply utk peperiksaan yg lain juga

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut