Januari 17, 2014

Silaturrahim



Menghubungkan Silaturrahim atau tali persaudaraan adalah sesuatu yang dituntut dalam ajaran Islam. Silah bermaksud hubungan dan Ar-Rahim bermakna kelembutan atau kasih sayang. Dengan demikian, silaturrahim bermaksud menjalin hubungan kasih sayang.

Sesungguhnya menjalin silaturrahim merupakan satu keperluan, selari dengan firah kejadian manusia yang bukan diciptakan untuk hidup bersendirian. Jika kita lihat pada realiti kehidupan sekarang, orang yang bahagia hidupnya adalah orang yang mempunyai hubungan yang baik dengan ramai orang. Apabila ia mengalami kesusahan, In Shaa Allah pasti ada saja jalan untuk menyelesaikan masalah kerana ada ramai saudaranya yang ingin membantu. Sebaliknya, orang yang sombong dan memutuskan silaturrahim, tidak akan disukai.

“Jangan kamu saling dengki dan iri hati..dan jangan pula mengungkit keburukan orang lain. Jangan saling membenci dan jangan saling bermusuhan. Seorang muslim adalah saudara muslim yang lain dengan tidak menzaliminya, tidak mengecewakannya, tidak membohonginya dan tidak merendahkannya." H.R Muslim

Peringatan untuk diri saya sendiri dan semoga membawa manafaat untuk pembaca sekelian.
P/S : Teringat saya pada lagu Silaturrahim nyanyian kumpulan B.P.R (hehe..confirm yang menulis ni otai)

Sekian. Wassalam.

Rujukan :  Cara Agar Rezeki Semakin Bertambah & Diberkati (Buku)

21 ulasan:

  1. Silaturrahim pembuka rezeki juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Maria..silaturrahim juga pembuka rezeki. T.Kasih

      Padam
  2. Betul tu Fidah...salam ukhwah ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ukhwah juga Linda...dan salam hujung minggu. T.Kasih

      Padam
  3. Semga silaturrahim di dunia blog ini juga berkekalan ye fida :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam silaturrahim juga..t.kasih :)

      Padam
  4. Silaturrahim membawa berkat.. salam Jumaat Fidah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Jumaat Khir..semoga persahabatan, silaturrahim dan ukhwah berkekalan...

      Padam
  5. Silaturrahim itu Indah dan Mulia yah Mbak Fidah
    Dan saya sangat menghargai tentang silaturrahim
    Salam Silaturrahmi yah Mbak Fidah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Silaturrahim juga Saud..T.kasih ya..kerana sudi berkunjung ke sini

      Padam
  6. silaraturahim..sesama kita.. satu keperluan..
    terima kasih ats pkongsian ya ..sangat menarik article ini....

    BalasPadam
    Balasan
    1. T.kasih Sobri..semoga silaturrahim dan ukhwah berkekalan..salam jumaat

      Padam
  7. bersama kita mengeratkan silraturrahim sesama ahli keluarga kita dan orang di sekeliling kita juga..

    BalasPadam
  8. semoga silaturrahim diantara kita berkekalan
    walaupun tidak bersua muka...kan
    insyaallah

    BalasPadam
  9. assalam cik Fidah,
    salah satu penyebab ttama masuk syurga juga adalah silaturrahim juga.. ^^

    BalasPadam
  10. Bersama kita menjalin silatulrahim Fidah..semoga diberkati Allah...

    BalasPadam
  11. kadang-kadang saya tak paham bagaimana seseorang itu mudah untuk memutuskan tali silaturrahim yang dibina sedangkan ia sesuatu yang dituntut..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  12. hai.. teman datang nak eratkan silaturahim ni..

    BalasPadam
  13. Sangat bermanfaat dan peringatan untuk saya. Terima kasih Fidah.

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut