<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Kita Bukannya Siapa Siapa

Julai 24, 2017

Kita Bukannya Siapa Siapa



Untuk renungan bersama..
Jangan risaukan kata-kata orang, kerana setiap orang akan menilai dengan pemahaman dan pengalaman yang berbeza-beza
Teruskan melangkah selama engkau berada di jalan yang baik
Meski kadang-kadang kebaikan tidak sentiasa dihargai

Jangan menjelaskan tentang diri mu kepada sesiapa pun....
Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang telah engkau lakukan
Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yang ada pada diri mu

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa membaiki diri.
Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba Nya.
Kita bukannya siapa siapa untuk menilai siapa siapa
Eratkan silaturrahim walau sekadar berdoa untuk sahabat mu
Jangan bosan untuk berbuat baik walau kadang-kadang kita tidak sempurna.

Jika melawat ke hospital, kita ada menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat hidup

Pesakit akan keluar dari hospital bila sakitnya sembuh
Banduan akan keluar dari penjara bila tamat tempoh hukumannya
Tapi kubur...TIADA JALAN KELUAR

Maka...sentiasa ingat tentang kematian dan buatlah persiapan untuknya...
Impian terbesar orang yang telah meninggal dunia adalah agar boleh dihidupkan kembali untuk melakukan amal soleh

Sekian. Wassalam.


Nota : Perkongsian dari sahabat di group WA
Rasa best pulak bila baca, so nak share kat sini.

Gambar : Ajyad, Kenangan Haji 2016




Label:

3 Ulasan:

Di 7/25/2017 07:42:00 PG, Blogger Mrs Fuzy sweetsourleyra berkata...

good sharing dear..tu la kita kena muhasabah diri dan belajar menjadi lebih baik dari hari ni...InsyaAllah

 
Di 7/25/2017 10:14:00 PTG, Blogger paridah berkata...

BERUSAHA MNJADI MANUSIA SESEMPURNA MUNGKIN

 
Di 7/27/2017 12:57:00 PTG, Blogger Hasliynda Umairah berkata...

Usaha tgga kejayaan..masih mencari amalan2 yg terbaik

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama