Julai 02, 2017

Makan Apa Lepas Raya?

Assalamualaikum

Hari ni kira dah lebih seminggu raya.
Alhamdulillah. Raya tahun ni, macam-macam jenis makanan dapat rasa.
Ketupat, lemang, rendang, nasi bariyani, nasi arab, mi kari, soto dan yang sewaktu dengannya. Nasi dagang aje tak sempat nak makan hari tu.

Bila dah banyak sangat makan segala jenis menu raya, tekak pun teringin nak makan benda-benda simple pulak...Betul tak?


Maka, keluarlah apa-apa bahan yang ada kat dapur dan dalam peti ais tu. Terbiar lama atau tak habis nanti, Cik Abang bising pulak. Maklum ler, masa beli...... ingat anak ada 12 orang...huhu


Untuk efek yang lebih pedas, makanlah dengan sambal ijo ni. Memang sedap.
Dapat pulak nasi panas, mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan..haha



Kalau tak nak makan nasi, makan lempeng dengan sambal ikan bilis pun menarik jugak.
Nak masak pun senang.

Korang pulak, makan apa lepas raya ni?..


Sekian. Wassalam.









14 ulasan:

  1. DH BNYK MKN SEDAP2 MASA RAYA LPS RAYA MKN NASI N LAUK JE FIDAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas makan segala macam mknn raya..dapat makan yg simple2 ni best jugak..

      Padam
    2. betul2, kadang yang simple tu yang best

      Padam
  2. Lauk lauk gini mmg sedap makan lepas Raya kan FS....Jemu weyh.... asyik asyik makan rendang je. Tengok ayam , daging pun malas.
    Semalam buat sambal belacan dengan bendi FS....Pergh... nikmat tak terkira weyh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best tu Mak..
      Dapat pulak ikan sepat masin...ppeerrghhh

      Padam
  3. Hari tu raya ke-3 dah surrender makan berat2.. tapi sekarang ni teringin nak repeat ketupat n rendang balik. Tunggulah klu ada kat mana2 open house nanti hehee :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada jangan lupa ajak kawan2 sekali...haha :D

      Padam
  4. makan adalah nikmat yang bagus ..

    terlebih makan menyebabkan kesihatan terjejas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Bro HB...
      Jangan sampai berlebih lebihan..

      Padam
    2. kalau boleh semuanya jangan berlebihan..

      rezeki boleh berlebihan

      Padam
  5. belum makan roti canai lagi. Teringin. hari tu mak buat asam pedas, sekejap je dah licin.

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut