Januari 09, 2014

Ingin Ubah...Tapi..

Assalamualaikum

Saya ingin mencoretkan kisah sahabat saya, Ell, yang sedang mencuba untuk mengubah gaya hidupnya. Biasanya Ell memandu ke tempat kerja, tetapi hari ini dia membuat percubaan untuk menaiki kenderaan awam.

Hari ini Ell keluar rumah tepat jam 7 pagi. Dia memandu ke stesen LRT dengan harapan untuk mendapatkan ‘parking’. Tapi malangnya tempat letak kereta yang disediakan sudah pun penuh. Disebabkan kesesakan lalulintas dan berkali kali berpusing untuk mendapatkan ‘parking’ Ell telah menghabiskan hampir 25 minit di situ. Akhirnya Ell berjaya juga mem ‘parking’ keretanya walau agak jauh. Tempat yang dekat, semuanya telah dipenuhi dengan kereta.

 “Dapat parking punyalah jauh, lebih kurang sama dengan perjalanan balik rumah.  Baik ‘parking’ kat rumah aje, pergi stesen LRT jalan kaki” rungut Ell.

Sudahlah kena ‘parking’ kereta di tempat yang agak jauh, Ell terpaksa berjalan kaki dengan kasut tumit tinggi pula ke setesn LRT. “Pagi-pagi lagi dah berpeluh dan sakit kaki”. Uuhhhh’!!!

Sepanjang perjalanan Ell ke stesen LRT, dia memerhatikan kebanyakan kereta yang telah berjaya mendapat tempat ‘parking’, masih ada pemandunya di dalam kereta. Ada yang sedang tidur dan ada yang leka dengan handphone masing-masing. Persoalannya, adakah mereka datang sangat awal ke stesen LRT semata mata untuk mendapatkan ‘parking’? Dan beginikan jadual hidup mereka seharian? Emmmmm….kata Ell, dia kurang pasti tentang itu.

Ell menaiki LRT lebih kurang pukul 7.40 pagi, menuju ke stesen KL Sentral untuk bertukar ke tren komuter bagi meneruskan perjalanan ke tempat kerja. Perjalanan menaiki LRT ke stesen KL Sentral mengambil masa lebih kurang 30 minit.  Kemudian, Ell menunggu ketibaan tren komuter di Stesen KL Sentral (lebih kurang 15 minit) dan perjalanan menaiki komuter ke stesen yang berdekatan dengan tempat kerja mengambil masa 15 minit.  Nasib baik lah komuter tak buat hal pagi ni..kalau tidak……

Akhirnya Ell selamat sampai ke pejabat lebih kurang pukul 8.45 pagi. Selalunya Ell sampai 1 jam lebih awal dari waktu itu dan boleh memulakan kerja seawal pukul 8 pagi. Sudahlah lewat, Ell kelaparan sepanjang pagi kerana tak sempat untuk bersarapan, ditambah pula dengan kerja yang bertimbun-timbun. 

Esok, saya tidak pasti sama ada Ell betul-betul ingin mengikut gaya barunya atau kembali memandu kereta. Namun begitu, kalau betul-betul Ell mahu sampai awal ke pejabat, pastinya Ell kena keluar lebih awal atau sembahyang subuh saja di pejabat…huhu…


Entah apalah yang sedang difikirkan oleh Ell...

Apa-apa pun, semoga Ell tenang dan ceria sentiasa. Kami (kawan-kawan semua) akan selalu mendoakan, semoga dipermudahkan perjalanan dan segala urusan….Aamiin


Sekian. Wassalam

6 ulasan:

  1. kalau pakai kenderaan awam memang susah sikit, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...esp kalau x biasa..thanks nurain

      Padam
  2. keselamatan pun tak terjamin kalaumenaiki kenderaan awam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena xtra hati2...
      Thanks Aiza :)

      Padam
  3. teringat masa nak gi exam naik komuter . sakit hati bila komuter tettiba gerak lambat budget ngalahkan org joggiing ! . sampai dewan periksa , org dah standby nak start ... perghhh ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau public transport ni buat hal...memang boleh berasap kita dibuatnya..huhu

      Padam

Google+ Followers

Pengikut