<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Tema Hari Kebangsaan (1970 - 2016)

Ogos 29, 2015

Tema Hari Kebangsaan (1970 - 2016)

Assalamualaikum

Ini bukanlah entri baru, cuma up date dari entri tahun lepas.
Untuk tahun 2016, tema hari kebangsaan dikekalkan, iaitu 'SEHATI, SEJIWA'..

31 Ogos 2015, Malaysia menyambut hari kemerdekaanya yang ke 58. Maknanya sudah 58 tahun Malaysia bebas dari belenggu penjajah yang bermula dari tahun 1511.


Kemerdekaan Malaysia bermula dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Pembentukan Malaysia (yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura) pula diisytiharkan pada 16 September 1963 dan di sambut sebagai Hari Malaysia.
Singapura akhirnya keluar dari Malaysia dan menjadi sebuah republik pada 9 Ogos 1965.

Pada tahun 2009, kerajaan telah memutuskan bahawa bermula tahun 2010, Hari Malaysia 16 September disambut sebagai cuti umum persekutuan bersama-sama dengan Hari Kemerdekaan 31 Ogos.

Tema-tema hari kebangsaan semenjak tahun 1970


  • 1970 (Hari Kemerdekaan 13) : Muhibah dan Perpaduan
  • 1971 (Hari Kemerdekaan 14) : Masyarakat Progresif
  • 1972 (Hari Kemerdekaan 15) : Masyarakat Adil
  • 1973 (Hari Kemerdekaan 16) : Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
  • 1974 (Hari Kemerdekaan 17) : Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
  • 1975 (Hari Kemerdekaan 18) : Masyarakat Berdikari
  • 1976 (Hari Kemerdekaan 19) : Ketahanan Rakyat
  • 1977 (Hari Kemerdekaan 20) : Bersatu Maju
  • 1978 (Hari Kemerdekaan 21) : Kebudayaan Sendi Perpaduan
  • 1979 (Hari Kemerdekaan 22) : Bersatu Berdisplin
  • 1980 (Hari Kemerdekaan 23) : Berdisplin Berbakti
  • 1981 (Hari Kemerdekaan 24) : Berdisplin Berharmoni
  • 1982 (Hari Kemerdekaan 25) : Berdisplin Giat Maju
  • 1983 (Hari Kemerdekaan 26) : Bersama Ke Arah Kemajuan
  • 1984 (Hari Kemerdekaan 27) : Amanah Asas Kejayaan
  • 1985 (Hari Kemerdekaan 28) : Nasionalisme Teras Perpaduan
  • 1986 (Hari Kemerdekaan 29) : Bangsa Tegas Negara Teguh
  • 1987 (Hari Kemerdekaan 30) : Setia Bersatu, Berusaha Maju
  • 1988 (Hari Kemerdekaan 31) : Bersatu
  • 1989 (Hari Kemerdekaan 32) : Bersatu
  • 1990 (Hari Kemerdekaan 33) : Berjaya
  • 1991 (Hari Kemerdekaan 34) : Wawasan 2020
  • 1992 (Hari Kemerdekaan 35) : Wawasan Asas Kemajuan
  • 1993 (Hari Kemerdekaan 36) : Bersatu Menuju Wawasan
  • 1994 (Hari Kemerdekaan 37) : Nilai Murni Jayakan Wawasan
  • 1995 (Hari Kemerdekaan 38) : Jatidiri Peggerak Wawasan
  • 1996 (Hari Kemerdekaan 39) : Budaya Penentu Pencapaian
  • 1997 (Hari Kemerdekaan 40) : Akhlak Mulia, Masyarakat Jaya
  • 1998 (Hari Kemerdekaan 41) : Negara Kita, Tanggungjawab Kita
  • 1999 (Hari Kemerdekaan 42) : Bersatu Ke Alaf Baru
  • 2000 (Hari Kemerdekaan 43) : Kerana Mu Malaysia
  • 2001 (Hari Kemerdekaan 44) : Kerana Mu Malaysia
  • 2002 (Hari Kemerdekaan 45) : Kerana Mu Malaysia
  • 2003 (Hari Kemerdekaan 46) : Kerana Mu Malaysia
  • 2004 (Hari Kemerdekaan 47) : Kerana Mu Malaysia
  • 2005 (Hari Kemerdekaan 48) : Kerana Mu Malaysia
  • 2006 (Hari Kemerdekaan 49) : Kerana Mu Malaysia
  • 2007 (Hari Kemerdekaan 50) : Malaysiaku Gemilang
  • 2008 (Hari Kemerdekaan 51) : Perpaduan Teras Kejayaan
  • 2009 (Hari Kemerdekaan 52) : 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di Utamakan
  • 2010 (Hari Kemerdekaan 53) : 1 Malaysia, Menjana Transormasi
  • 2011 (Hari Kemerdekaan 54) : 1 Malaysia, Transormasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
  • 2012 (Hari Kemerdekaan 55) : Janji Di Tepati
  • 2013 (Hari Kemerdekaan 56) : Malaysiaku Derdaulat, Tanah Tumpah Darahku
  • 2014 (Hari Kemerdekaan 57) : Malaysia...Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
  • 2015 (Hari Kemerdekaan 58) : Sehati, Sejiwa
  • 2016 (Hari Kemerdekaan 59) : Sehati, Sejiwa



  • Sekian. Wassalam

    Rujukan: ms.wikipedia.org

    Label:

    27 Ulasan:

    Di 8/29/2015 04:31:00 PTG, Blogger Dunia Zumal berkata...

    Salam kemerdekaan yer Fidah ^-^

     
    Di 8/29/2015 09:30:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

    Salam kemerdekaan juga Zumal.
    Thanks :)

     
    Di 8/29/2015 10:13:00 PTG, Blogger Mang Lembu berkata...

    Slamat hari kebangsaan semoga semakin maju dan rakyatnya sejahtera, gemah ripahloh jinawi.

     
    Di 8/29/2015 10:50:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

    Setelah 58 tahun, moga kami benar-benar merdeka. Baik dari segi ekonomi, politik dan sosial.
    Terima kasih Mang :)

     
    Di 8/30/2015 09:26:00 PTG, Blogger mrhanafi berkata...

    Saya suka kepada sehati sejiwa..

     
    Di 8/30/2015 09:43:00 PTG, Blogger Jari Manis berkata...

    dari tahun 2000- 2006 temanya sama je kan

     
    Di 8/30/2015 09:44:00 PTG, Blogger Jari Manis berkata...

    rupanya JM belum follow blog ni...done #79

     
    Di 8/30/2015 10:11:00 PTG, Blogger nohas berkata...

    Selamat Hari Merdeka..suka tema 1996 "Budaya Penentu Pencapaian"

     
    Di 8/30/2015 10:28:00 PTG, Blogger Nove Hasanah berkata...

    Selamat Hari Kebangsaan untuk Rakyat Malaysia. Semakin jaya sepanjang masa.

     
    Di 8/30/2015 11:22:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

    Semoga semua rakyat Malaysia sehati sejiwa demi kesejahteraan, kemakmuran dan kemajuan Malaysia
    Thanks HB :)

     
    Di 8/30/2015 11:23:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

    Kerana Mu Malaysia
    Kerana Mu Malaysia
    Kerana Mu Malaysia

    Thanks JM :)

     
    Di 8/30/2015 11:24:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

    Thanks JM..sudi follow blog ni :)

     
    Di 8/30/2015 11:26:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

    Moga Malaysia terus maju dan aman makmur
    Aamiin.
    Thanks Nohas :)

     
    Di 8/30/2015 11:27:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

    Thanks Mbak Nove :)
    Moga terus maju jaya..aamiin

     
    Di 8/31/2015 06:58:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

    semoga kemerdekaan yg kita rasai ini berkekalan ...

     
    Di 8/31/2015 11:39:00 PTG, Blogger OKje berkata...

    Merdeka!!!!....
    Tak merdeka lagi ni FS selagi anak anak tak habis pereksa

     
    Di 9/01/2015 08:05:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

    Aamiin...
    Semoga terus makmur dan maju.
    Thanks CM :)

     
    Di 9/01/2015 08:06:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

    Merdeka!!!
    Betul tu...selagi anak tak abih exam...mak cuak je..huhu
    Thanks Okje :)

     
    Di 9/01/2015 09:04:00 PG, Blogger Unknown berkata...

    Tema keranaMu malaysia tu banyak digunakan ye...

     
    Di 9/01/2015 01:01:00 PTG, Blogger hasliynda umairah beauty berkata...

    sehati sejiwa
    Merdeka

     
    Di 9/02/2015 07:36:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

    Salam Merdeka Lin.
    Thanks :)

     
    Di 9/02/2015 07:40:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

    Keranamu Malaysia..
    Salam merdeka
    Thanks Noriza :)

     
    Di 9/05/2015 06:37:00 PTG, Blogger SalbiahM berkata...

    tema bertukar-tukar. Moga tercapai kemakmuran yang diidamkan. Salam Hari Kemerdekaan kak Fidah!

     
    Di 9/06/2015 09:04:00 PG, Blogger dear anies berkata...

    Tingat kt 1 sekolah ni... mural kt bgnn sekolah penuh ngan logo hari kebangsaan siap dgn tema lg

     
    Di 4/25/2016 12:42:00 PTG, Anonymous Teshvin Devan SKTBI berkata...

    Hello!... Good day to all of you....

     
    Di 8/14/2016 04:47:00 PTG, Blogger Hasif berkata...

    Selamat menyambut bulan kemerdekaan

     
    Di 8/17/2016 04:46:00 PTG, Anonymous seri nian berkata...

    sama je dari tahun-tahun llepas....heheh

     

    Catat Ulasan

    Langgan Catat Ulasan [Atom]

    << Laman utama