<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Ke Mana Nak Lari?

September 19, 2017

Ke Mana Nak Lari?

Assalamualaikum.

Kalau orang Bangi, kat mana lagi nak lari-lari kalau bukan di Tasik Cempaka. Sebenarnya ada beberapa tempat lain, tapi Akak suka pergi sini. Kiranya, ini adalah antara aktiviti hujung minggu.

Walaupun dah ada beberapa entri/post cerita pasal tasik ni, nak jugak tulis lagi. 

Tak kan la nak upload gambar Akak buat senam-robik atau poco-poco pulak. Ada yang muntah darah nanti :D

Macam biasa, sambil lari-lari anak kat sana (90% jalan aje sebenarnya), Akak suka ambik gambar. Terlajak rajin, adalah quotation kat situ. Tapi quotation tu tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, cuma nak sesuaikan dengan gambar.

Bukan senang nak jumpa burung jenis ni. Tu pun ada sekor aje. Nasib baik tak lari masa gambar dia kena ambik.


Sky above, earth below, peace within
Ni pemandangan dari tepi tasik. Nampak tenang, aje. Dan ada orang kata, kita tak pernah jangka apa yang ada disebalik air yang tenang, sampailah keluar buaya...😅😅😅


Anak-anak......, ini bunga teratai ya.
Punyalah akak excited nak ambik gambar bunga yang tengah kembang kat tepi tasik dengan pelbagai gaya dan posisi. Kalau ada orang tengok mesti kata "apa lah mak cik ni tengah buat"...huhu
Untuk otai2, gambar bunga ni tak ada kaitan dengan lagu Teratai Layu nyanyian kak Jee Latip.


Reflection
Quotation tu memang sengaja diletakkan di tengah-tengah gambar untuk menerangkan tentang 'reflection', selain dari untuk menutupi kesan-kesan sampah yang ada....haha


Life isn't black and white. It's a million grey areas. Don't you find? - Ridley Scott
Hidup bukan hanya ada warna hitam putih...tapi ada berjuta kawasan warna kelabu. Kau jumpa tak?...(direct translation 🤣).


Sekian. Wassalam














Label:

19 Ulasan:

Di 9/19/2017 10:30:00 PG, Blogger dear anies berkata...

jalan2, amik angin, snap gambar... rs indahnya duniaku ini ;-)

 
Di 9/19/2017 10:53:00 PG, Blogger tiga lalat berkata...

cantik pemadangan bangi nih., ;p

 
Di 9/19/2017 12:05:00 PTG, Blogger nohas berkata...

cantik..sesuai dgn quotation..kreatif..

 
Di 9/19/2017 06:08:00 PTG, Blogger hainom OKje berkata...

Sebab bukan orang Bangilah maka tak tahu mana letaknya Tasik Cempaka ni hihi...

Rajinnya lahai awak berlari lari anak FS. Saya berjalan jalan santai di mall ajelah nampaknya hihi...

Nampak gayanya nak tukar profession jadi photographer ni, cubalah hantar mana mana foto competition FS, manalah tau ada rezeki menang..

 
Di 9/20/2017 07:57:00 PG, Blogger Ainniah Zulkefli berkata...

tenang je pemandangan sini. suka tengok. rupanya teratai boleh tumbuh bukan dalam air jgak, ye ke? (sebab tengok gambar teratai tu kat darat).

 
Di 9/20/2017 09:57:00 PG, Anonymous raihanah berkata...

puitis sungguh quote ridley scotts tu

 
Di 9/20/2017 11:02:00 PG, Anonymous Padin berkata...

suka saya tengok gambar burung tu...
best grid & best angle.. :D

 
Di 9/20/2017 12:27:00 PTG, Blogger SalbiahM berkata...

pandai akak tangkap gambar.suka yang bunga teratai tu, cantik pink dia

 
Di 9/21/2017 07:38:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Cantiknya bangi...lihatlah doniaa...:)

 
Di 9/21/2017 07:40:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Bangi indah lagi permai.. :)

 
Di 9/21/2017 07:41:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Thanks Sis Nohas..:)

 
Di 9/21/2017 07:43:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Lari2 la jugak...teman anak2 nak gi sana.
Jauh lagi perjalanan nak tukar profession tu...ambik gambar pun pakai camera handphone aje

 
Di 9/21/2017 07:45:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Rasanya dia orang bersihkan kawasan tasik tu dan bawan bunga ke tepi tasik. Tapi bunga tu masih ada kat kawasan lumpur.

 
Di 9/21/2017 07:46:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Dalam maknanya...

 
Di 9/21/2017 07:46:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Thanks Padin..
Kembang la hidung akak hari ni :D

 
Di 9/21/2017 07:47:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Perempuan dan bunga berpisah tiada...
Akak suka pink jugak

 
Di 9/21/2017 04:50:00 PTG, Blogger I am LZ berkata...

Tenang suasana sekitar tasik..
Cantik pemandangan kat sana Fidah Shah..

 
Di 9/21/2017 07:18:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Yup...suka pemandangan kat situ..
Thanks LZ

 
Di 10/08/2017 04:34:00 PTG, Anonymous Padin berkata...

"if you're shooting something in motion, leave free space in front of it- this way your pic will have a more dynamic feel to it"...yes, i feel it!

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama