Julai 18, 2017

Boleh Kurus Ke Kalau Makan Salad?


Assalamualaikum.

Alkisahnya...hari ni akak pergi Isetan KLCC dan membeli salad.
Bukan nak jadi macam mat salleh. Cuma nak berdiet dan tak nak makan makanan yang berkarbohidrat tinggi...(katanya.....)

Tapi boleh kurus ke kalau makan salad?....

Menurut kajian, kalau makan salad memang boleh membantu untuk mengurangkan berat badan. Tapi, ada syaratnya:

  • Dalam sajian salad tu, tak boleh ada banyak bahan-bahan tambahan seperti mayonis, cheese dan sewaktu dengannya.
  • Jangan di bahagian atas mangkuk aje yang ada daun salad hijau (sila lihat gambar). Tapi bahagian bawah ada pasta, nasi, kentang goreng dan lain-lain lagi (baca: tersorok atau ada nasi di balik salad)
  • Salad....salad jugak. Tapi tak hanya menjadi makanan tambahan celah gigi, sebelum atau selepas makan nasi bariyani gam, cheese cake, pisang goreng, lontong, nasi dagang, roti boi dan sebagainya.


Orang kata berdiet bukan saja untuk kurus, tapi untuk lebih sihat.

Sekian saja tips untuk hari ini.
Selamat maju jaya.

Wassalam.


11 ulasan:

  1. jangan time lunch salad, time dinner tetibe bantai carbo dua kali ganda. tu yang selalu ramai orang berdiet silap. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul jugak tu Sal..
      Kalau siang makan salad atau bijirin aje..malam pulak makan nasik goreng, sup tulang siap ada telur mata sebijik..memang selamat la diet..hihi
      Thanks Sal

      Padam
  2. Setuju sangat. Berdiet untuk sihat. Kurus pun kalau tak sihat, tak bermakna jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup..berdiet utk sihat..
      Thanks Adam

      Padam
  3. XPERLU BERDIET MKN SALAD UTK KURUS...PUASA SUNAT JE

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang seeloknya...
      Puasa
      Thanks Kak PI

      Padam
  4. makan juga salad, kalau cicah dengan sambal asam, sodapnyaaa 😍😍😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan pulak dengan ikan bakar dan nasi panas..:)
      Thanks NA

      Padam
  5. Cuci dgn air garam tau..
    Takut2 ada cacing...hihi
    Mkn mentah2 mmg sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak...misi dah marah kalau tak basuh bersih2..:D
      Thanks Lynn..

      Padam
  6. Kalau makan salad semata tak de ayam ke sosej ke, tak de dressing mamalah bestkan FS hihi...

    Tulah tu masalahnya...asyik teringin kurus je, makan melahap haha...

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut