<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Mengapa Sukar Tidur Malam

September 28, 2017

Mengapa Sukar Tidur Malam

Assalamualaikum

Pernah tak ada masalah susah nak tidur malam?
Kalau ada, jom kita tengok apakah punca-puncanya:

Gadget
Terlalu asyik dengan gadget boleh menyebabkan sukar untuk tidur malam. Cuba bayangkan, nak lelap mata aje, dengar bunyi mesej masuk...dah ler sibuk nak tengok mesej.
Cara atasinya adalah dengan meletakkan gadget anda jauh sedikit dari tempat tidur. Barulah aman.

Cahaya terang benderang
Sesetangah orang memang tak boleh tidur dengan keadaan lampu terpasang. Cara atasinya adalah dengan tutup ( off) kan semua lampu dan tidurlah dalam keadaan gelap. Tidur nyenyak bil elektrik pun jimat.

Tak boleh berhenti berfikir
Nak tidur pun masih sibuk memikirkan hal-hal dunia bagai sudah tiada lagi hari esok...huhu
Cara atasinya adalah dengan tenangkan fikiran anda. Lupakan lah hal pejabat, kisah jiran yang bergaduh atau duit kutu yang belum dibayar. Tidurlah dengan aman.


Tidur terlalu lama di waktu siang
Kalau dah bangun lewat atau tidur sepanjang petang, mata boleh menjadi segar bugar di waktu malam. Cara atasinya adalah dengan menambahkan aktiviti yang lebih berfaedah dan jangan tidur terlalu lama di waktu siang.

Keadaan sekitar terlalu bising
Bunyi bising boleh mengganggu tidur. Pastikan keadaan sekitar aman damai dan tenteram. Kalau anak-anak sedang sibuk bermain, suruhlah mereka tidur. Kalau rakan serumah anda sedang menonton tv yang dipasang dengan kuat, suruh dia perlahankan atau tutup saja...hihi

Minum kopi terlalu banyak
Kaffein yang ada dalam kopi boleh merangsang otak dan menyebabkan anda sukar tidur. Gantilah dengan segelas susu. Tidur jadi lebih nyenyak disamping tulang dan gigi kita juga menjadi lebih kuat :)




Sekian. Wassalam

Sumber: pelbagai
Pic: google




Label:

14 Ulasan:

Di 9/28/2017 11:22:00 PG, Blogger paridah berkata...

KALAU MALAM XDPT TIDUR MMG LETIH BADAN

 
Di 9/28/2017 12:00:00 PTG, Blogger Warisan Petani berkata...

7. Hutang keliling pinggang.
Sentiasa dikejar along.

 
Di 9/28/2017 01:34:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

ada kala time maghrib mengantuk sgt2... tp bla msk tidur terkebil2 smpi 3 pagi... tension betul

 
Di 9/28/2017 01:35:00 PTG, Blogger Hasliynda Umairah berkata...

mmg kalau tidur waktu siang,
bila mlm susah nak tidur..
seblm tidur baca ayat kursi,bismilla 21x...baru lena

 
Di 9/29/2017 04:42:00 PG, Blogger Cik Puan Ena berkata...

Dah xbole tdo ni..byk pikir. Haha klu mind xfree mmg sush nk tdo kn..

 
Di 9/29/2017 08:09:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu Kak. Gi keja pun lemau aje..hihi

 
Di 9/29/2017 08:10:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Teringat pulak kat lagu Datuk M.Daud Kilau....

 
Di 9/29/2017 08:10:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Dugaan tu Anies...cer minum kopi :)

 
Di 9/29/2017 08:11:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Yup..baca bismillah 21x...in shaa Allah
Thanks for the tips Lynn

 
Di 9/29/2017 08:12:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu...tapi kalau tak tido, esok mengantuk pulak.. :'(

 
Di 9/29/2017 11:08:00 PG, Blogger SalbiahM berkata...

Kalau penat sangat pun nak tido susah. N saya selalu x boleh tido kalau pagi esoknya kena bangun awal dr kebiasaan. Resah takut terlambat

 
Di 9/29/2017 03:29:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Takut kalut time pepagi aje..

 
Di 10/01/2017 08:26:00 PTG, Blogger ikhti berkata...

Hehe sy tau akak xleh tido sbb rindukan sy kan..kan?hehe rindu bangat nk sembang dgn akakšŸ˜Š

 
Di 10/01/2017 10:12:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Rindew....
Jom ajak geng2 gi makan2. Boleh la sembang panjang

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama