Ogos 21, 2015

Jiwa Yang Merdeka

Assalamualaikum

Jiwa yang merdeka bermaksud jiwa yang bebas.
Bebas seperti burung yang terbang kah?
Atau bebas bertaburan seperti bintang dilangit?
Hohoho...tak tau pulak saya...:)



Pada pendapat saya, memiliki jiwa yang merdeka bermaksud mempunyai ketenangan hati, jiwa dan minda serta dapat menjalani kehidupan yang bahagia bersama insan-insan tersayang.
Seseorang yang mempunyai jiwa yang merdeka juga mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja serta bebas untuk menyuarakan pendapat serta idea-idea tanpa ada halangan.

Seseorang yang mempunyai jiwa yang merdeka seharusnya boleh  memimpin dirinya, memimpin keluarganya, memimpin masyarakat serta bangsanya.

Tapi, harus juga diingat, walau bagaimana bebas atau merdeka sekalipun, kehidupan kita masih dibatasi oleh kewajipan terhadap Maha Pencipta, hak sesama manusia serta peraturan-peraturan tertentu yang dibina demi menjaga keamanan supaya setiap orang tidak boleh bertindak sesuka hatinya mengikut 'hukum rimba'.

Bagaimana pula maksud 'jiwa yang merdeka' bagi anda?

Sekian. Wassalam.

Gambar: google



38 ulasan:

  1. SALAM JUMAAT FIDAH.
    MERDEKA TAK BERERTI BEBAS TANPA BATASAN...
    NAMUN MERDEKA AMAT BERMAKNA DALAM ERTIKATA SEBENARNYA SBG ALLAH YG TAAT ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita 'hamba' yang merdeka....
      Walau bebas macam mana sekalipun, harus ikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah.
      Thanks Kak Paridah :)

      Padam
    2. salam....
      Merdeka atai mati adalah patrian hidup untuk jiwa

      Padam
    3. Waalaikumsalam
      Biar pun menjadi hamba kepada pencipta, yang penting jiwa kita tetap merdeka.
      Thanks :)

      Padam
  2. Bagi saya, jiwa yang sentiasa tenang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Jiwa yang tenang dan sentiasa berlapang hati.
      Thanks Arif Luqman :)

      Padam
  3. Bebas untuk melakukan apa yang diinginkan tanpa membelakangkanNYA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mempunyai kebebasan tapi ada batas-batas tertentu.
      Thanks Aizamia :)

      Padam
  4. Adoiiii ni soklan akademik FS oiii.....Malas kita nak pikir dah ptg ptg cenggini tau....hihi....
    Emmm...setuju gak ngan pandangan awak tu, bebas tanpa ada halangan tp masih terbatas dengan batasan Agama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syyyyyyy...Mak, jangan bagi tau orang. Rahsia tau...
      Ni soklan UPSR yang bocor (untuk ujian penulisan bahasa tamil)...hihi

      Padam
  5. hidup merdeka aja deh mba hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya..yang penting kita dapat hidup merdeka..
      Thanks Miss Ipah :)

      Padam
  6. Bagi saya, jiwa yang merderka itu hidup bisa tenang dan jauh dari segala rasa benci terhadap sesama :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...hidup aman damai dan tenteram. Jauh dari prasangka buruk orang juga satu kemerdekaan...

      Padam
  7. Salam kenal Fidah... Done following u.... :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal SS..
      Thanks sudi datang sini :)

      Padam
    2. ehh...baru nk berkenalan ke hihihih

      Padam
  8. hidup merdeka itu ketika terbebas dari orang yang iri kepada kita, heuheu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga...memang bahagia hidup jika jauh dari orang yang ori kepada kita.
      Terima kasih Mr Hendri :)

      Padam
  9. Wawa setuju dgn fidah..")
    Jiwa yang merdeka adalah jiwa yang bebas menyuarakan rasa hati berlandaskan iman..")

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walau merdeka..tapi masih ada batas dan sempadan.
      Thanks Puan Wawa :)

      Padam
  10. kemerdekaan yang dirayakan tidak lebih penting dibandingkan dengan jiwa yang merdeka ya kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Apa gunanya merayakan hari kemerdekaan jika jiwa tidak merdeka.
      Thanks Mr Cilembu :)

      Padam
  11. Aman tentram dan damai
    Hati bebas dari badai
    Itu arti merdeka yang teruntai
    Seindah semilir pantai

    MERDEKA!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku impikan merdeka jiwa
      Jauh dari badai yang melanda
      Moga harapan terlaksana

      Thanks Mba Ayu :)

      Padam
  12. Moga kita menjadi insan berjiwa merdeka dan menghargai kemerdekaan yang kita kecapi kini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, semoga kita mensyukuri dan menghargai apa yang kita ada.
      Merdeka jiwa, merdeka bangsa dan merdeka negara.
      Thanks Zumal :)

      Padam
  13. Bg sy jiwa yg merdeka = meletakkan Allah di tmpt perrtama dlm setiap tindakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di situlah segala ketenangan akan diperolehi..
      Thanks Anies :)

      Padam
  14. menurut hemat saya sih, jiwa yang merdeka adalah jiwa yang tidak dikuasai untuk menjadi orang lain. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga tu. Hidup bebas tanpa paksaan kecuali tunduk pada Yang Esa.
      Thanks Awan Irawan :)

      Padam
  15. Freedom... bak kata william wallace.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru tengok cerita Braveheart tadi...
      Teringat pulak kat Mel Gibson...ehhh :D

      Padam
  16. rasanya saya memiliki jiwa merdeka ... tenang je rasa ...

    BalasPadam
  17. merdeka mbak !! salam semangat 45 ! salam kenal hihihi

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut