June 08, 2016

Rumusan Fisiologi Puasa


Fasa 1 : Hari 1 - 2
Gula dalam badan menurun. Jantung berdegup perlahan. Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah. Tindak balas badan adalah seperti pening, rasa nak muntah, lapar dan mulut berbau.

Fasa 2 : Hari 3 - 7
Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa. Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi, menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak. Selain itu, organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa. Pasa fasa ini juga aktiviti sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.

Fasa 3 : Hari 8 - 15
Proses detoksifikasi berlangsung dengan sel-sel mati dan rosak dikeluarkan. Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama diperbaiki. Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.

Fasa 4: Hari 16 - 30
Badan mula selesa dengan puasa. Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.

Fasa 5 : 1 Syawal
Badan menjadi tidak tentu arah. Nafsu makan membuak-buak ketika terlihat ketupat, rendang, sayur lodeh, kuah kacang, lemang, opor ayam dan segala macam kuih. Lemak baru dikumpulkan dan ketika inilah berat badan ditambah kembali dengan cara yang paling ganas. Tekanan darah kembali naik terutamanya ketika akaun bank tiada berbaki....dan akhirnya pernafasan menjadi hampir tiada apabila duit gaji untuk bulan seterusnya lama lagi nak masuk :D


Sekian. Wassalam
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa


Sumber : WA
Pic: Google

13 comments:

  1. Salam ramadan fidah...Allah tahu apa yg terbaik utk hamba2-Nya dlm setiap amalan yg difardhukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan jua Kak PI...
      Allah maha memgetahui apa yg terbaik utk hambaNya

      Delete
  2. haha ternyata puasa ini ada fasa-fasa nya :D sampai fasa 1 syawal pula :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 syawal tu hanya tambahan...hihi :)

      Delete
  3. Tunggu jelah fasa 5 tu... tp nk yg ayat2 awal je... ketupat rendang dll huhu... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu hanyalah sebahagian...Mak tak masukkan lagi Burasak dan asam pedas ikan parang..:)

      Delete
  4. sy dpt jg menerusi wassap hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada member fwd kat gp hari tu...hihi :)

      Delete
  5. Replies
    1. Setiap perintah Allah itu pasti ada banyak hikmahnya..

      Delete
  6. Fasa 5 tu dah merosakkan fasa 1-4..hihi...lepas tu puasa 6..

    ReplyDelete