Ogos 28, 2015

Dinner

Assalamualaikum


Di sebabkan anak saya teringin nak makan nasi arab kabsah (kambing), maka...dinner malam ni kat sebuah restoran nasi arab di Kajang.

Dan di sebabkan Mama dia kononnya berdiet (hahaha...diet lah sangat) dan tak mahu makan nasi, jadi pilihlah hummus dan roti sebagai hidangan. Kira menu sihat la tu.... :)

Hummus ni sebenarnya adalah campuran kacang kuda (yang telah di blend halus), bawang putih, jus lemon, tahini (sejenis bahan dari bijan) dan juga sedikit garam.
***Sedikit info tentang kacang kuda (chickpeas) - Ia merupakan sumber terbaik untuk fiber, folat, karbohidrat, protein dan zink. Kacang ni juga rendah lemak... :)

Untuk efek lebih sihat, tambahkan juga minyak zaitun dalam hidangan (seperti gambar)


Minyak zaitun pula, memang tidak dinafikan kebaikannya. Antara khasiat minyak zaitun (olive oil) adalah mencagah penyakit jantung dan stroke, membunuh sel kenser, mengurangkan dan memulihkan radang sendi dan pastinya ada banyak lagi kebaikan.



Dan untuk triple impact sihat, jangan lupa minum green tea....hohoho

Anda pulak, makan apa malam ni? :)

Sekian. Wassalam




18 ulasan:

  1. selalu makan kacang kuda rebus saja...kalau ke restoran Arab, memang pekena nasi mandy atau nasi kabsah..sekali-sekala takpe..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi mandy atau kabsah kambing memang selalu menjadi pilihan..best :)
      Thanks Nohas

      Padam
  2. Dah lama tak makan nasi arab...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali sekala pekena nasi arab..best jugak
      Thanks Zumal :)

      Padam
  3. sesekali mkn makanan sihat kan bagus...kurang kan or elak kan nasi waktu dinner...2-3 boleh kurus tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengah berdiet la ni...kunun-kunun nyer..hihi
      Thanks JM :)

      Padam
  4. Malam ni makan sambal ikan bilis petai, ikan tongkol kari ngan daun ubi cicah pecal segera......

    Amboi diet nasi ek....jeles ar okje cenggini. Rugi pulak tak makan nasi Arab kalau dah sampai restoren Arab hihi...
    Kalau okje mesti tak selera FS sebab kuah dia tu cenggitu......mesti nak ada ayam atau daging jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gambar kambing golek ada kat tepi...tak sempat ambik...hihi :D:D
      Tak ada lah diet sangat sebenarnya.
      Thanks Okje :)

      Padam
  5. nak diet punya pasal , semua menu sihat tu ... teh hijau tu yg menggamit tekak saya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malam tu aje..ada juga malam-malam dan hari-hari lain yang makan minyak, lemak, santan bagai... :D
      Thanks CZ :)

      Padam
  6. kira kak Fidah kuat iman la, gi restoran Arab tak tergoda dengan menu nasi Arab yang heavy. Conform boleh rosakkan diet!hihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sempat juga menjamah nasi anak sesuap dua...dengan kambing sekali :D
      Thanks Sal :)

      Padam

Google+ Followers

Pengikut