Julai 31, 2014

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum...

Maaf..sudah lama saya tidak berblogging..
Harap-harap masih tidak terlalu lewat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk kawan-kawan semua...


Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta ampun dan maaf andai ada tersilap kata atau terkasar bahasa...

Semoga di bulan yang mulia ini kita diberi kesempatan untuk saling bermaafan dan kunjung mengunjung...

Tahun ini saya sekeluarga beraya di kampung suami di Temerloh, Pahang. Pada hari raya ke 2 barulah berkesempatan untuk balik ke kampung halaman saya di Pontian, Johor.

Membakar lemang di malam raya

Tapi tahun ini, kami sekeluarga balik awal ke Bangi kerana En suami dah mula bekerja pada hari Jumaat...rasa tak puas juga sebenarnya bercuti di kampung..huhu

Untuk kawan-kawan semua...semoga sentiasa ceria menyambut lebaran yang mulia ini dan berhati-hati ketika memandu.

Kain songket kain sari,
Cantik dipakai pergi ke pekan,
Salam lebaran aidilfitri,
Ampun dan maaf saya pohonkan

Sekian. Wassalam.


10 ulasan:

  1. selamat hari raya Fidah.. akak pun mohon kemaafan seandainya telah mengguris perasaan Fidah melalui komen sepanjang perkenalan kita di alam maya.. Akak pon beraya di Pahang semalam baru balik ke Selangor..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya Kak Mas...saya juga memohon ampun dan maaf andai ada tersilap kata atau terkasa bahasa...
      Semoga sentiasa ceria di aidil fitri ini..thanks :)

      Padam
  2. Salam Aidilfitri... ziarah raya 6 Syawal... baru hari ni mula berblogging.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam aidilfitri Khir...Selamat berblogging kembali...
      Thanks :)

      Padam
  3. Meriah nampak gambar di Aidilfitri. Selamat hari raya Fidah, maaf zahir batin pada Fidah sekeluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..Alhamdulillah..meriah thn ni K Lynn..:)
      Selamat Hari Raya Aidil Fitri utk K Lynn sekeluarga...maaf zahir & batin
      Thanks

      Padam
  4. selamat hari raya maaf zahir batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari raya & Maaf Zahir Batin
      Thanks Lin :)

      Padam
  5. Salam Aidilfitri Fidah.. Maaf kira ada tersalah bicara :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam aidilfitri Nurul..
      Maaf zahir batin...thanks

      Padam

Google+ Followers

Pengikut