April 28, 2017

De'Xandra: You Don't Need To Spend More To Smell Expensive


Assalamualaikum

Minggu lepas saya membeli sebotol (lagi) perfume dari kawan. Sebenarnya saya suka haruman dari De'Xandra ni. Baunya memang best dan tahan lama.

Kali ni saya try chloe pulak. Sebelem ini saya pernah membeli haruman fresh blossom and forbidden rose.

Apa yang best tentang perfume De'Xandra ni adalah:
  • Botolnya tak besar sangat. Jadi senang nak dibawa ke mana-mana.
  • Boleh digunakan untuk solat
  • Yang paling penting, harganya juga berpatutan serta mampu milik. 
  • Bau?...mestilah wangi kan..
Itu saja pendapat saya tentang perfume ni.
Memang sangat puas hati  :)



Sekian. Wassalam.


April 24, 2017

Apa Ada Dengan 24 April


Alhamdulillah
Tarikh 24 April tiba lagi.
Bersyukur kerana masih dipanjangkan usia untuk meraikan ulang tahun yang ke ehem..ehem..:D


Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dimudahkan segala urusan, tercapai segala cita-cita dan hajat, diberikan keselamatan serta kebahagiaan di dunia dan akhirat..aamiin


Baca juga : Perjalanan Hidup

Sekian. Wassalam



April 18, 2017

Lapan Jenis Rezeki Dari Allah


Rezeki yang telah dijamin
"Tidak ada makhluk mana pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya"
(Surah Hud : 6)

Rezeki kerana usaha
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya"
(Surah An-Najm : 39)

Rezeki kerana bersyukur
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu"
(Surah Ibrahim : 7)

Rezeki tidak terduga
"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dia akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka"
(Surah At-Talaq : 2-3)

Rezeki kerana Istighfar
"Beristighfarlah kepada Tuhan mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti dia akan mengirimkan hujan kepada mu dengan lebat dan memperbanyakkan harta"
(Surah Nuh : 10-11)

Rezeki kerana menikah
"Dan nikahlah orang-orang yang masih membujang diantara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahaya mu baik lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya"
(Surah An Nur : 32)

Rezeki kerana anak
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagi mu"
(Surah Al-Israa' : 31)

Rezeki kerana sedekah
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak"
(Surah Al Baqarah : 245)

-Rotibul Attas dan Rotibul Haddad

***perkongsian rakan dari group wa

Gambar: Kenangan di Bukit Safa





April 12, 2017

Breakfast Like A King

Antara pilihan utama rakyat Malaysia adalah nasi lemak.  Kena  pulak dengan sambal yang sedap, gabungan ikan bilis dan telur, mesti makan berbungkus-bungkus.


Sebagai anak Johor jati, saya panggil kuih ni epok-epok. Korang tau tak epok-epok? Orang tempat lain panggil kuih ni karipap.


Ni pulak roti goyang... silalah bergoyang. Jangan tak goyang. Makan roti bakar dan telur rebus juga boleh menjadi sarapan yang mengenyangkan.


Ada jugak orang memilih makanan yang ber-sup. Kalau tekak Johor saya ni, dapat soto pun best jugak.


Kalau rasa sakit gigi atau demam, boleh ler makan bubur. Senang. Tak payah nak guna banyak tenaga nak mengunyah :)


Ni sarapan versi Pantai Timur. Tapi kat mana-mana dalam Malaysia ni pun tak susah nak dapat. Saya layan jugak laksam ni. Sedap.


Untuk lebih kenyang dan bertenaga, layan nasi kerabu pun ok jugak. Sejak zaman kolej dan ber-roommate dengan orang Kelantan dulu, saya dah reti makan nasi kerabu campur budu.


Ini bolehlah dikategorikan sebagai sajian makanan sihat. Gabungan granola dan yogurt nampaknya boleh mengenyangkan juga.


Nak lagi sihat, makan yang ni. Low sodium hi fiber lagi. Kau haddo?


Dan kalau rasa tak kenyang lagi, boleh jugak makan lagi nasi lemak. Kali ni versi pinggan pulak...barulah breakfast like a KING KONG.

Korang breakfast apa hari ni?

Sekian. Wassalam.


Credit to #ikhti and #kakshikin for some of the photos






April 09, 2017

Ikhlas


"IKHLAS IBARAT SEEKOR SEMUT HITAM, YANG BERJALAN DI ATAS BATU HITAM, 
DI MALAM YANG GELAP"


"Ikhlas adalah rahsia Allah dan seorang hamba. Rahsia ini tidak diketahui oleh Malaikat hingga ia tidak dapat mencatatnya, dan tidak pula diketahui oleh syaitan sehingga ia tidak dapat merosakkannya, serta tidak pula diketahui oleh hawa nafsu sehingga ia tidak boleh menyelewengkannya".

"Zikir itu bukan membilang-bilang tasbih. Zikir itu juga bukan laju atau lambat. Hakikat zikir itu adalah mengingati Allah. Memandang Allah. Hakikat zikir itu adalah yang memberi kesan pada hati"

"Janganlah mencari Allah ketika memerlukan jawapan. Tetapi carilah Allah ketika tahu Allah  lah jawapan yang diperlukan"

"Ketika kamu menyayangi seseorang tanpa syarat, tanpa sebab, kamu akan memahami kasih sayang Allah kepadamu tanpa syarat"

"Kehidupan ini adalah ketentuan dan kehendak Allah, maka, laluilah perjalanan di dunia ini atas kesedaran agar sentiasa redha terhadap kehendak dan ketentuan Allah"

"Barang siapa yang mengenal dirinya, maka ia akan sibuk memperbaiki dirinya tanpa mempedulikan cacat dan aib orang. Dan barangsiapa yang mengenal Allah, maka ia akan sibuk dengan Allah dan meninggalkan ajakan hawa nafsunya"

"Jika kamu membaca sesuatu dan tidak dapat memahaminya, atau hatimu tidak hadir ketika membacanya, maka, ulangilah lagi di waktu yang lain. Sebab setiap waktu memiliki rahsia yang berbeza"


Nota :
Catatan di atas adalah perkongsian terakhir seorang sahabat di group WA. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu yang lalu.
Seorang lagi sahabat saya (dari zaman sekolah rendah) juga telah kembali ke Rahmatullah pada hari yang sama.
Al Fatihah untuk kedua-dua sahabat saya. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa mereka dan menempatkan mereka dikalangan orang-orang yang beriman...aamiin.


April 07, 2017

Salted Gula Melaka


Buah nangka bermacam jenis,
Sekati harganya 50 sen,
Gula melaka bukankah manis?,
Kenapa kali ni rasanya masin?... :D

Semalam kat opis ada kawan jual granola. Pernah juga beli sebelum ni. Rasanya memang sedap dan ada pelbagai perisa.
Kali ni saya mencuba perisa salted gula melaka (gula melaka bergaram katanya)..
Sedap.

Translate : makan bersama lebih baik :D
Kandungan yang ada dalam granola perisa gula melaka bergaram.

Rupa bentuknya..
Walaupun namanya salted gula melaka, rasanya tidaklah masin sangat. Sedang2 saje..

Sebelum ni, saya tak tau sangat tentang granola. Tapi ianya bolehlah di kategorikan sebagai sajian makanan sihat dan mempunyai serat yang tinggi.

Granola adalah makanan yang mengandungi oat, berjenis-jenis kacang dan buah-buahan kering. Ianya boleh ditambah madu, pemanis dan segala perisa.

Ada pelbagai perisa yang boleh dicuba.

Granola boleh dimakan masa sarapan, tengah hari atau makan malam.
Kalau nak jadikan sajian makan sihat, makanlah dia saja.

Tapi boleh juga kalau nak dijadikan sebagai makanan kudapan selepas makan nasi dan goreng pisang :)


Sekian. Wassalam.
#granola
#eatinghappytogether







April 05, 2017

Siapa Kita


"SEORANG MUSLIM ADALAH ORANG MUSLIM LAINNYA MERASA SELAMAT DARI GANGGUAN LISAN DAN TANGANNYA"



Moga kita tidak termasuk di kalangan manusia yang berhati kotor, bermulut jahat, dengki bila melihat kebahagiaan orang lain, tidak senang melihat orang lain senang dan hidup hanya menyusahkan orang.

Jom muhasabah diri.

...dan apakah perasaannya jika acc google diceroboh walau berkali kali sudah ditukar password :(

Sekian. Wassalam.
Gambar: FB


April 04, 2017

Happy Birthday Afiq

Assalamualaikum

Hari ini anak saya menyambut hari lahirnya yang ke 7.


Semoga anak saya sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, tercapai segala cita-cita dan hajat serta menjadi anak yang soleh...aamiin.

Apa yang menarik tentang bulan April tahun ini adalah tarikh 24 April yang telah diisytiharkan sebagai cuti umum. Tarikh birthday Mak tu...hihi :)



Sekian. Wassalam.




April 03, 2017

Jalan-jalan Hujung Minggu

Assalamualaikum

Hujung minggu lepas, saya dan 4 orang lagi rakan berkesempatan untuk pergi berjalan-jalan ke Bangkok.

Pergi pun tak lama..Pergi Sabtu balik Ahad.
Alhamdulillah..cik Abang pun bagi 'green light' untuk saya pergi berjimba bersama kawan-kawan....
Bukan selalu...hihi :)

Kami bertolak pukul 8.20 pagi dan tiba di sana dalam pukul 9.20 pagi (waktu Bangkok).

Chatuchak Market

Sampai saja di airport, kami terus bertolak ke Chatuchak Market dengan menaiki bas. Ketua rombongan kami, Cik Lizz, telah awal-awal berpesan supaya jangan ada yang mengada-ngada nak pakai kasut tinggi macam Che Ta sebab perjalanan kami jauh...huhu



Lepas shopping dan makan tengah hari, kami terus check in di Centre Point Pratunam Hotel.




Petang, dalam pukul 5.30 kami bertolak ke Asiatique (the Riverfront). Sampai sana, shopping lagi, ambik gambar puas-puas dan pusing-pusing naik bot.

Asiatique 

Lepas tu, sebelum balik hotel, kami singgah di spa untuk berurut (massage) dulu. Bila lagi nak merasa Thai Massage dengan harga yang sangat-sangat berpatutan.






Lepas satu badan kena uli dan betulkan urat-urat kaki (maklumlah...seharian berjalan)...barulah balik tidur.

Keesokkan harinya (Ahad), kami keluar seawal pukul 8 pagi untuk bersarapan dan shopping (lagi.......).


My name is #fidahshah

Dalam pukul 11 pagi, kami menaiki tut-tut untuk balik ke hotel.
Sebelum sampai hotel, siapa-siapa yang nak singgh lagi ke spa untuk berurut atau nak buat manicure/pedicure adalah dialu-alukan...
Harapannya bila balik, kuku cantik berkilat dan tapak kaki pun sehalus tapak tangan...haha

Sebelum balik, kami makan dulu (kerana inilah masanya untuk merasa segala tom yam dan masakan yang ada).
Masakan mereka memang sedap.
Buah-buahan pun segar bugar.


Selepas itu, kami mengambil teksi untuk ke air port dan balik ke tanah air.

Alhamdulillah, semua urusan dan perjalanan dipermudahkan..


Sekian. Wassalam.



April 01, 2017

Till We Meet Again


Assalamualaikum

Yesterday was my son's birthday. #31march2006
He is suppose to turn 11 but Allah loves him more.
#AlFatihah
To my son....Happy Birthday. There is not a single day goes by that I don't think about you.

Till we meet again..


Thank you. Wassalam.


March 29, 2017

Kopi Gantang

Assalamualaikum

Artikel ini tidak ada kena mengena dengan bialan 'bagai melukut di tepi gantang'.
Jauh sekali untuk dikaitkan dengan perkataan 'ganteng' (bermaksud elok bagi kaum lelaki) yang digunakan oleh orang di seberang.



Kopi ini sebenarnya adalah ole-ole dari kawan saya #ikhti yang baru balik dari Kedah.
Rasanya memang sedap. Dan lebih sedap sebab ianya Free...:)
Thanks #ikhti

Nota : Gantang adalah sejenis sukatan. 1 gantang lebih kurang sama dengan 4 cupak atau 2.8 kg. Gantang biasanya dibuat daripada kayu.


Sekian. Wassalam.


March 28, 2017

Selamat Menyambut Bulan Rejab



Assalamualaikum
Selamat memyambut Bulan Rejab tahun 1438H

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Rejab:

  • Menyucikan diri daripada dosa dengan meminta keampunan dari Allah
  • Memperbanyakkan membaca Al Quran
  • Menambahkan amalan zikir
  • Medekatkan diri dengan Allah dengan amalan solat, puasa dan bersedekah
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan beselawat dan berdoa
  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan rasulullah dan sirah Islam yang lain





Sekian. Wassalam.

Rujukan : Amalan rejab (shafiqulbu.wordpress.com)
2nd pic : google



March 25, 2017