<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Disember 2014

Disember 31, 2014

Banjir di Temerloh

Assalamualaikum..

Semoga banjir cepat surut dan semua mangsa banjir tabah menghadapi dugaan.






Semoga segala urusan dipermudahkan
Aamiin...aamiin..ya Rabbal 'Alamin

Label:

Disember 30, 2014

Si Comel

Assalamualaikum..



Lately ni...rajin pulak update blog...:):)
Mentang-mentanglah cuti dari minggu lepas sampailah hujung tahun...
Hidup diam-diam aje di rumah...
Tak ke mana-mana pun cuti kali ni..sebab rancangan balik kampung di Temerloh terpaksa dibatalkan kerana BANJIR...

Tak habis sedih lagi pasal banjir, timbul pulak kisah anak kucing. Saya pernah ceritakan di SINI tempoh hari, tentang seekor anak kucing yang tiba-tiba aje duduk kat depan rumah. Nak dijadikan cerita, tuan sebenar dia datang menuntut anak kucing dia. Sebenarnya dari awal lagi dah agak.....itu kucing orang dan pastinya satu hari nanti, tuan dia akan tuntut jugak. Cuma untuk sementara waktu, kita orang jaga aje lah elok-elok..
Lagipun..comel apa.!

Maka, dengan berat hati, terpaksalah saya pulangkan anak kucing tu...
"Saya pulang balik anak kucing Kak Nor ni...terima kasih ekkk....bagi kita orang pinjam since hari tu"
Buat muka 'macho' dan anak-anak pun buat 'relax' aje...Padahal, dalam hati...sedey beb!
Terlalu comel untuk dilepaskan....
Kalau dah hari-hari dia ada.... bermain-main, makan, minum depan mata, mestilah sayang.

Anak-anak pun saya dah pujuk..."tak pe la...nanti kita cari kucing lain.....lagi pun kita masih ada 5 ekor ikan dalam aquarium untuk dibela"...
Niat di hati nak ambik anak kucing kat kampung...tapi tak taulah kucing tu 'selamat' lagi ke tidak di musim-musim banjir ni...huk huk  :(

Anyway, rumah tuan empunya kucing tu, tak de la jauh sangat....jiran tetangga jugak...
Sesekali boleh aje jenguk...
Walau tak ada rezeki nak pelihara..tak apalah.
Yang penting saya tau..dia dijaga dengan baik dan in shaa Allah akan membesar dengan sihat.
Meow...


Sekian. Wassalam

Moral of the story : Sentiasa berbaik-baik dengan jiran tetangga :)


"Perasaan yang lembut bak sutera. Nyaman menyentuh segenap deria rasa" - Rin Azrina
 (Promosi novel sahabat saya, Rin Azrina  'Musim Sejuta Warna" - sila ke link ini)
 Sekarang sudah sampai ke bab 21

p/s : tiada kaitan dengan artikel di atas :)
       

















Label:

Disember 29, 2014

Bila Musibah Melanda

Assalamualaikum


Musibah adalah ujian bagi hamba untuk dinilai tahap keimanannya dan kesabarannya. Maka, hendaklah kita sentiasa berbaik sangka dan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah.

  • Meyakini bahawa segala musibah itu datangnya dari Allah, untuk menguji hamba-hambanya. Seharusnya kita sentiasa berdoa supaya dilindingi dari segala kejahatan musibah dan bersangka baik terhadap Allah.
  • Allah tarik sedikit nikmat untuk diberikan nikmat yang lebih besar. Ada kalanya Allah mendatangkan ujian untuk menarik nikmat yang diberikan kepada kita. Sekiranya hamba-hambanya bersabar, in shaa Allah, akan digantikan dan ditambah dengan nikmat yang berlipat ganda. 
  • Allah berikan satu musibah bagi mengalih musibah yang lebih besar. Siapa tahu, kadangkala kita ditimpa musibah kecil, tapi sebenarnya untuk mengelakkan kita dari ditimpa musibah yang lebih besar. Contohnya kita ketinggalan bas atau keretapi..kita akan rasa sedih. Tapi sebenarnya akan berlaku sesuatu yang buruk pada bas atau keretapi tersebut...sebab itu kita dielakkan dari menaikinya.
  • Sebagai penghapus dosa. Sebagai manusia biasa, pastinya kita tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Semoga dengan berkat kesabaran menghadapi musibah ini, akan meringankan beban dosa kita.
  • Memberi kesedaran kepada kita dan menjadi iktibar kepada yang lain. Ujian kadang kala didatangkan sebagai satu peringatan supaya kita tidak tersasar jauh dari landasan sebenar yang telah ditetapkan. Sesuatu kejadian buruk juga kadang kala membawa maksud tersirat dan tersurat yang boleh dijadikan pengajaran pada orang lain (yang mahu berfikir).
  • Allah masih sayangkan kita. Sekiranya Allah memberi peringatan kepada kita, maksunya Allah masih sayangkan kita. Jika Allah tidak sayangkan kita, pasti kita akan dibiarkan melakukan perbuatan keji sesuka hati dan dibiarkan mati dalam keadaan sesat dan kufur. Na'uzubillah.
Jika dilihat pada isu-isu yang berlaku baru-baru ini, memang dugaan yang saya kira agak berat kepada sesiapa yang mengalaminya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 
Namun, disebalik dugaan dan musibah, pasti ada tersimpan pelbagai nikmat dan rahmat yang besar. Semoga Allah gantikan setiap kedukaan dan kesabaran kita hari ini dengan sesuatu yang lebih baik...
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

Sekian. Wassalam

#prayforpantaitimur
#prayforQZ8501



Rujukan : www.tengkuasmadi.com (Rahmat di Sebalik Dugaan)
Gambar  : google/search











Label:

Disember 26, 2014

Banjir 2014

Assalamualaikum...



Sejak akhir-akhir ni...semua cerita kat media sosial tertumpu pada isu banjir. Baik di whatsapp, FB, telegram dan segala macam media yang ada...semuanya pasal banjir..
Dari pagi sampai ke pagi....ceritanya sama saja..pasal bantuan lambat sampai, hospital tenggelam, bot terbalik, makanan tak sampai dan macam-macam lagi....

Sebenarnya Mak Jemah ni memang hairan betul. BANJIR, bukanlah suatu fenomena luar biasa di negara kita. Tidak kira di kawasan Pantai Timur, Utara, Selatan dan sesetengah tempat di Borneo, semuanya pernah mengalami situasi banjir.
Tapi, setiap kali banjir....macam kelam kabut jek...eeermmm....malas pulak Mak Jemah nak membebel kat sini!

Mak jemah ni pun, bukanlah orang yang pakar tentang masalah banjir. Tapi, kalau difikirkan secara logik akal, apalah salahnya....kalau dah masuk musim tengkujuh tu, pusat-pusat pemindahan bersiap sedia dengan segala 'perkara' yang difikirkan sesuai.

  • Bersedia dengan bekalan makanan kering contohnya biskut, instant noodles, air mineral, air '3 in 1', makanan dalam tin, beras, gula, kopi dan lain-lain
  • Pakaian - contohnya tuala, kain batik, kain pelikat dan apa-apa yang difikarkan sesuai
  • Lampin pakai buang bayi dan tuala wanita
  • Kain selimut, cadar dan peralatan yang sewaktu dengannya...
Memang tidak dinafikan, rakyat Malaysia suka menderma. Kalau disuruh kumpul barang untuk mangsa banjir, memang kejap aje boleh dapat. Tapi, adalah lebih baik, sekiranya berlaku kecemasan, segala perkara yang diklasifikasikan sebagai basic, sudah tersedia sementara menunggu bantuan dan derma dari luar. Lagipun, tak ada salahnya 'stand by' dari awal. Barang-barang yang dinyatakan di atas tu, tak ada lah cepat basi pun...

Tapi, masa Mak Jemah tengok tempat pengumpulan barang untuk mangsa banjir di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi semalam, memang respect lah kat rakyat Malaysia, khususnya penduduk Bangi. Sekejap aje barang-barang dapat dikumpulkan. Mak Jemah rasa, kat tempat lain pun macam tu jugak. Kita memang mempunyai sikap prihatin yang tinggi. Tahniah!



Cakap pasal bantuan, tiba-tiba teringat kat sorang member Mak Jemah tu. Asyik komplen aje kerjanya. 
Ada ke dia bagi tahu, bantuan bot dan sampan lambat. Lepas tu..siap-siap tanya pulak, mana perginya asset TLDM....isk..isk..tak baik tuduh-tuduh....Anyway, kitaorang dah suruh dia mengucap banyak-banyak.... Cuba bersangka baik..Bot-bot tu, untuk laut aje..Mungkin tak sesuai untuk kawasan darat yang ditenggelami air...Faham Kak Leha??? :D :D

Hopefully, semua orang akan mengambil iktibar pasal hal banjir ni. Elok jugak kalau kita buat post-mortem,  mungkin ada yang kita boleh belajar dan perbaiki supaya isu ini dapat ditangani dengan lebih sistematik di masa hadapan.
Dan kita sepatutnya lebih bersedia untuk menghadapi situasi banjir...bukan setakat di Pantai Timur sahaja..di negeri-negeri lain pun sama, harus bersedia.
Orang putih kata..."expect the unexpected"

Sekian. Terima kasih.
















Label:

Disember 24, 2014

Bintang Di Langit

Assalamualaikum


"This evening late, i went to the door, and then to the gate, there were more stars...and more"

Biasa melihat bintang di langit?...Cantikkan..

Kalau dulu bintang menjadi petunjuk dalam perjalanan atau pelayaran, kini, kajian ke atas bintang telah menjadi "petunjuk" kepada kebesaranNya.

"Kami telah menciptakan gugusan bintang (di langit) dan Kami menghiasi langit itu bagi orang yang memandangnya" - Al Hijr,16

'Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila ia berkehendakkan sesuatu, maka ia hanya berfirman kepdanya "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia" - Al Baqarah 117

Kalau kita melihat ke langit malam, ada berjuta-juta bintang. Namun, kebanyakannya adalah terlalu jauh untuk dilihat walaupun dengan teleskop. Ianya mungkin hanya kelihatan seperti satu titik yang bersinar di langit malam. Bintang sebenarnya tidak bertaburan sekata di alam semesta, tapi biasanya bergugusan di dalam galaksi bersama-sama gas dan debu antara bintang.

Secara saintifiknya, bintang adalah sfera gas yang menyala-nyala pada suhu yang amat tinggi. Bintang yang paling panas adalah bintang biru dan suhunya mencecah sehingga 28 000 darjah celcius. Suhu bintang merah adalah lebih rendah iaitu kurang 2800 darjah celcius, manakala matahari dan bintang kuning adalah 5500 darjah celcius.
Selain dari suhu dan warna, jenis-jenis bintang juga boleh dikenali melalui kecerahan, jisim dan ketumpatan, komposisi kimia dan juga saiz. Jika kita lihat, ada bintang yang bersaiz kecil dan ada juga yang amat besar serta mempunyai saiz 1000 kali ganda dari matahari.

Menurut sejarah, orang-orang Arab adalah antara golongan yang terawal menggunakan pelbagai peralatan untuk mengkaji dan mengukur kedudukan bintang dan planet. Tidak dinafikan, memang banyak bintang-bintang yang berasal dari nama arab seperti Algol, Zubenelgenubi, Ar-Rukbah dan lain-lain lagi.

Kerana keindahan bintang, ia juga dikaitkan dengan kata-kata indah, digunakan sebagai perumpamaan dan menjadi sebahagian dari lirik lagu... Contohnya:

" Bagai bulan di pagar bintang" - Seperti seorang gadis, di kelilingi oleh gadis-gadis cantik yang lain.
"Bintang hati" - Orang kesayangan atau kekasih.
"Antara bintang beribu, manakan sama bulan yang satu" - oppss!!..yang ni lebih pasal bulan sebenarnya :D :D
"Twinkle, twinkle little stars, How i wonder what you are, Up above the world so high, Like a diamond in the sky" - yang ni kalau tak tau...memang saje aje tau!

* saya cuba mencari puisi tentang bintang, tapi tak jumpa yang sesuai...kalau nak buat puisi sendiri, memang ke laut la jawab nyer...huhu..

Bintang juga menjalani lingkaran hidup seperti makhluk lain ciptaan Allah. Ia akan bersinar dan semarak sementara. Walau bagaimanapun cahaya bintang akan hilang bila tiba waktunya. Ada juga kajian yang menyatakan bahawa jangka hayat bintang bergantung pada bekalan hidrogen dalam terasnya...Bintang yang sudah tua, akan terpupus, menurut kehendak Allah
"Apabila bintang-bintang telah hilang cahayanya" - Al-Mursalat, ayat 8

Bila semakin banyak kita tahu tentang bintang dan alam semesta, seharusnya kita menjadi semakin kagum dengan kekuasaan dan kebesaranNya.
Saya percaya, penemuan-penemuan tentang bintang yang sedia ada datangnya dari ilmu yang masih terbatas dan pastinya ada banyak lagi perkara yang belum kita ketahui. Sesungguhnya alam langit itu penuh dengan keajaiban....Wallahu'alam

Sekian. Wassalam.



Rujukan utama: 
majalah-I.karangkraf.com (bintang)

Gambar : google/search





Label:

Disember 21, 2014

Reunion

Assalamualaikum....


Semalam adalah hari yang dinanti-nantikan oleh saya dan rakan-rakan, kerana itulah tarikh yang dipilih untuk mini-reunion bagi warga D1, Kolej Mohamad Rashid, Universiti Putra Malaysia.. ....eerrrmmmmm...kenapa tiba-tiba Kak Ton rasa macam dah tua...ahakssss!!!. 
Saya tidak pernah berjumpa hampir kesemua rakan-rakan di situ, semenjak bertahun tahun yang lalu. Confirm!!!..mesti banyak perubahan. 
Berdebar...dup dap..dup dap...macam rasa nak berjumpa boyfriend untuk pertama kali pun ada.....huhu!

19 Disember 2014 (sehari sebelum perjumpaan)
Tak berhenti-henti notification dari whatsapp group, menandakan begitu banyaknya message masuk. Macam-macam pesanan ada...termasuk reminder tentang masa dan tempat perjumpaan. Itu belum masuk lagi pesanan-pesanan yang berbaur ugutan. Contohnya:

" Perut aku dah buncit sekarang...Kalau ada siapa-siapa tanya aku mengandung berapa bulan atau bila due date...siap arrr"

"Aku dah gemuk sekarang, kalau ada yang kata lengan aku sebesar peha...memang nak kena!!!"

"Alignment semua dah lari...jangan kutuk!" 

Kalau mengikut perancangan, aturcara dimulakan dengan bacaan Yassin dan tahlil oleh semua tetamu...
Jadi..sendiri mau ingatlah tentang konsep pakaian yang sesuai dipakai..
Confirm baju singkat, kebaya ketat atau baju-baju yang berkonsepkan 'sarung nangka' adalah dilarang sama sekali. 

20 Disember 2014 (Hari Perjumpaan)
Tepat pukul 11.30 pagi saya tiba di tempat perjumpaan. Sejak awal, memang kami semua sudah bersetuju untuk mengadakan perjumpaan itu di rumah salah seorang sahabat di Bukit Mahkota, Bangi.

Kesemua ahli D1 adalah perempuan. Bila dah berjumpa tu, memang riuh rendah..macam-macam cerita keluar..Yang suka, yang duka, yang kelakar. Indahnya bila mengimbau kenangan lalu...kan....

Makanan yang dihidangkan juga sangat sedap. Termasuk juga pelbgai jenis kek dan kuih hasil 'air tangan' kawan-kawan yang pastinya dicampur dan dibakar dengan penuh rasa kasih sayang....:):):)


Majlis berakhir kira-kira pukul 4.30 petang. Selain daripada dapat membawa balik pelbagai jenis kuih muih, keropok lekor, tapai dan segala...kami semua balik dengan membawa kenangan indah.
Sayu hati bila baca balik message-message di whatsapp group tu....
Semoga ukhwah dan silaturrahim berkekalan...Aamiin..



Sekian. Wassalam


Label:

Disember 19, 2014

Tips Anak Rajin Solat

Assalamualaikum

Bagaimana untuk 'memperkenalkan' ibadah solat kepada anak-anak kita yang masih kecil? Sedikit sebanyak, pasti ada cabarannya.
Saya merujuk kepada beberapa artikel dan saya kongsikan di sini. Semoga dapat dijadikan panduan untuk menggalakkan anak supaya lebih rajin bersolat. In shaa Allah.


  • Ibu bapa haruslah menjadi contoh dahulu. Ibu bapa yang bersolat pasti mampu merangsang anak-anak agar rajin bersolat.
  • Untuk anak-anak yang masih kecil, pujuklah secara baik-baik. Beritahu anak bahawa solat itu wajib bagi orang Islam.
  • Hantar ke sekolah tadika atau KAFA supaya anak lebih faham dan fasih membaca bacaan solat seperti niat, tahiyyat, iktidal, ruku' dan lain-lain.
  • Untuk peringkat permulaan, suruhlah anak membaca bacaan solat dengan kuat supaya kita boleh mendengar dan membetulkan bacaannya. Boleh juga menguji kelancaran bacaan anak pada bila-bila masa contohnya semasa dalam kereta, semasa jalan-jalan dan sebagainya.
  • Ajar dan perhatikan cara anak berwudu'
  • Belikan anak telekung (perempuan) atau songkok, baju melayu, jubah, sejadah atau apa-apa yang boleh menggalakkan dia bersolat.
  • Beritahu anak kita bahawa Nabi suruh anak-anak berlatih solat dari umur 7 tahun dan pada umur 10 tahun boleh dirotan (untuk tujuan mengajar) jika tidak solat.
  • Bawa anak ke surau atau masjid. Biasakan anak-anak ke surau atau masjid. In shaa Allah, jika sudah terbiasa, mereka tidak akan kekok untuk melalukan ibadah jika sudah akil baligh.
  • Berdoa kepada Allah agar ditiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak-anak kita.
Sekian. Wassalam.

rujukan : Artikel, Tips Mendidik Anak Solat (zailabinimdae.blogspot.com)
gambar : google

Label:

Disember 18, 2014

Allah Menjawab Al Fatihah Kita

Assalamualaikum


Ramai orang yang tergesa-gesa membaca Al Fatihah terutamanya ketika solat, seakan-akan mahu segera menghabiskan solat. Sebenarnya sewaktu kita selesai membaca setiap baris ayat dari surah Al Fatihah, Allah akan menjawab setiap ucapan kita.


  • Ketika kita mengucapkan "AlhamdulillahiRabbil 'alamin". Allah menjawab "HambaKu telah memuji Ku"
  • Ketika kita mengucapkan "Ar-rahmanir-Rahim", Allah menjawab "HambaKu telah mengaggungkan Aku"
  • Ketika mengucapkan "Maliki yaumiddin", Allah menjawab "HambaKu memujaKu"
  • Ketika kita mengucapkan "Iyyaka na' budu wa iyyaka nasta'in" Allah menjawab: "Inilah perjanjian diantaraKu dan hambaKu"
  • Kita kita mengucapkan "Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan'amta alaihim ghairil maghdubialaihim waladdhooliin", Allah menjawab "inilah perjanjian antara Aku dan hambaKu. Akan Ku penuhi yang ia minta" 
          (Sumber: HR, Muslim dan At-Tirmizi)

  • Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. Rasakanlah jawapan indah dari Allah kerana Allah  sedang menjawab ucapan kita.
  • Selanjutnya kita ucapkan Aaamiiin, dengan ucapan yang lembut, kerana Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.
  • Barangsiapa yang ucapannya "Aaamiiin-nya" bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberi keampunan padanya" (HR Bukhari, Muslim Abu Dawud)
  • Adalah lebih baik jika kita memahami erti setiap baris ayat dalam surah Al-Fatihah, untuk penghayatan yang lebih sempurna.
Sekian. Wassalam.

Gambar : Google




Label:

Disember 16, 2014

Letting Go

Assalamualaikum...

My baby, Afiq...dah 5 hampir tahun umurnya. Dah tiba masanya untuk register ke sekolah tadika. 
Risau sebenarnya nak 'melepaskan' Afiq pergi sekolah. Hati tu...rasa bimbang aje....mana nak fikir pasal keselamatan, pandai ke dia bergaul dengan kawan-kawan baru dan yang paling penting, learning development dia.

Semalam memang busy siket buat survey untuk masukkan ke tadika yang mana... dan semestinya saya mahukan pendidikan terbaik untuk anak-anak. Tapi, kadang-kadang saya rasa, expectation ibu bapa pada anak-anak terlalu tinggi....kesian pulak kat budak-budak...lagipun umur dia baru 5 tahun....
Jadi, saya memilih approach yang sederhana...

Pada saya, perkara yang penting untuk memilih sekolah tadika adalah:
  • Jenis tadika : Pastinya saya akan memilih tadika yang berkonsepkan Islam. Harapnya dapatlah diterapkan dengan nilai-nilai yang terbaik.
  • Lokasi : Faktor ini juga sangat penting supaya senang untuk menghantar dan menjemput anak. Selain itu, 'arrangement' untuk kenderaan pergi dan balik juga penting dan haruslah dikendalikan oleh pihak yang benar-benar dipercayai.
  • Persekitaran kelas : Apa yang anak kita pelajari, kaedah pembelajaran yang diterapkan dan dengan siapa dia berkawan adalah antara faktor-faktor penting dalam perkembangan anak-anak. Pastinya kita tidak mahu anak kita yang masih kecil itu dipengaruhi dengan unsur-unsur yang tidak baik.
  • Budget : Ini juga penting. Ada sesetengah tadika yang mengenakan yuran sampai lebih RM1,000. Dah macam nak masuk universiti pun ada. Nasib baik tak kena jual sawah padi, lembu, kambing bagai....huhu..Tapi nak buat macam mana ya. Sebagai ibu bapa, memang kita mengharapkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Cuma pada saya, kita harus memilih tadika yang benar-benar sesuai dan jangan terlalu terpengaruh dengan 'brand' yang ada.
Semoga Afiq dapat menyesuaikan diri dengan 'dunia barunya'....
Isk..isk..mama dia pulak yang berdebar lebih-lebih ni..

Sekian. Terima Kasih


















Label:

Disember 14, 2014

Balik Kampung

Assalamualaikum..

Yeay...Balik Kampung!


Kepulangan kami sekeluarga pada mulanya disambut oleh bunga okid Makcik yang kembang dengan mekarnya di depan rumah....
Tengoklah bunga puas-puas sementara menunggu abah saya balik dari kenduri kawin...

Alolo..cantik nyer..
Kebetulan saya memang peminat okid..


Kami tiba di Pontian lebih kurang pukul 3 petang semalam...jalan agak sesak, especially dari Nilai sampailah ke Senawang. Hujung minggulah katakan...ramai orang balik kampung kot. Masa berhenti di R&R Pagoh, memang ramai betul orang.

Budak-budak memang excited kalau dapat balik jumpa Atuk mereka. Maklumlah..ada jugak orang nak melayan dia orang pusing-pusing kampung naik motosikal..Atuk pun rajin jugak bermain-main dengan dia orang...

Mak Budak?...mestilah suka jugak dapat balik kampung. Tapi, selalunya akan rasa sayu sebab teringat kat arwah emak..
Kalau tengok rumah kat kampung tu...terutamanya kat dapur...mesti rasa sedih...Dulu-dulu, kat situlah tempat masak bersama-sama dengan arwah emak..kat situlah tempat makan..tempat bersembang...sedihnya..:( :(
Saya anak perempuan tunggal (dari 3 orang adik beradik...)..memang rapat sangat dengan arwah emak..

Kalau balik Pontian, aktiviti malam.. adalah makan di luar (selalunya la..hehe). Semalam kami memilih untuk makan sate, mee rebus dan rojak..Kasi gambar siket..
But, sate tak sempat nak ambik gambar sebab dah kena nggapp!


Bila dah kenyang tahap gaban semalam, kenalah tidur lambat siket...Sambil-sambil tu dapat jugak bersembang-sembang dengan Abah dan Makcik.

Pagi tadi, rajin pulak Kak Ton ronda-ronda kat belakang rumah. Terjumpa pulak pokok mengkudu..Selalunya tengok gambar aje. Tak sangka dapat tengok yang real..kat belakang rumah aje pulak tu..Meh tunjuk bahan bukti..

Bestkan duduk kampung...banyak jugak ruang tanah untuk menanam bermacam-macam jenis pokok...Semoga Kak Ton diberi 'kecukupan' untuk memiliki ruang tanah yang besar juga di Selangor ni ye....aamiin..

Lepas zohor tadi, kami dah bersiap-siap nak balik..Sedih, sebab tak dapat nak balik lama-lama. Kesian jugak kat Abah..
Semoga Abah saya diberikan kesihatan dan umur dan panjang...dan semoga segala urusannya dipermudahkan...aamiin

Sekian. Wassalam.









Label:

Disember 11, 2014

Bahaya Fitnah

Assalamualaikum...



Kisah ini berlaku kepada seorang hamba yang bernama Abu Nawas. Dia telah didatangi oleh seorang pemuda yang ingin memohon maaf di atas fitnah yang telah disebarkan ke atas Abu Nawas. Lalu Abu Nawas menyuruh pemuda itu pergi daripada tempat tersebut tanpa menghiraukan tentang perkara-perkara fitnah yang telah disebarkan. Namun pemuda tersebut enggan beredar sebelum Abu Nawas memaafkan dosanya.

Abu Nawas memaafkan pemuda tersebut tetapi dengan beberapa syarat yang mesti pemuda itu patuhi. Abu Nawas pun memberikan dua syarat kepada pemuda tersebut. Syarat yang pertama, pemuda tersebut mesti mengoyakkan bantal yang diberikan kepadanya. Maka berterbanganlah segala isi bantal tersebut setelah dikoyakkan.
Setelah mengoyakkan bantal tersebut, pemuda itu pergi semula kepada Abu Nawas untuk mendengar syarat yang ke dua. Untuk syarat yang ke dua pula, Abu Nawas menyuruh pemuda tersebut mengutip kembali semua isi bantal yang berterbangan dan memasukkan isinya kembali supaya menjadi sepertimana bantal yang asal.

Ketika itu pemuda tersebut mengadu bahawa dia tidak mampu untuk menyempurnakan hajat Abu Nawas. Lalu Abu Nawas pun memberi pesanan kepada pemuda itu dengan pesanan yang cukup memberi kesan kepada sesiapa yang mendengar,

"Sekiranya kamu telah memfitnah aku dan orang yang telah mendengar berita fitnah kamu ke atas aku terus menyebarkan fitnah dan keburukan aku, adakah kamu mampu mengembalikan maruah aku seperti sediakala ketika sebelum aku difitnah? Maruah aku juga sama sekali tidak akan kembali seperti asal. Sebagaimana kekabu itu berterbangan, begitu juga fitnah tentang aku akan tersebar dan tidak akan dapat dibendung walau seribu kali aku memaafkan kamu". 
Pemuda tersebut pergi dari tempat tersebut dengan seribu penyesalan.

Dosa memfitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Oleh itu, dosa tersebut tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah, memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Jika semua tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu benar-benar fitnah, apakah mungkin kita dapat bertemu dengan orang yang kita fitnah, untuk meminta maaf?

Sanggupkah kita menjadi orang yang muflis di akhirat nanti apabila kesemua pahala amalan kita seperti solat, puasa, zikir serta sedekah diberikan kepada orang yang kita fitnah???

p/s : sekadar peringatan untuk diri sendiri dan semoga yang lain juga mendapat mafaatnya.

SEKIAN. WASSALAM.

Sumber: FB



Label:

Kamus JDT

Assalamualaikum


Ada seorang kawan yang rajin pulak 'meng-post' kamus JDT di whatsapp group....tetiba rasa rindu nak guna semua perkataan-perkataan tu..

Saya memang orang Johor..and Mr Hubby pulak orang Pahang...jadi kat rumah, cakap macam orang KL...(hehe.....KL sangat lah ko Temah...)

Ada orang kata, perkataan-perkataan kat atas tu cuma applicable untuk Daerah Muar..saya rasa tak...sebab orang Pontian macam saya pun guna...

Contoh ayat:


  • Besonya esbok engkau (besarnya peti ais engkau)
  • Aku pakai lawo-lawo ni sebab nak hanto anak pegi sogame kejap (Aku pakai cantik-cantik ni sebab nak hantar anak pergi sekolah agama kejap)
  • Lapo pulak. Nak jerang nasik malas. Yok pegi ngeteh (Lapar pulak. Nak masak nasi malas. Mari/jom pergi minum air di kedai)
  • Kau jangan nak curi jajan aku. Aku jotos kau nanti (Kau jangan nak curi makanan ringan aku. Aku sekel kau nanti).
  • Bak sini gebor yang kau simpan dalam grobok tu (Bawa ke sini cadar yang kau simpan dalam almari tu)
  • Dia ni.. jalan menonong aje (Dia ni...jalan tanpa mempedulikan apa-apa pun)
Tetiba rasa rindu pulak kat kampung....huhu...nak balik Johor.

Apa-apa pun...untuk orang Johor..
LUASKAN KUASAMU!!

Sekian. Wassalam.

Label:

Disember 09, 2014

Avon Makeover


Baru-baru ni dapat katalog Avonā€¦
Dah lama sebenarnya tak beli barangan Avon..tapi hari tu gatal kaki pulak pergi singah kat butik dia dan membeliā€¦Ha...kan dah dapat katalog lagi suruh beli dan beli lagi..Tapi kalau tengok harganya agak berpatutan juga.


Sebenarnya..jenama Avon sudah sinomim dengan kaum wanita sejak dulu lagi. Produknya pun, pelbagai. Daripada kosmetik, perfume, skin care product, barangan perhiasan diri, jam, pakaian (limited) dan macam-macam lagi. Semuanya memanggil-manggil suruh dibeli..huhu

Artikel ini bukanlah untuk mempromosi barangan Avon. Cuma saya tertarik dengan sterategi perniagaan yang digunakan semenjak lebih 125 tahun yang lalu dan syarikat itu juga masih kekal hingga kini. Antaranya:

  • Penggunaan jaringan sosial (social networking)ā€¦.lebih awal dari facebook dan yang sewaktu dengannya. Bezanya, mereka menggunakan agen atau wakil jualan (wanita) untuk berhubungan dengan wanita lain bagi mempromosi produk mereka. Konsep personal relationship ini memang berjaya membawa keuntungan. Hasilnya? Mereka mencatatkan keuntungan sebanyak $1 million (tahun 1920), meningkat kepada $1 billion (1972) dan terus meningkat kepada $10 billion (2008)
  • Easy access and khidmat pelanggan yang cekap ā€¦hanya perlu membuat pesanan barangan yang dihajati dengan wakil jualan. Barang akan dihantar ke pintu rumah. Senangkan. Selain itu dapat juga khidmat nasihat kecantikan percuma daripada wakil jualan terlatihā€¦
  • Butik atau Kedaiā€¦Tak semua orang suka membeli daripada wakil jualan. Ada sesetengah orang yang mahu melihat sendiri barangan tersebut dibutik atau kedai. Lepas tu, barulah beli.
  • Peluang Meningkatkan Pendapatanā€¦untuk wakil jualan, mereka diberikan latihan seperti Avonā€™s Sales Leadership Program. Oleh itu, mereka bukan sahaja boleh menjana pendapatan dengan menjual barangan Avon, tetapi boleh juga mendapat hasil lumayan dengan melatih wakil-wakil jualan yang baru.
  • Online Saleā€¦Strategi perniagaan harus juga berubah mengikut peredaran zaman. Pesanan secara online atau promosi produk dengan menggunakan ā€˜eBrochureā€™ adalah antara strategi yang digunakan untuk kekal ā€˜relevantā€™ dalam arus permodenan.
Sekadar berkongsi key points daripada artikel yang saya baca baru-baru ini.
Sesuai juga dijadikan sebagai bahan bacaan ringan :)

Sekian. Terima Kasih.

Rujukan: Article, The Evolution of Direct Selling at Avon (www.avoncompany.com)
Gambar : Google





Label:

Disember 08, 2014

Let's Move On..



  1. Make peace with your past. So, it wont disturb your present. 'Just because the past taps you on the shoulder, doesn't mean you have to look back'.
  2. What other people think of you is none of your business. But, my personal view.....managing perception, sometimes... needed..huhu
  3. Time heals almost everything. Give it time. 
  4. Don't compare your life to others and don't judge them. You have no idea what their journey is all about
  5. Stop thinking too much
  6. No one is in charge of your happiness, except you. 'Happiness is a conscious choice, not an automatic response'.
  7.  Smile... :) :)


"Someday, we'll forget the hurt, the reason we cried and who cause us pain. We will finally realize that the secret of being free is not revenge, but letting things unfold in their own way and own time. After all, what matters is not the first, but the last chapter of our life which shows how well we ran the race"

"Never regret anything that is happened in your life, it cannot be changed or undone. So..take it as a lesson learnt and MOVE ON....."


Thank You. Wassalam.

Picture : Google
Quotations : Source

Label:

Disember 06, 2014

Jom Solat

Assalamualaikum


 Na'uzubillah...takutnya kalau jadi macam kat atas tu...

Sedikit perkongian tentang 'bahayanya' meninggalkan solat:

Seksaan Ketika Hidup di Dunia
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Seksaan Ketika Sakaratul Maut
Ia akan menghadapi sakaratul maut dengan keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walau diberi air sebanyak 7 lautan.

Seksaan Ketika Di Dalam Kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Ia akan diseksa dengan pedih sehingga hari kiamat.

Seksaan Ketika Berada di Akhirat
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.


HUKUM MENGUMPULKAN 2 WAKTU SEMBAHYANG

Dalam kesibukan, kadangkala ada diantara kita yang lalai atau sengaja menggabungkan waktu solat, contohnya Zuhur dangan Asar (sembahyang di akhir waktu Zuhur diikuti sembahyang Asar sebaik sahaja masuk waktunya)

Saad bin Abi Waqas bertanya  Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyang. Maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyang dari waktu asalnya sampai ke waktu yang lain, mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyang, maka mereka diancam dengan Neraka Wali"

*Sedikit perkongsian... untuk peringatan untuk diri sendiri dan semoga yang lain juga mendapat manafaatnya.

Good Nite...dan Jangan lupa solat Isya' dulu.. :)

SEKIAN. WASSALAM

Petikan artikel "Balasan Meninggalkan Solat 5 Waktu (masjidwilayah.gov.my)



Label:

Disember 05, 2014

Antara Lebah dan Lalat

Assalamualaikum....

Kisah ini mungkin sudah biasa dibaca atau didengar. 
Tapi, baru-baru ni, ada kuliah yang bercerita semula tentang kisah ini. Rasa terkesan di hati pulak..Jadi, saya kongsikan. Mudah-mudahan menjadi renungan dan peringatan bersama.


Lebah dan lalat. Keduanya adalah dari golongan serangga. Tapi sifat mereka adalah berbeza. Apakah perbezaan diantara LEBAH dan LALAT?

Ketika keduanya masuk ke dalam kawasan kebun, lebah akan mencari tempat yang indah. Ia akan pergi ke tempat yang penuh dengan bunga dan makan sari-sarinya tengan tenang. Lain pula halnya dengan lalat. Lalat akan mencari tempat-tempat yang kotor sebagai tempat persinggahannya. Keadaannya juga kadang kala bingit dan menyesakkan.
Sama juga jika dibandingkan dengan sifat manusia. Seorang yang baik, akan mencari tempat-tempat yang berfaedah untuk mendapat kebaikan darinya. Sedangkan orang yang tidak baik, akan sentiasa mencari keburukan, keaiban serta kesalahan  orang lain untuk disebarkan.

Lebah bekerja dalam satu kumpulan manakala lalat bekerja bersendirian. Sama juga dengan kehidupan manusia. Seorang yang baik akan sentiasa membantu orang lain. Ukhwah dan silaturrahimnya juga sangat kuat. Mereka akan bekerja dalam satu kumpulan dan saling bantu membantu agar sama-sama memperolehi kejayaan. Lain pula dengan sifat orang tidak baik. Mereka hanya memikirkan tentang diri mereka sahaja. Mereka juga sangat individualistik dan sangat pentingkan diri sendiri, tanpa mengendahkan perasaan orang lain.

Lebah, makhluk Allah yang menghasilkan madu agar dapat memberi manafaat kepada manusia. Anda semua pasti tahu bahawa madu adalah ubat untuk segala penyakit kecuali mati. Lalat juga makhluk Allah. Tetapi lalat membawa kekotoran, mendatangkan penyakit dan tidak baik untuk kesihatan. 
Orang yang baik, walau dimana pun ia berada, akan cuba membuat kebaikan dan berkongsi ilmu agar sama-sama beroleh manafaat. Sedangkan bagi orang yang tidak baik, di setiap tempat dan waktu, tidak kira di mana, pada bila masa, akan sentiasa menyusahkan orang lain. Mereka gemar mengambil hal-hal yang buruk dan menyebarkannya. Dalam erti kata lain, golongan ini sangat negatif dan juga pembawa masalah...

Jadi, (peringatan untuk diri saya sendiri juga), sama-samalah kita renungkan..
Marilah kita nilai dan cermin diri...di golongan manakan kita..
LEBAH atau LALAT?




SALAM JUMAAT. SEKIAN. WASSALAM

Rujukan utama : artikel lebah vs lalat (www.himmahfm.com)
Photo: google (edited)





Label:

Disember 03, 2014

Merah Tanda Berani

Assalamualaikum..

Yeay...Kak Ton cuti hari ni..on off nak habiskan cuti tahunan. And yang paling penting, dapat spend lebih masa untuk anak-anak.

Antara aktiviti hari ni adalah menukar template blog...Memang dari hari tu teringin nak bertukar pada yang ala-ala mobile-friendly... Tapi, tak ada masa nak explore...
So since dah bercuti....bolehlah mengodek godek komputer. Sebenarnya, nak cuba-cuba aje...Hentam saja lah labu!!!
Kebetulan Mr Hubby kerja hari ni, so..memang duduk rumah ajalah dengan anak-anak..Masa pun lebih banyak untuk mencuba jaya :)


MERAH.
Template ni, anak saya yang pilih...."biar Mama nampak berani".
Cuma kena modify sikit...(Thanks to Mr Adi, our IT expert kat opis semalam...sebab beri sedikit pencerahan macam mana nak edit HTML)..
Anak saya pun rajin jugak baca blog Mama dia..nak support Mama katanya....
Semoga dengan template baru ni..Mama dia akan menjadi lebih bersemangat untuk berblogging..hehehe

Kepada kawan-kawan yang saya belum lagi berkesempatan untuk singgah ke blog anda semua, saya minta maaf ya..Dan ada juga blog yang saya jadi silent reader saja untuk sementara waktu ni, belum lagi berkesempatan untuk meninggalkan jejak atau komen...huhu..sorry.

Semoga segala urusan saya dan para pembaca semua dipermudahkan..In Shaa Allah...Aaamiin...

Sekian.Wassalam.



Label:

Disember 02, 2014

Sakit Itu....

Assalamualaikum..

Hikmahnya sakit


Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya..

  • Sakit itu Zikrullah. Bukti : mereka yang sedang sakit lebih sering menyebut nama Allah berbanding waktu sihatnya
  • Sakit itu Istighfar. Bukti : Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun
  • Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung bakal-bekal untuk kembali
  • Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan
  • Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita mencari ilmu untuk tidak mudah sakit
  • Sakit juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit supaya bersabar.
  • Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jenguk akan datang menzirahi, penuh dengan senyum dan kemesraan...dapat buah tangan lagi....
  • Sakit itu Gugur Dosa. Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian.
  • Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga seharusnya begitu.
  • Sakit itu Menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu.
  • Sakit itu Sedikit Ketawa dan Banyak Menangis. Satu sikap keinsafan yang disukai Rasulullah SAW dan makhluk di langit.
  • Sakit Meningkatkan Kualiti Ibadah. Rukuk dan sujud kita lebih kyusuk. Tasbih dan Istighafar lebih sangat.  Tahyat juga menjadi lebih lama.
  • Sakit itu Memperbaiki Akhlak Kesombongan. Sifat tamak dipaksa tunduk. Peribadi akan menjadi lebih lembut dan tawadhu'
  • Sakit Mengingatkan Kita Tentang Mati. Ia membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.
Perkongsian dari seorang kawan melalui 'telegram'nya pagi tadi....Semoga membawa manafaat.

Shafakallah.
Sekian. Wassalam.

Gambar : Google

Label:

Disember 01, 2014

Penghargaan Untuk Blogger (November 2014)

Assalamualaikum.



Artikel ini adalah sebagai penghargaan untuk sahabat-sahabat yang sudi singgah di blog saya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pengunjung terutamanya kepada 10 blogger yang paling rajin memberikan komen-komen.
Saya sertakan nama mereka supaya lebih mudah untuk rakan-rakan pembaca lain mengenali mereka.

Saud Karrysta   

Khir Khalid      

Yanto Cungkup  

Belog Santai

Gee Lion

Nurul Hidayah


Aldino Sya


Cilembu thea / Mang Lembu    
      
Selepas ini, bolehlah melawat dan singgah di blog-blog mereka bagi menjalin silaturrahim dan ukhwah sesama kita. Pasti banyak ilmu tentang kehidupan, keusahawanan, tips berblogging, komputer (dan sewaktu dengannya), sejarah Islam dan nusantara, tips kecantikan, resipi dan makanan special serta berita terkini boleh diperolehi. Tak rugi baca...

Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan blogger dan bukan blogger lain yang sudi bertandang ke sini dan terus memberi sokongan kepada blog saya. 
Thank You :)


Wassalam.

Pic : goggle

Label:

November 29, 2014

Anak Kucing Depan Rumah

Assalamualaikum..


Pagi tadi..ada pulak seekor anak kucing duduk kat depan rumah...entah kucing siapalah...

Tengok muka...memang comel and super cute...Kalau ikut hati, rasa nak bela aje..Kebetulan kucing kesayangan keluarga kami, Che Putih baru aje mati...Tapi takut kucing orang pulak...nak bawak masuk dalam rumah, takut ibu dia pulak tercari-cari..manalah tau..

Tengoklah keadaan...kalau tak ada tuannya yang menuntut...memang nak bela...

Sekian diary hari ini. Entri ni ditulis khas untuk mengabadikan gambar anak kucing comel tu dalam blog.... Layan aje lah ya.. :) :)



 Wassalam.

Label:

November 28, 2014

Al Baqarah 285 & 286



Bismillah...

285: Rasulullah SAW telah berfirman kepada apa yang telah diturunkan 
kepdanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman kepada
 Allah, dan malaikat-malaikatnya, dan kitab-kitabnya dan Rasul-rasulnya
Mereka berkata "Kami dengar dan kami taat. 
Kami pohonkan keampunanMu wahai tuhan kami, 
dan kepadaMu jualah kami kembali



286 : Allah tidak memberati seseorang malainkan apa yang terdaya olehnya.
Ia mendapat pahala dari apa yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa dari
kejahatan yang dilakukannya. Mereka berdoa dan berkata " Wahai Tuhan kami...
Jangan Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami, jangan Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak 
terdaya untuk memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah 
dosa kami. Dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami;
oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.


Barang siapa yang  membaca 2 ayat terakhir surah Al_Baqarah pada malam hari nescaya
Allah Ta'ala akan menjaganya dari segala musuh dan gangguan syaitan.

Dari Ibnu Abbas r.a, katanya " Pada suatu hari, ketika Jibril sedang duduk di sisi Nabi Muhammad SAW, lalu mendengar suara pintu terbuka di atasnya. Kemudian turunlah dari pintu tadi seorang malaikat, lalu Jibril berkata "ini adalah malaikat yang turun ke bumi dan tidak pernah turun sama sekali melainkan hari ini. Kemudian malaikat yang baru turun itu berkata "Bergembiralah wahai Muhammad dengan dua cahaya yang dikurniakan kepada Tuan dan tidak pernah dikurniakan kepada Nabi-nabi sebelum Tuan, iaitu Surah Al-Fatihah dan beberapa ayat penghabisan dari surah Al-Baqarah. Tidaklah Tuan membaca sehuruf dari keduanya itu, melainkan Tuan akan diberi pahala yang besar" (riwayat Muslim)

Sekadar perkongsian dan semoga menjadi amalan.

SALAM JUMAAT. SEKIAN. WASSALAM

Label:

November 26, 2014

Nilai Ucapan Terima Kasih

Assalamualaikum..

Dalam satu hari, berapa kali anda ucapkan terima kasih?



Terima kasih adalah satu ungkapan yang sering kita dengar dan sebut. Namun, mungkin kerana sudah menjadi terlalu biasa, sesetengah orang menganggap ianya tidak memberi apa-apa makna......

Sebenarnya ucapan terima kasih dapat memberi kesan positif pada si pemberi dan penerima. Si pemberi akan dapat membentuk moral yang lebih baik dalam perhubungan sosial manakala  si penerima akan merasa dirinya lebih dihargai.

Ucapan terima kasih selalu dikaitkan dengan aspek adab dan kesopanan. Sebab itu, sejak dari kecil lagi kita telah diajar untuk memberikan ucapan terima kasih kepada sesiapa pun yang telah menolong atau memberikan sesuatu kepada kita. 

Namun begitu, kadang-kadang kita terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada sesuatu yang dianggap kecil, tetapi besar maknanya dalam kehidupan seharian. Contohnya kepda orang-orang yang secara tidak langsung telah melancarkan urusan harian kita seperti baby sitter anak, kakak cleaner di office, security guard dan penjaga parking. Walaupun mereka menerima bayaran di atas pekerjaan yang mereka lakukan, dengan ucapan terima kasih, sekurang-kurangnya akan membuat mereka rasa lebih dihargai.

Mungkin juga kerana sudah terlalu biasa untuk mengucapkan terima kasih kepada orang lain, kita terlupa untuk mengucapkan terima kasih pada orang-orang yang paling hampir dengan kita seperti ayah, ibu, suami, isteri, anak dan sebagainya. Usahlah menganggap apa yang mereka lakukan itu hanya sekadar memenuhi tanggungjawab atau melaksanakan rutin harian. Pandanglah ia sebagai satu penghargaan dan seharusnya diucapkan dengan jutaan terima kasih.

Dan akhir sekali, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih dan syukur kepada Allah SWT kerana telah menjadikan kita dan membolehkan kita masih terus bernafas hingga ke hari ini.
Syukur Alhamdulillah

Sekian. Wassalam.

p/s : saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pembaca dan kawan-kawan yang sudi singgah di sini..... :)

Sumber: pelbagai










Label:

November 23, 2014

Kenali Personaliti Melalui Warna

Assalamualaikum


Tahukah anda bahawa warna juga menggambarkan personaliti.  Warna merah, hijau, kuning, ungu, merah jambu, putih dan biru, semuanya ada makna yang tersendiri.

Merah : Red Hot Ruby
Merah tanda berani. Gadis yang sukakan warna ini memiliki personality menarik dan sukar dijangka. Mereka pantang dicabar. Mereka juga mempunyai sifat anggun dan seksi semulajadi. Tetapi ada yang mengatakan bahawa golongan ini adalah emotional.

Hijau : Cool Green Emerald
Golongan ini sukakan keamanan dan alam semulajadi. Selalunya mereka bersifat tenang dan tidak mudah panik. Warna hijau melambangkan kesegaran. Biasanya golongan ini bersifat low profile. Tapi awas....warna hijau selalu dikaitkan dengan sifat cemburu.

Kuning : Be My Sunshine
Mereka adalah golongan yang sangat ceria, easy going dan happy go lucky. Peminat warna kuning ini biasanya memang sangat sinonim dengan senyuman dan gelak ketawa. Mereka adalah golongan yang berwawasan tinggi dan bijak untuk membuat keputusan.

Ungu : Still A Mystery
Warna ini menggambarkan kemewahan dan romantik. Sesetengah orang mengatakan bahawa golongan yang sukakan warna ungu sangat misteri. Golongan ini pandai menawan hati orang lain. Namun, tidak ramai yang dapat mendekati golongan ini kecuali mereka yang dipercayai sahaja

Merah Jambu : Pretty In Pink
Adik manis!!!!. Mereka sukakan fesyen dan ingin tampil cantik.  Ibarat dalam hati ada bunga, mereka suka menunjukkan sifat feminin. Golongan ini suka menolong orang dan mengambil berat tentang orang-orang disekelilingnya.

Putih : My Snow White
Mereka ini mahukan gaya hidup yang sederhana. Antara ciri penting untuk peminat warna putih adalah amanah, anggun dan tidak sombong. Mereka juga bersikap matang dan optimistik. Peminat warna putih juga dikatakan sangat suka menolong orang lain.

Biru : Heart of the Ocean
Biru digambarkan sebagai ketenangan dan inspirasi. Mereka adalah golongan yang kreatif dan berpesonaliti menarik hingga boleh membuatkan ramai orang tertawan. Ada orang mengatakan bahawa peminat warna biru adalah golongan yang sukakan kesenian. Mereka juga adalah orang-orang yang sangat penyanyang.

Apa pula warna kegemaran anda?

Sekian. Wassalam.

Sumber info & gambar : google

Label:

November 20, 2014

Siapakah Yang Kita Ingat Pada Jam 2 Petang?

Assalamualaikum..

Siapakah yang kawan-kawan semua ingat pada jam 2 petang?


Kalau saya..
Jam 2 petang adalah waktu baru habis lunch..
Jadi harus bersiap sedia untuk sambung kerja..eeemmmm
Kadang-kadang tu...itulah waktu kritikal mengantuk especially kalau lepas makan nasi bariyani..
Biasanya, jam 2 petang..saya akan teringat pada anak saya. Pada jam 2 petang, sepatutnya dia sudah habis sesi persekolahan sekolah pagi dan akan bersiap sedia ke sekolah agama (KAFA) sesi petang.
Biasanya hati ibu ini akan tertanya-tanya..sudah sampai ke rumah pengasuh ke? Sudah makan ke? Penat tak?..dan macam-macam lagi.

Kalau Jam 2 Pagi?..
Biasanya sudah pun selamat tidur zzzzzz..
Kecuali kalau ada kerja-kerja khas...
contohnya esok pagi ada meeting atau presentation..mungkin kena stay up juga.
Blogging? Jarang saya berblogging time ni, takut mengantuk waktu kerja..huhu

Kawan-kawan pulak..macam mana?

Sekian. Wasaalam

gambar: google

Label:

November 18, 2014

Don't Quit

Assalamualaikum,


During my secondary school, there was one poem that i like most.
I always read the poem again and again....especially when i felt down or very sad. 
At that time, i think i can remember almost every single word in the poem.

As time goes by... and of course, i am very busy with my daily life,  i totally forgot about the poem.
However, yesterday..... when i was looking for some of my old stuff, i came across a card with this poem written on it
So, i want to share it here...and read it again

Don't Quit

When things go wrong, as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all uphill,
When the funds are low, and the debts are high,
And when you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest, if you must, but don't you quit

Life is queer with its twists and turns,
As everyone of us sometimes learns,
And many failure turns about,
When he might have won had he stuck it out;
Don't give up though the pace seems slow-
You may succeed with another blow

Often the goal is nearer than,
It seems to a faint and faltering man,
Often the struggler has given up,
When he might have captured the victor's cup,
And he learned too late when the night slipped down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure turned inside out-
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems so far,
So stick to the fight when you're hardest hit-
It's when things seem worst that you must not quit.



Thank You & Wassalam

p/s : photo taken at PD Beach, during my team building program @ 7 & 8 Nov 2014




Label: