Ogos 09, 2015

Nilai Ringgit Turun Lagi

Assalamualaikum


Nampaknya nilai matawang kita telah turun lagi pada Jumaat lalu.
Saya bandingkan dengan USD dan juga nilai matawang beberapa negara jiran.
Tak payah nak cerita panjang-panjang jom tengok:

Perbandingan diantara Ringgit Malaysia dangan Matawang Negara Lain
Date USD SGD IDR100 THB100
Dec 14 3.495 2.645 0.0281 10.627
Jan 15 3.624 2.681 0.0287 11.073
Feb 15 3.611 2.662 0.0281 11.154
Mar 15 3.717 2.699 0.0284 11.423
Apr 15 3.571 2.700 0.0276 10.863
May 15 3.652 2.709 0.0276 10.829
Jun 15 3.786 2.809 0.0284 11.205
Jul 15 3.818 2.781 0.0283 10.867
7 Aug 15 3.923 2.829 0.0290 11.151
Nota:
USD : US Dollar (Ringgit Malaysia ke 1 USD)
SGD : Singapore Dollar (Ringgit Malaysia ke 1 SGD)
IDR : Indonesian Rupiah (Ringgit Malaysia ke 100 Rupiah)
THB : Thai Baht (Ringgit Malaysia ke 100 Baht)
**Lagi besar nombor yang dipaparkan, bermakna kita harus keluarkan lebih banyak Ringgit Malaysia untuk pertukaran ke mata wang negara-negara tersebut. Contohnya, pada 7 Ogos 2015, kita harus mengeluarkan RM3.923 untuk mendapatkan 1 Dollar Amerika (1 USD) berbanding dengan RM3.495 pada 31 Disember 2014.

Apakah implikasi sekiranya nilai matawang turun?
  • Jumlah pelancong akan bertambah kerana kos di Malaysia menjadi murah jika dibandingkan dengan nilai matawang negara mereka (tapi ada faktor lain yang akan menarik para pelancong asing. Kestabilan politik dan sosial contohnya....)
  • Keuntungan (ekport) akan bertambah bagi syarikat/perusahaan yang membuat transaksi menggunakan USD
  • Pelajar-pelajar Malaysia di luar negara akan lebih memahami erti berjimat cermat disebabkan oleh nilai matawang kita yang semakin mengecil :(
  • Semangat untuk membeli barangan tempatan akan meningkat disebabkan kenaikan harga barangan impot.
Dan pastinya ada banyak perkara negatif bila nilai matawang semakin menurun. Nak cakap lebih-lebih pun susah. Jadi, saya cuma mahu mengambil kata-kata dari Pelawak Nabil..."Lu Pikirlah Sendiri"....huhu :(

Sekian. Wassalam


30 ulasan:

  1. Rasanya banyak kesan negatif dari yang positif tu kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah kira-kiranya...Nak cakap lebih pun susah..huhu
      Thanks Zumal :)

      Padam
  2. asyik turun jer sudahnya senilai kertas biasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedihnya kalau jadi macam tu. Nak beli emas..pitih x banyak pulok...huhu
      Thanks Kak Paridah :)

      Padam
  3. Makin menurun nmpknya..arap2 ade perubahan positif lps ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapnya begitulah. Looking fwd for something +ve.
      Tapi hari ni nampaknya semakin menurun. Kecuali with rupiah yg maintain at 0.0290, yang lain2 :
      USD = 3.9265
      SGD = 2.8366
      THB100 = 11.1834

      Padam
  4. Dah tak tau nak fikir apa kalau penurunan ringgit disebabkan derma kepada pemimpin yang nilainya berbilion walhal rakyat masih lagi dihimpit kemiskinan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa untuk merenung dan menilai..
      Thanks SP :)

      Padam
  5. tak tahu jugak nak cakap apa...huhu sama2 la kita doa yang terbaik dan fikirkan sesuatu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sama kita doakan yang terbaik..dan harapnya dilakukan sesuatu untuk menangani masalah ini.
      Thanks Aniey :)

      Padam
  6. Teruk dah malaysia..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malaysia Boleh!! :)
      Thanks nor azman & salam kenal.

      Padam
  7. negatif lagi banyak dari positif sebenarnya..harga barang keperluan dan minyak akan terjejas jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga barangan import dan barang2 lain pun (sebelum gst) akan naik...
      Thanks Sal :)

      Padam
  8. mari kita bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang kemungkinan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sememangnya harus bersedia..sebab dah tak tau nak agak apa yang akan terjadi sebab boleh jadi apa saja..Mak pening..huhu :)

      Padam
  9. Semoga segera naik dan stabil lagi yaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah. aamiin. Semoga akan menjadi stabil.
      Terima kasih Mr Akhmad Muhaimin :)

      Padam
  10. kita rakyat marhaen cuma tangan2 kecil yg menggerakkan ekonomi domestik, international level is beyond our capabilities...huhu..foreign debt, international reserve, exchange rate..hanya boleh dgr saja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..tapi sedih jugak bila tengok harga barangan import dah semakin naik. Tu belum gst lagi. Aduhai.
      Thanks Nohas :)

      Padam
  11. nilai RM jatuh ...prob kepada kaki travel seperti JM...perlu lebihkan duit jika nk travel huhhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom menabung..In shaa allah boleh lagi kalau nak gi jenjalan..
      Harapnya keadaan semakin pulih.
      Thanks JM :)

      Padam
  12. nilai RM makin jatuh skg ni....huhuuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah..hari tu ingat hujan aje yang turun kat Mesia ni..hihi
      Thanks Deanna :)

      Padam
  13. Dan hari ni turun lg dh ke angka 4, bersedia utk b'depan dgn kegawatan ekonomi menyimpanla dr skunk....'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam tu lah nampak gaya nya..
      Tak boleh nak pakai barangan import ler....huhu
      Thanks Cikna :)

      Padam
  14. Balasan
    1. Hampir2 gawat...nak buat macam mana...huhu
      Thanks Wak :)

      Padam
  15. sy rs kan, brg tempatan pun naik harga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua orang nak ambik kesempatan....mencik!

      Padam

Google+ Followers

Pengikut