Ogos 13, 2015

Antara Harga Dan Nilai

Assalamualaikum
"Harga adalah apa yang kita bayar dan nilai adalah apa yang kita dapat"

Walaupun berkaitan, pasti ada maksud yang berbeza diantara harga dan nilai.
Harga bermaksud sejumlah wang yang perlu dibayar untuk sesuatu barang atau perkhidmatan. 
Nilai pula adalah sesuatu yang berguna, mempunyai makna atau berkualiti. Sesuatu perkara/barang dan perkhidmatan dikatakan mempunyai nilai jika ianya memberikan manafaat kepada si pembeli atau penggunanya.

Contohnya jika membeli sebidang tanah pada harga RM100,000. Harga RM100,000 adalah jumlah wang yang perlu dibayar pada si penjual. Tapi, boleh jadi nilai sebanar tanah itu lebih rendah dari apa yang dibayar kerana lokasinya kurang baik atau tidak boleh dibuat sebarang pembangunan ke atas tanah tersebut. Namun, mungkin juga kerana tanah tersebut ada mempunyai 'sentimental value' atau nilai yang tersendiri, pasti si pembeli sanggup membelinya pada harga yang ditetapkan (walaupun agak mahal).

Ada juga perkara yang tidak boleh diletakkan harga walau pun ada nilainya. Contohnya 'harga diri'. Tak pernah pula saya dengar atau baca tentang orang meletakkan harga pada dirinya. Contoh ayat : harga diri saya adalah RM1 juta...huhu. (statement ini tidak ada kaitan dengan harga atau wang hantaran perkahwinan). Pada pendapat saya, harga diri adalah maruah dan nilai tertentu yang ada pada seseorang.

Bagaimana pula dengan kasih sayang?
Kasih sayang yang benar-benar ikhlas juga tidak disandarkan dengan harga. Apalagi jika harganya turun naik mengikut harga pasaran...:D
Tak pernah jumpa pulak orang bagi contoh ayat "Harga kasih sayang saya adalah USD50,000".
Tapi jangan pernah lupa yang kasih sayang juga mempunyai nilainya yang tersendiri.....dan hanya diri kita sendiri sahaja yang boleh menentukannya.

Sekian. Wassalam.

Gambar: Google


34 ulasan:

  1. SESUATU YG TIDAK SENILAI HARGA PATUT DIJAGA SEBAIKNYA SPT NYAWA YG MENAFASKAN KEHIDUPAN..YG MENYEBABKAN BERBHGIA GEMBIRA TERASA INGIN HIDUP SELAMANYA..NAMUN TIADA YG HAKIKI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dikurniakan nyawa, kehidupan dan kesihatan juga adalah nilai yang tiada taranya
      Thanks Kak Paridah :)

      Padam
  2. meletakkan harga pada sesuatu perhubungan seperti persahabatan, kasih-sayang akan merosakkannya..ukhwahh kerana Allah is priceless..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hubungan akan lebih berkat jika diniatkan kerana Allah..
      Thanks Nohas :)

      Padam
  3. harga itu dengan angka sementara nilai itu bebas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga boleh dilihat dengan mata kasar tapi nilai itu terserah kepada sesiapa yang menilainya..
      Thanks Mangs Aduls :)

      Padam
  4. Cinta harta bisa dinilai seharga permata
    Tapi cinta kasih bernilai tak terbatas rasanya

    Dan uang bisa untuk membeli harga
    Tapi harta tak mampu beli nilai harga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cinta harta jelas kelihatan
      Kasih sayang hanya hati yang merasakan...

      Thanks Mba Ayu :)

      Padam
  5. Kafang tu sesiatu barang yang kita susah nak dapat itulah mungkin bernilai bagi kita...
    Jadinya hendaklah dijaga baik2...supaya berbaloi dengan apa yang dah kita keluarkan/laburkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi susah nak dapat, kita akan lebih menghargainya. Pastinya juga antara kenangan terindah dalam hidup
      Thanks Bunda :)

      Padam
  6. kalau barang tu betul-betul 'bernilai', mahal mana harga pun kita sanggup bayar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau barang barang itu betul2 bernilai, pasti orang akan melakukan apa saja untuk memilikinya.
      Thanks Sal :)

      Padam
  7. Apaaah.. kasih sayang di kasih harga? Bukannya kasih sayang itu tak ternilai harganya miss :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kasih sayang tidak boleh dinilai dengan harga...tapi dinilai dengan hati..hehe
      Thanks Zee :)

      Padam
  8. nilai itu lbh penting ... ada gak kang org kata harga hantaran perlu sesuai dgn nilai perkahwinan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada saya..hantaran harus dijuga dilihat dari segi kemampuan, kesungguhan dan 'alam sekitar' :D
      Thanks Vee :)

      Padam
  9. setuju..harga diri tiada nilainya dan x boleh di jual beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju..harga diri tiada nilainya..
      Thanks JM :)

      Padam
  10. susah nak dinilaikan sst benda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepuk dada tanya hati..
      Thanks Seri :)

      Padam
  11. nlai sesuatu adalah sgt subjektif....nilai ditentukan oleh seseorang mgkin berbeza dgn org lain...walau apapun...benda yg bernilai perlu dihargai jgn sampai benda yg bernilai hilang baru kalu nk carik....manusia selalu begitu....menghargai bila kehilangan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. "We only appreciate something until its gone"....mintak2 la tak jadi macam tu.. :(
      Thanks Deanna :)

      Padam
  12. Nilai dan harga nampak sama tapi berbeza...

    BalasPadam
  13. kalo harga memang ada nilai nya , kalo kasih sayang harga nya tidak ternilai :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..kasih sayang memang tidak ternilai harganya bagi yang menghargai.
      Thanks Devina Putri :)

      Padam
  14. yes saya setuju.. bukan smua harga boleh diletak.. terutama harga diri :P
    harga diri kita memang x ternilai harganya.... harga kasih sayang..
    semuanya ada harga yang tak boleh dinilai dgn wang ringgit..
    pngupasan yg mnarik sis :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..sesuatu yang tinggi nilainya tidak boleh disandarkan dengan wang ringgit.
      Terima kasih kunjungannya Sob :)

      Padam
  15. lazimnya yang bernilai itu tidak mampu utk diungkap melalui kata2 atau menyamakannya dgn RM, USD dsb

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuatu yang bernilai itu mahal harganya atau mungkin tak boleh nak tentukan nilainya.
      Thanks Anies :)

      Padam
  16. setuju, harga diri tiada nilainya

    BalasPadam
  17. Ramai yang lebih pentingkan harga dari mengambil kira nilai sesuatu barang tu

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut