Oktober 16, 2013

Salam Perkenalan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Salam Aidil Adha

Alhamdulillah. Hari ini tercapai juga hajat untuk memperkenalkan blog sendiri. Satu hajat yang tertangguh sejak berbulan lalu kerana tuntutan kerja yang agak banyak.

Beberapa bulan lalu, saya terjumpa satu ‘phrase’ di dalam salah sebuah buku motivasi yang bertajuk “Life Coaching”……
“When we relax, have fun or take part in new experiences, we need to engage as fully as possible, thus ensuring that we are living in the present moment with experience”

Emmm….mencuba sesuatu yang baru, mendapat kenalan baru dan menambah pengalaman….Mungkin itu yang mendorong saya untuk menulis di blog. Saya bukanlah seorang penulis professional tetapi sekadar untuk menambah pengalaman di dalam bidang penulisan disamping dapat berkongsi ilmu, maklumat dan pendapat dengan para pembaca sekelian. Saya berharap semoga blog ini akan dapat memberi manafaat kepada semua.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan buat sahabat-sahabat yang telah memperkenalkan, memberi galakan dan sabar dalam mengajar saya tentang dunia blogging ini. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa sahabat-sahabat semua.



Semoga bertemu lagi di entri-entri akan datang. In Shaa Allah.
Sekian. Wassalam.

4 ulasan:

  1. Salam perkenalan & slmt berblogging. Semoga beroleh kebaikan diatas perkongsian ilmu yg bermanafaat buat sesama insan.. amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Khir..semoga dapat berkongsi ilmu dan membuat sesuatu yg membawa kebaikan.

      Padam
  2. entry pertama saya dah kena buang ... heee

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut