Ogos 01, 2015

Nafas Baru

Assalamualaikum.

Sewaktu mencari cari pakaian untuk ke majlis 'open house' sahabat saya, ternampak pulak baju yang dah agak lama terbiar sepi.
Rasa teringin nak buat 'enhancement' kat baju tu. Sebenarnya, bukan apa pun, cuma tambah (border) lace kat lengan aje. Cari punya cari, inilah 'material' yang harganya paling berpatutan sekali dalam sebuah kedai menjual lace di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR).
Dan inilah juga hasilnya....Dalam erti kata lain, 'selamat' duit Mak Ngah. Tak perlu sibuk-sibuk nak pergi beli baju baru...hoho


Sebab fenomena seperti ini jarang-jarang berlaku, saja nak tepek gambar kat sini sebagai kenangan.  


Walaupun masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, best jugak sebenarnya buat benda ni. 
Selain daripada baju nampak lain siket kerana diberi nafas baru (eceh...hihi), dapat juga jimatkan belanja.
Lagipun, memang tidak seharusnya kita membazir, terutamanya sewaktu semua harga barang naik..:(
Jadi, mana-mana baju yang masih elok dan boleh lagi dipakai, gunakan sajalah sebagai langkah berjimat. Tak gitu?


Sekian. Wassalam



22 ulasan:

  1. jimat kak...recycle balik baju2 lama.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Yang penting kita boleh berjimat cermat.
      Thanks Ikhwan :)

      Padam
  2. rajin fidah..bagus tu pandai n kreatif utk jimat belanja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang paling penting...baju tu masih muat lagi...hihi :)
      Thanks Kak Paridah.

      Padam
  3. hahay...sangat kreatif dan inovatif baju lama sedikit diberi sentuhan seni, akhirnya malah lebih cantik.
    selamat menempuh nafas baru ya kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh bergaya sambil berjimat :)
      Di sini hampir semua barang kos nya meningkat selepas adanya gst (tax)..
      Thanks Mang Lembu :)

      Padam
  4. Betul tu...tokok tambah yg mana patut...ada nampak sedikit kelainan dan lebih cantik dari asal, itu dah lebih dari menjimatkan...yang penting kreatif..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang penting dapat jimatkan kos. Part yang tokok tambah..apa yang boleh tu..cubalah buat siket2...
      Thanks Bunda :)

      Padam
  5. Sederhana dan kreatif, baju lama pun terlihat lebih cantik lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedang mencuba mencari cara-cara yang menjimatkan.. :)
      Thanks Ahmad Fahrurroji :)

      Padam
  6. CM mmg dah biasa recycle sbb badan tak naik , baju 20 thn lepas pun masih simpan sbb masih blh pakai cuma cari kedai lace x jumpa lagi . rupanya ada kat TAR ya ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untungnya...maintain.
      Saya beli kat kedai Osman, Jalan Tar. Kalau kat Gulatis dan Jakel pun ada, tapi harganya pun sesuai dengan batu yang bergemerlapan :)
      Thanks CM

      Padam
  7. Bagusnya, warna pita bordir hitam cocok sekali dengan warna bajunya.
    Pandai pula menjahitnya dengan jarum tangan supaya nampak rapi dan menyatu-padu.
    Kreatif nih, buat tampilan baru pada baju yang ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya belum berapa pandai menjahit Mba Nove, hanya tahu sedikt-sedikt sahaja.
      Jahit tangan sebab di rumah belum ada mesin jahit :)
      Thanks Mba Nove.

      Padam
  8. Pintar menjahit juga Mbak Fidah ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum pintar menjahit lagi..tapi sikit sikit boleh la.. :)
      Thanks Mr Ridha.

      Padam
  9. kreatifnya Fidah..mmg elok sgt recycle baju2 lama dan diberi nafas baru. Kita pun rasa teruja nak pakai :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau baju lama diberi nafas baru...rasa semangat siket nak pakai kot..hihi
      Thanks Aniey :)

      Padam
  10. simple tapi cantik..yang penting jimat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang paling penting....selamat duit akak..huhu
      Thanks Sal :)

      Padam
  11. saya ada jual lace murah sila ke instagram saya @villalace

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut